Isnin, 12 Mac 2012

Hutan bakau Kekal bertukar kepada Hutan untuk Kroni di Teluk Kertang Kuala Sepetang Perak

Apa nak jadi..???!!!
Sejak tahun 2000 dimasa Adun Kuala Sepetang diwakili  oleh  Barisan Nasional lagi para penduduk disini sudah memohon lot-lot tanah untuk dijadikan kediaman. Namun telah ditolak oleh pihak berkenaan dengan alasan kawasan yang dipohon adalah berstatus Tanah Hutan Kekal. Kemudian dalam tahun 2004 menurut maklumat penduduk setempat menyatakan ada dijanjikan dari wakil rakyat DUN Kuala Sepetang (Dari BN) mereka akan diberi lot-lot tanah dalam projek perumahan kampung tersusun kononya.

Namun hakikatnya sekarang ini ialah penduduk-penduduk yang rata-ratanya dari golongan nelayan dan buruh kasar yang boleh di-ibaratkan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang terus dipermainkan oleh  pihak berkenaan. Apa tidaknya..!!! sekarang ini kalau anda  yang pernah ke warung Kak Jah Mee Udang yang popular masuk TV3 suku,anda akan dapat melihat dikiri jalan menghala ke Kuala Sepetang akan kelihatan projek-projek untuk membuat rumah bakar arang (Gok).  Disitulah lokasi yang dulunya dijanjikan akan dibuat projek untuk rakyat ,tapi sekarang di tukar kepada projek untuk kroni.


Menurut cerita-cerita penduduk setempat disini kepada penulis petang tadi  nama Ustaz Kazim Elias dan ADUN Batu Kuray YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin Elias pun ada dalam senarai pemilik projek kroni disini. 

Hutan Kekal atau Hutan Kroni..???


Hutan Bakau yang sebagai penampan hakisan ini bakal musnah di Kuala Sepetang.

Di Depan signbord Hutan Kekal..di belakang projek kroni.

Jalan ke Kuala Sepetang bakal hadapi pencemaran dari rumah bakar arang milik kroni UMNIO BN (Gok)

1250 hektar hutan bakau akan musnah dengan projek kroni UMNO BN ini..
Rakyat akan bakal tanggung risiko banjir sekiranya hujan lebat.

Senarai pihak yang bakal untung dari kemusnahan Hutan Bakau

"Lihat ini....." - Kata rakan penulis

Kuala Sepetang di landa banjir besar dua tiga hari ini...[ Klik Sini] jikalaukalau projek ini siap nanti tak tahulah bagaimana keadaanya nanti...rakyat dah tahu risiko tapi mereka hanya fikir untung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan