Sabtu, 17 Mac 2012

Sambutan 4 tahun Pakatan Rakyat Perak hebat dan menarik tapi perlu diperbaiki lagi… “ KENAPA..??? ”

16 Mac 2012 berlansung di Medan Istana Bandaraya Ipoh berdepan pejabat DAP negeri Perak sebuah majlis sempena sambutan 4 tahun PR Perak yang bertemakan “17 Mac Dalam Ingatan”.  Tengok pada tajuk dan lokasi majlis ini memang bagi aku sesuai dan pasti akan berlaku sesuatu yang hebat pada majlis ini..tapi sebelum tu… dah jadi amalan orang kita… minta maaf dulu sebelum tegur,sebelum sindir,sebelum kutuk,sebelum tibai atau sebelum bantai  sentuh benda  yang agak sensitiv pada telinga dan mata yang membaca atau yang bakal kena…

Nak minta maaf dulu atau nak tegur dulu..aku tak peduli…Santai dalam serius tetap bantai…janji mesej aku sampai…hahaha…

Mula-mula  aku nak puji kasi angkat dan kasi lambung tinggi sikit…hahaha…Aku bangga dan aku suka dengan kehadiran pengunjung   penyokong  PR  dari berbagai lapisan bangsa,umur  dan jawatan sepanjang majlis  ini memang boleh di banggakan, 7 buah khemah buah yang disediakan boleh dikatakan  penuh dengan penyokong ,jumlahnya aku  tak kira dan tak  anggarkan berapa..tapi ramai la..sebab objektif  7  khemah penuh tercapai. Sejak jam 8 malam lagi dah ramai tiba dilokasi,ramai pemimpin  otai-otai PR Perak hadir ditambah dengan kehadiran kartunis hebat  Br. Zunar dan beberapa pemimpin PR dari luar Perak…memang hebat..hinggakan peniaga  bihun sup dari Kuala Lumpur pun datang berniaga malam tu…..sempat juga aku pekena bihun sup malam tu… hahaha…

Dimaklumkan juga  penyokong PR  ada yang datang dari Beruas,Bukit Gantang,Bagan Serai,Selama,Lumut  dengan kenderaan sendiri… jauh tu yob..!!! kalau majlis anjuran UMNO BN..tobat lahum orang UMNO tak datang,orang UMNO BN  kena ada bas upahan dan duit upahan sokongan…hahaha..
Pemimpin PR  harapan rakyat Perak yang hadir

Aturcara perjalanan majlis pun hebat  disusun atur …pengacara majlis  aku tengok macam anugerah lagu peringkat  kebangsaan ada 3 orang,  sorang melayu,sorang cina dan sorang india…ini yang paling aku suka.  Pengisian majlis pun boleh dikatakan ok..ada persembahan kumpulan muzik,persembahan drama yang mencuit hati,pertujukan santai Br.Zunar dalam melukis kartun, acara lelongan untuk dana PR pun rancak dan diselang seli dengan pidato ceramah ringkas dari pemimpin PR. Semuanya hebat…semuanya bagus…semua ok…semuanya beressss…semuanya menarik…JADI  APA KELEMAHANYA…???

Haaaaa…dah dilambung kan..?? dah puji betoi tak…??  dah  kena jeck kan..??  Haaa…sekarang aku part  membantai dalam santai dalam serius …sikit  je hal nye…hahahaha….

Aku hairan..!!! Apa kejadahnya… dalam sebegini punya grand  program…kenapa tiada layar atau skrin projektor di pacak di lokasi..??  Memang nampak  remeh perkara macam ni..tapi ramai pengunjung yang merunggut,mereka persoal kan perkara ni…sedangkan ceramah2 kat kawasan,cawangan atau ranting ada benda projektor ini dipacak. Ini adalah keperluan yang penting dalam sesuatu program sebegini..sudahlah datang jauh-jauh nak tengok majlis ni, kerusi  dalam khemah dah penuh..ada yang terpaksa duduk luar khemah dan terpaksa berada jauh dari pentas utama…apa nak nampak..??? bukan datang semata-mata nak makan kacang kuda..datang nak tengok,nak dengar, nak ambil informasi…Sudah la masaalah sound sistem dah jadi kelaziman kebanyakan  majlis..kejap ok..kejap tidak….kalau ada skrin projektor boleh lah yang duduk dibelakang-belakang nampak apa yang berlaku kat depan.
Hish..!!! Tak faham aku kenapa jadi macam ni..????

Satu lagi masaalah lampu malap,tak cerah,tak terang  di khemah  pentas utama,disitu adalah point utama tumpuan mengapa  orang datang..yang datang mesti nak tengok pentas utama,nak tengok apa aksi,apa jadi dan apa berlaku semuanya di pentas utama..bukan nak tengok dimeja bihun sup yang terang benderang dengan lampu peniaga tu…hahaha.. ini majlis terbuka,kena kasi terang suasana..bukan majlis dalam gelap. Ramai yang bawa kamera vedio malam tu.. merungut pasal  lighting kurang…apa susah ka nak tambah biar 10 lampu kat situ..???  mereka semua nak merakamkan saat-saat mungkin berharga dan bernilai untuk dikongsi dengan rakan sahabat yang tak datang atau mungkin untuk simpanan peribadi untuk di tunjuk-kan kepada anak-anak atau ganerasi akan datang..

Hampehh betoi..!!! Lampu dalam khemah utama memang suram macam cahaya lampu bilik tidur…apa kejadahnya kalau rakaman tu semua nampak kabur dan gelap…Lampu tandas awam lagi clear…hahaha….

Aku pun tak tahu siapa yang mengelolakan semua tu…yang penting  aku  dan rakan sahabat tak puas hati serta wajib kena luahkan dan bukan masanya nak bagitahu  kelemahan yang berlaku pada masa tu....sebab perkara ini semuanya basis dalam sesuatu penganjuran.Aku cadangkan  PR perlu ada badan pemantauan  dalam setiap penganjuran majlis sebegini..biar orang kita tegur..(macam aku…hehehe..) jangan sampai orang lain sindir dan anggap satu kelemahan berpanjangan dan senjata kepada mereka…UMNO BN lah tu…haha..

Pakatan Rakyat berhasrat tinggi nak kembali terajui pemerintahan negeri Perak dan impian utamanya ialah menawan Putra Jaya dari UMNO BN. Sewajarnya  kelemahan sebegini harus di titik berat untuk diperbaiki…… Orang kata “tegur tu tanda sayang”…hahaha…semua dalam PR harus ingat yang politik tanah air ini bergantung pada jumlah angka, siapa dapat angka tertinggi maka dia-lah pemenangnya, PR bukan macam UMNO BN yang boleh tabur angka RM yang tinggi untuk politik. PR hanya bergantung pada semangat  yang  setia dan ketinggian moral semua ahli . Jadi untuk tingkatkan semangat dan menyinarkan moral penyokong  PR  maka wajiblah  dicerahkan pentas2 utama dan wajib diadakan skrin projektor untuk meningkatkan angka-angka  demi  impian semua rakyat…PR ke PUTRAJAYA..!!!!

Penyokong PR yang hadir ramai terpaksa terjenguk-jenguk ke pentas utama

7 buah Khemah dah penuh yob...

Antara kumpulan anak muda PR yang hebat menunjuk-kan bakat
agak malang saoud sistem sikit merosak-kan persembahan.

Penulis Orang ni mengambil peluang disini nak ucap selamat ulang tahun kelahiran kepada DS Nizar (17 mac 2012) yang keberapa aku tak tahu, semoga Dato Seri beroleh nilai usia yang penuh keberkatan  dariNya..amin..


3 ulasan:

  1. Nak belasah tu belasah ja la, tak payah nak minta-minta maaf. Kita belasah pasai depa buat salah bukan depa buat salah pasai kita belasah...

    Nak minta maaf tunggu program Jamuan Raya... Hahaha...

    BalasPadam
  2. Hahaha... Cenangau memang bau kari..

    BalasPadam
  3. Kami ambil perhatian segala komen yang diberikan. Tak perlu kami mempertahankan kelemahan yang ada pada program tersebut. Kalau bro berminat, kami mau bikin event yang kasi 'senak perut'.

    BalasPadam