Rabu, 11 April 2012

BERSIH 3.0 : Dato' A Samad Said jemput semua rakyat datang Kuala Lumpur

11 April 2012 ~ Kg Chengal Jantan Bukit Gantang Perak : Sasterwan Negara Dato' A Samad Said dalam ceramahnya yang penuh dramatik dengan dentuman guruh dan hujan yang turun mencurah-curah,namun keadaan cuaca basah dan sejuk ini tidak menghalang kepada para temu yang datang dengan jujur menjadi pendengar yang setia menunggu hingga ke garisan akhir ceramah...( Che...wah...aku masih terngiang-ngian keindahan bahasa Dato Sasretawan malam tadi...haha...) 

"Bagaimana kita bisa melawan mereka (UMNO BN) sekiranya dewan raya dibubarkan nanti..?? Ini kerana..semua jentera kepentingan media massa dimedan juang demokrasi telah di cengkam oleh mereka sejak dahulu dan sehingga kini...mereka bisa mengunakan TV  dan Surat khabar, oleh sebab  itu kita semua amat perlu berhimpun di Kuala Lumpur..bagi menyatakan hasrat kita semua…"  
"Dengan itu saya menjemput tuan-puan semua datanglah ke Kuala Lumpur pada 28 ini...bagi menyatakan hasrat murni didalam setiap  jiwa kita..." - Ujar Dato' A Samad Said dalam ceramahnya disini semalam. 

Aku  terpegun dengan kecekalan  Dato' A Samad yang sudah umurnya menjangkau ke usia 77 tahun sanggup datang sendiri ke pelusok-pelusok kampung di seluruh tanah air ini untuk berceramah dan menjemput semua rakyat  datang ke Kuala Lumpur untuk himpunan BERSIH 3.0 ini. Jemputan Dato' A Samad tersebut ini  bukan untuk kepentingan batang tubuhnya, tapi demi kerana tanah air yang kita sayangi ini, wajar semua yang tidak uzur memenuhi jemputan ke Kuala Lumpur pada 28 April ini…JOM Semua..BERSIH 3.0...!!!

YDP Bukit Gantang bersama  Dato' A Samad mempromosi BERSIH 3.0


Tiada ulasan:

Catat Ulasan