Ahad, 8 April 2012

Mengaibkan..!!!! Mak Nyah di angkat sebagai RATU Taiping dalam Karnival Ziarah For Peace

Mak Nyah sedang bergelek dengan Efa Radziah dipentas sebelum dinobatkan Ratu Taiping

7 April 2012 jam 9 malam dengan rasa berat kaki aku pergi singgah di Taman Tasek Taiping selama lebih kurang 1jam dilokasi anjuran Karnival Ziarah For Peace yang gagal dirasmikan oleh Ahmad Zahid Hamidi semalam [Klik Sini]. Aku tiba di depan tapak konsert tersebut yang baru selesai berlansung ucapan dari Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping Sdr. Shahrom bin Dato Abd Malik.  

Aku juga dapat tahu konsert hiburan pada malam itu akan menampilkan beberapa  artis yang  terdiri daripada  kumpulan XPDC,MAY dan Bandi AMUK, artis lain aku tak tahu. Artis pertama yang membuat persembahan pada malam itu dengan tarian  “Goyang Gerudi” oleh seorang artis dangdut  wanita… tak silap aku Sheda…

MasyaAllah..!!! Bergegar Taman Tasek Taiping dengan program Ziarah For Peace konon-nya…mungkin inilah Goyang Gerudi Ala Wasathiyah yang di mahukan  UMNO BN agaknya..hahaha…

Selesai “Goyang Gerudi Wasathiyah” aku kuatkan semangat..hahaha..untuk saksikan seorang lagi artis wanita yang juga selibriti TV3 iaitu  Efa Razdiah membuat persembahan di pentas.. Pakaianya memang seksi dan seksa bagi aku…hehehe.. Agak memeranjatkan kerana Efa Razdiah membuat persembahan dengan beberapa orang Mak Nyah.Kalau tak silap aku dalam 7 ke 8 orang Mak Nyah diatas pentas. Maka Gegak gempitalah suasana Taman Tasek Taiping dengan gelek-kan Efa Razdiah bersama dengan  Mak Nyah.

Selesai sebuah lagu dari Efa Razdiah” Terima kasih dan berikan tepukan kepada ratu-ratu Taiping…bla..bla..bla”- Ujar Ifa Radziah sambil memperkenalkan Mak Nyah- Mak Nyah yang di anggap ratu Taiping sorang demi sorang kepada penonton dengan nama-nama seperti Ziana Zain Taiping, Fasha Shanda dan sebagai.

Mak Nyah Ratu Taiping..!!!!! Sungguh mengaibkan dan memalukan bagi warga Taiping  apabila Mak Nyah di anggap ratu di Taiping. Timbul persoalan bagi aku adakah penganjur dan artis-artis yang dijemput seramai 126 orang itu sedar akan konsep Ziarah yang di bawa dalam Kanival ini..?? Adakah dengan mengangkat Mak Nyah sebagai ratu Taiping membawa unsur positif kepada warga Taiping..???

Aku angkat kaki macam tajuk lagu Sheda...haha.. untuk tinggalkan lokasi apabila  hujan mulai turun,semasa bergerak ke kenderaan aku berselisih dengan sekempulan anak muda dalam belasan tahun dengan bau aroma yang amat meloyakan…bau arak… MasyaAllah..apakah objektif dan sasaran program sebegini.. Bagi aku  program ziarah ini berjaya  membawa keruntuhan moral dan akhlak muda mudi dan masadepan tanah air.

1 ulasan:

  1. Dah lama takda program gilababi mcm ni di taiping.dulu alasan tak nak bg arumput taman tasik rosak.
    Buat malu warga taiping dan rosakkan suasana taiping yg aman damai dan makan termurah di malaysia shj.
    Anyway,apa nak dihairankan,istana sultan di taioing pun blh bertukar jd tesco

    BalasPadam