Jumaat, 29 Jun 2012

Lebuhraya Rakyat: UMNO Kelantan campak cangkul buruk tapi PAS Bukit Gantang Perak beri infak wang ringgit


29 Jun 2012 ~ Kg Setia Air Putih didalam Parlimen Bukit Gantang berlangsung  program ceramah isu semasa yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Kg. Setia dengan kerjasama MTD Kuala Sepetang dan PAS Kawasan. Program berbentuk penerangan isu semasa ini membariskan penceramah yang terdiri daripada Ust Nordin Jaafar (Yang DiPertua PAS Bukit Gantang), Ust Mohd Fakharudin Abd Aziz (Yang Di Pertua PAS Taiping ) serta penceramah utama yang dijemput khas dari Kelantan YB Dr. Fazli b. Datuk Hasan exco IT kerajaan negeri Kelantan. Majlis dipengerusikan oleh Sdr Nizam (SU PAS Caw. Tmn Berkat).

Didalam ceramah ini telah berlansung suatu kerja amal dari penduduk disini dengan melancarkan sebuah tabung khas bagi mengutip dana iklas untuk Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai yang ramai rakyat tanahair ini sedia maklum bahawa inilah sebuah projek kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan PAS untuk keselesaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Amat mendukacita ada segelintir orang UMNO mempersenda dan memperlekehkan usaha murni ini ujar Dr. Fazli dalam ceramahnya. Mereka (orang UMNO) mempersenda projek ini dengan ada yang datang memberi cangkul buruk,penyodok buruk serta kereta sorong buruk ke pejabat TGNA baru-baru ini.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion. Alhamdullillah...walaupun projek ini mendapat sindiran dari pihak UMNO,namun ianya mendapat perhatian dari seluruh warga PAS diseluruh tanahair..hakikatnya UMNO teramat gusar dan tak senang duduk dengan projek ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan