Khamis, 12 Julai 2012

Demi sokongan politik....sokong isteri menderhaka pada suami

Hang tengok ni...naya punya kes,kesian kat perempuan tu..tak pasal2 kerana politik dia kena cerai...- kata seorang mamat kat Taman aku pagi tadi sambil menunjukan surat khabar Utusex Malaya kat aku, sambil sedut asap rokok aku tengok mamat tu begitu taksub dengan tajuk utama didada surat khabar tu yang mengisahkan seorang isteri diceraikan kerana tak sehaluan dalam politik konon-nya. Aku memang tak pernah beli atau baca surat khabar Utusex Malaya ni..bagus juga Mamat ni jadi tukang pembaca berita kat aku...hahaha..

Aku jadi pendengar yang baik..tak balas apa2 hujah cerita Mamat tu...haha...yang aku nampak Mamat tu memang dah termakan dakyah propaganda lidah jahat UMNO BN yang bagi aku terang-terang menyokong isteri derhaka kepada suaminya. Bagi aku kalau nak sensasikan kisah cerai berai suami isteri ni wajarlah dilihat dari aspek hukum syariat Islam itu sendiri,bukan main sokong mana2 pihak dalam isu cerai ini,sebab ini isu peribadi rumahtangga seseorang dalam Islam.

Kalau dah sah si isteri itu curang atau derhaka pada suaminya,maka menjadi hak suami membuat keputusan yang sewajarnya..mula bolehlah nasihat2 tapi kalau dok lawan tokey 24jam...suami mana yang sanggup.? Mungkin Najib saja yang sanggup jadi suami dayus No.1 Negara,Rosmah nak buat apa pun tak kisah,nak lawan arahan suami hatta lawan perintah Allah pun Najib tak kisah...hahaha..

Kesian aku pada mamat dan mereka2 yang termakan dakyah jahat sebuah media massa macam Utusex Malaya ni, kerana terlalu percayakan apa yang dituliskan dalam Utusex Malaya mereka tak perasan dah sokong isteri derhaka kepada suami..

Penulis artikal "Isteri tidak sokong PAS dianggap sesat akhirnya diceraikan talak satu" dalam Utusex Malaya 12 Julai 2012 secara jelas main politik kotor,sempit dan mempermainkan hak seorang suami Islam,kerana amat jelas menyebelahi dipihak yang menderhaka. Apa komen ustaz,ulama UMNO dan tok mufti dalam negara ini.? Adakah nak jadi dayus macam Najib terhadap Rosmah juga..? Membiarkan media massa arus perdana yang dikuasai UMNO BN terus jadi lidah busuk dan jahat penyampai maklumat kepada rakyat. - Orangni


1 ulasan:

  1. saya rasa si isteri tak derhaka..dari apa yg saya baca..si isteri buat ap semua tuntutan agama..sperti solat lima waktu..cuma dia tidak mendengar cakap suami untuk masuk pas..kenapa perlu smpai jadi cerai berai..kalau tak sokong pas masuk neraka kew..aduhai..kekadang kesian dengan orang pas..menjatuhkan diri sendiri..

    BalasPadam