Jumaat, 6 Julai 2012

Sempena bulan Syaaban: Khairat Assyabab agih bantuan kepada 200 keluarga kurang kemampuan di Selama Perak


UstAkmal
5 July 2012 bersamaan  15 Syaaban 1433 ~ Perkarangan Surau Sungai  Setar  Selama Perak telah berlangsung  program penyampaikan bantuan keperluan  kepada lebih 200 keluarga  yang kurang kemampuan disini  yang dianjurkan oleh   Khairat Assyabab (NGO).  Khairat Assyabab  adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan  untuk mengenalpasti permasalaah masyarakat  setempat dan membantu dari  segi keperluan asas ,nasihat dan sebagainya. Khairat Assyabab yang baru ditubuhkan pada akhir tahun 2010 bergerak aktiv di sekitar Parlimen Larut bermula dari Taman Lela hinggalah ke U.S.A ( Ulu Selama Area) menurut Penasihatnya Ust Akmal Kamarudin dalam majlis tersebut.

Ust Masrol
Bersyukur dengan limpah Rahmat dan KemuliaanNYA pada hari ini Khairat Assyabab mendapat  tanggungjawap dan kepercayaan dari seorang penderma yang Budiman dari Kuala Lumpur yang sudi menghulurkan  derma bantuan kepada penduduk sekitar Kg Sungai  Setar yang didapati amat memerlukanya. Penderma Budiman tersebut tidak dapat hadir sama dalam program murni ini oleh kerana sebab-sebab tertentu telah menghantar wakilnya kelokasi disini. Beliau berasa dukacita kerana tidak dapat bersama penduduk dan menyampaikan salam buat semua yang hadir ujar wakilnya Ust Masrol bersama seorang rakan-nya. Bantuan derma ini dihulurkan kepada penduduk disini berikutan hasil maklumat terus dan media internet (Blog dan FB) yang  disiarkan oleh Khairat Assyabab  mengenai terdapat ramai golongan yang perlu dibantu  disini.

Mohd Khalid
Wakil penduduk kampung  Sdr Mohd Khalid Hussin melahirkan rasa syukur kepada Allah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan dari pihak penderma serta  terima kasih juga kepada jemaah Khairat Assyabab yang sudi memilih penduduk kampung ini menjadi penerima bantuan, penduduk kampung disini  juga amat menghargai segala sumbangan yang diberikan.

Sebelum program ini berlansung di perkarangan Surau Sungai Setar wakil penderma dan jemaah Khairat Assyabab turut  melawat ke beberapa rumah kediaman  penduduk yang  diketogerikan "perlu diambil perhatian". Kebanyakan  rumah yang dilawati amatlah menyedihkan kerana tiada sebarang kemudahan asas yang sewajarnya disediakan oleh pihak berwajib. Tiada elektrik,tiada bekalan air bersih dan tiada kemudahan jalan keluar ke jalan utama  adalah perkara utama permasalahan mereka.
Rombongan prihatin Khairat Assyabab turun padang menyelami keadaan masyarakat

Ust Akmal dan Ust Syahir menyantuni seorang penduduk yang sekian lama menumpang rumah seorang berbanga cina yang jauh terpinggir dari kehidupan diluar

Wakil Penderma Budiman menyampaikan sumbangan berupa keperluan dapur berserta  sumbangan belanja dapur
Sdr Ahmad bin Yassin 57(Gambar kecil) sudah 4 tahun menumpang dirumah ini amat mengharapkan bantuan dari mereka yang sudi menyumbangkan bantuan,beliau bersama isteri dan anak sulungnya yang masih bersekolah rendah terpaksa  hidup serba kekurangan tanpa keperluan asas seperti elektri,bekalan air dan sebagainya.
Ust Akmal turut menyampaikan sumbangan kepada seorang warga tua yang uzur 4 tahun setelah dipatuk 
 
   
 
Sekitar program penyampaian sumbangan bantuan kepada penduduk (6 gambar dibawah)


    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan