12 Sept 2012- Hari ini aku nak cerita sikit...bukan cerita pasal hari raya tapi kisah yang berlaku semasa PERJALANAN ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pakatan Rakyat peringkat negeri Perak di Ipoh.
Aku bersama Sdr Fadhil yang juga Setiausaha Kawasan pergi bersama dengan NYDP Ust Zul dan Tuan Hj Zainuddin Hamzah Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Kami bergerak dari Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam jam 1045pagi,dengan mengunakan kenderaan Pusat Khidmat.
Dalam perjalanan kami mengunakan lebuhraya menuju ke jamuan tersebut di Ipoh,setibanya didalam terowong Jelapang (Terowong Menora), tiba-tiba Tuan Haji Zainuddin Hamzah berkata " MasyaAllah... Kesian...Kita kena tolong mereka...saya nampak sebuah motosikal tayarnya pancit,mereka berdua dalam kesusahan..".
"Kita kena berhenti didepan,selepas keluar dari terowong ni.."- katanya lagi kepada Sdr Fadhil yang memandu kenderaan. Selepas keluar dari terowong kami pun berhenti dan menunggu hampir setengah jam,barulah penunggang motosikal yang tayar belakangnya pancit bersama isterinya tiba dalam keadaan keletihan... ( Menolak motosikal pancit dalam terowong yang panas...kesian betul..)
Rupanya lelaki yang menunggang motosikal tersebut orang Kg Sempeneh Seberang(Orang Batu Kurau Perak tentu thahuu....hahaha...)bersama isterinya dari Batu Kurau menuju pulang kerumah mereka di Ipoh,tiba-tiba tayar belakangnya pancit sebaik saja masuk terowong.
"Kami tak dapat bayangkan kalau tiada orang nak tolong kami...masa dalam terowong tadi memang banyak kenderaan yang melintasi kami,tapi semua tak berhenti,mungkin bahaya kalau berhenti dalam terowong tu" - kata Din (29) orang kg Sempeneh tersebut.
Aku dan Din duduk bahagian belakang kenderaan bersama motosikalnya,dalam borak-borak kami dibelakang kenderaan, Din tak henti-henti ucap terima kasih sebab tolong dia dan isterinya sebelum tiba dikedai motosikal diIpoh.
Aku kata,yang nampak motosikal awak tayar pancit dan arahkan kami berhenti tadi ialah Tuan Hj Zainuddin.
"Tuan Hj Zainuddin tu sapa..? " tanya Din. "Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang"- Jawap aku.
Alhamdullilah....Bukit Gantang ada orang macam Tuan Haji Zainuddin yang sentiasa bersikap prihatin dengan masyarakat keliling,tanpa mengira bangsa,keturunan,usia dan fahaman politik beliau akan ambil perhatian,tidak hairanlah YB DSN memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Pegawai Khas di Parlimen Bukit Gantang.
Gambar dibawah- Kelihatan Tuan Hj Zainuddin,Ust Zul dan Sdr Fadhil mengangkat motosikal Din Kg Sempeneh keatas kenderaan Pusat Khidmat. ( Aku tolong ambil gambo je...hehehe...)
TOLONG ORANG MOTOR PANCITPUN JADI POLITIK.
BalasPadamORANG YANG BUAT LEBUHRAYA LAGI BESAQLAH PAHALANYA NOOO...
HE!HE!HE!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam