Jumaat, 7 September 2012

YB Rosli ketua UMNO Bukit Gantang dimalukan orang kampung

Tunggu punya tunggu...punya tunggu...punya tunggu....nak tunggu Najib umum bubar parlimen baru nak bagi janji kosong lagi pada penduduk sebuah kampung di utara Parlimen Bukit Gantang, akhirnya YB Rosli dapat makan bubur basi lebih awal..hahaha...

Inilah yang berlaku pada YB Rosli ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang apabila sumbanganya untuk membodek penduduk sebuah kampung yang berada dalam DUN Kuala Sepetang yang juga terletak diutara parlimen (saja aku tak mau letak nama kampung tu....hehehe...) telah dengan nekad dan berani menolak sumbangan bernilai RM8ribu darinya,sumbangan itu berupa sebuah TV dan kos membina sebuah bilik siap ada penghawa dingin untuk kegunaan penduduk disebuah jeti yang mempunyai tarikan pelancongan.

Tak cukup dengan itu, penduduk disini juga memberi tahu telah menolak sumbangan RM1ribu dari UMNO Bukit Gantang yang diberi untuk sambutan hari raya peringkat kampung disitu.

Penduduk kampung tersebut berbuat demikian kerana sudah bosan dengan janji kosong UMNO sejak bermula penempatan penduduk disitu yang didakwa melebihi 50tahun ( akan didedahkan sedikit masa lagi..), berbagai janji kosong pemimpin UMNO ditabur kepada generasi pertama lagi dan kini hingga generasi ke-3 segala janji hanya tinggal janji.....yang hebatnya sekarang mereka penduduk kampung dah tinggalkan UMNO.

Khabarnya nama DS Nizar telah terpahat dihati penduduk kampung ini sejak beberapa kali DS Nizar berkunjung menyantuni penduduk disini. Mereka lebih senang berurusan dengan seorang pemimpin seperti DS Nizar berbanding pemimpin UMNO yang cakap tak serupa bikin dan turun padang pun udah takuuuuuutttttt......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan