Isnin, 22 Oktober 2012

Pemandu Lori bodoh ditemui

22 Okt 2012, Kemunting Taiping: Petang tadi aku dapat tengok sikap ganas dan bodoh seorang pemandu lori diatas jalan raya.

Aku jumpa lori ni kat lampu trafik Kemunting Jaya,time tu sebiji tayar belakangnya dah pecah dan hancur,aku ingat lori tu akan berhenti kat depan.

Rupanya sebaik saja lampu isyarat hijau...drebar lori tu tersebut terus pecut jalan menuju ke arah Tol Kemunting.  

Bertaburan dawai-dawai dari  tayar lori yang pecah tu, banyak kereta-kereta yang memintas lori tersebut membunyikan hon,tanda suruh lori tu ketepi atau pun berhenti.

Drebar lori buat tau je....dia tetap terus tekan minyak...

Sampai kat kilang tayar Silverstoon..kedebom..!!!! Sebiji lagi tayar belakangnya pecah...cilaka sungguh..!!! tak berhenti juga...hahaha...

Aku follow lori ni dari pekan Kemunting sampailah kepekan Simpang...

Rupa- rupanya lori ni berhenti kat pekan Simpang setelah merbahayakan banyak kenderaan sepanjang lebih 30 kilometer..!!!!!

Aku faham...drebar lori tu mencari rezeki sebagai pemandu lori, tapi janganlah bersikap ganas dijalanraya. 

Kalau dah tahu tayar pecah...berhentilah,bukankah ada servis tukar tayar lori dimana saja.

kenapa perlu bahayakan diri sendiri dan pemandu yang lain...bukankah itu nampak 
bodoh..????


Sikap pemandu lori negara kita

Orgni: Tiada berniat menghina,menyalahkan atau memperlekehkan para drebar lori...kisah yang dipaparkan cuma sekadar sebagai peringatan dan ingatan kepada semua...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan