Jumaat, 2 November 2012

Sorang lagi menteri bakal senasib Shahrizat


Nazri Aziz

PETALING JAYA 2 Nov - Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli terus menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengikuti jejak Dato' Seri Shahrizat Jalil, bercuti sementara dari kabinet, dalam sidang media di ibu pejabat PKR Tropicana di sini hari ini.
 
Dalam sidang media itu, tujuh klip video ditayangkan kereta mewah jenis Hummer dengan nombor plat kenderaan WNX 9776 didakwa sebagai milikan Michael Chia yang digunakan oleh Nedim Abdul Aziz untuk berulang-alik dari kediamannya di Clearwater Residences, Damansara Heights.
 
Turut ditayangkan juga klip video pergerakan kereta jenis Audi Sports yang didakwa dimiliki oleh Nedim. Ketujuh-tujuh klip video tersebut hanya memaparkan apa yang didakwa sebagai pergerakan pembantu rumah dan pengawal peribadi keluarga Nedim.
 
Walaubagaimanapun tayangan tujuh klip video dengan durasi purata 30saat ke 2minit tidak memaparkan visual kelibat Nedim dan keluarganya, anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz.
 
Ditanya mengapa tiada visual Nedim, Rafizi berkata  keluarga Nedim menggunakan Toyota Vellfire untuk bergerak. dan hanya pemandu, pembantu rumah dan pengawal peribadinya yang menggunakan Hummer.
 
Rafizi turut mendakwa sebuah kereta mewah Audi sports berwarna hijau digunakan oleh Nedim.
Nadim nak Nazri
 
Pengarah Strategi Keadilan itu memberitahu klip video yang memaparkan Nedim beserta keluarganya akan ditayangkan di Youtube dan laman web rafiziramli.com beserta satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu hadapan.
 
"Ekoran dari pendedahan ini, saya yakin dan percaya bahawa keluarga Dato' Seri Nazri Aziz mendapat habuan kewangan dalam bentuk kenderaan mewah dari ahli perniagaan, Michael Chia sebelum ini," tegas beliau.
 
Ditanya Nazri Aziz telah melakukan penafian terhadap tuduhan yang dilemparkan, Rafizi mencabar ahli Parlimen Rengas itu mengambil tindakan saman terhadapnya jika apa yang didedahkan berunsur fitnah.
 
"Ambil cuti panjang sementara siasatan dijalankan. Nazri Aziz wajar bercuti. Shahrizat lebih berani," katanya dalam sidang media dan tayangan video tersebut.
 
Tambah Rafizi, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pernah menasihatkan Dato' Seri Shahrizat Jalil untuk bercuti panjang dan melepaskan jawatan dalam kabinet setelah terdapat tuduhan penyalahgunaan kuasa dalam isu National Fidlot Corporation (NFC).- KLpost



Orgni: Bertambah meracau la PM bernama Najib....hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan