Sabtu, 7 Julai 2012

"Waris" watak hantu terakhir Hairie Othman


7 July 2012~ Ipoh Perak: "Dalam drama waris yang disiarkan diTV saya melakonkan watak hantu...dan saya berjanji itulah watak hantu terakhir saya dalam bidang lakonan dalam tanahair ini"- Ujar Haire Othman pelakon terkenal tanahair ketika berucap pendek dimajlis Hi-Tea di sebuah hotel di Ipoh hari ini yang dianjurkan oleh PAS Negeri Perak. Majlis ini adalah sebagai meraikan ikon-ikon yang namanya dikenali atau terkenal diseluruh negara yang telah menyertai PAS.

Hairie juga bersedia untuk diberi tanggungjawap menarik golongan muda supaya menyertai PAS. Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau sudah tidak popular sejak menyertai PAS, keadaan itu tidak benar malah sebaliknya kerana sejak mengumumkan secara rasmi sertai PAS sambutan peminatnya menjadi bertambah ramai.

Hairie sangat berharap Pakatan Rakyat dapat menerajui kerajaan pusat selepas PRU13,kita akan ubah konsep dalam bidang lakonan tanahair ini supaya mengikut kehendak islam yang sebenar,tiada lagi aksi panas,pakaian mnjolok mata dan sebagainya dari pelakon dalam sesebuah filem atau drama,kerana beliau mencontohi filem negara Iran yang lebih kehadapan dalam mendapat sambutan penonton walaupun tiada aksi-aksi panas.

Jumaat, 6 Julai 2012

Inspektor Aliza @ Abby Abadi turut ke KEMTA 8 July ini...?


Pada 8 Julai, dijangka jam 11 pagi di hadapan Kem Tahanan ISA Kamunting Perak bakal diadakan  himpunan "Bebas Tahanan ISA 45".

Menurut sumber ketika Abby Abadi berceramah di Batu Kurau Perak dimaklumkan bahawa beliau juga akan turut serta dalam perhimpunan tersebut sebagai tanda menyokong pihak pengajur perhimpunan demi keadilan kepada tahanan-tahanan yang dilaporkan terinaya didalam kem tahanan tersebut.

Apa lagi rakan sahabat semua...kalau Ispektor Aliza pun boleh turun bersama diperhimpunan tersebut...kenapa tidak  anda...dikhabarkan Tahanan ISA dah mogok lapar 15 hari!!!

*** Aku Dok tunggu kerelaan mantan Pengarah JSJ Dato Fauzi Shaari turut serta dalam perhimpunan ini,kalau jadi leader lagi ok...haha..sudah bersedia ke....hehehe....

Sempena bulan Syaaban: Khairat Assyabab agih bantuan kepada 200 keluarga kurang kemampuan di Selama Perak


UstAkmal
5 July 2012 bersamaan  15 Syaaban 1433 ~ Perkarangan Surau Sungai  Setar  Selama Perak telah berlangsung  program penyampaikan bantuan keperluan  kepada lebih 200 keluarga  yang kurang kemampuan disini  yang dianjurkan oleh   Khairat Assyabab (NGO).  Khairat Assyabab  adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan  untuk mengenalpasti permasalaah masyarakat  setempat dan membantu dari  segi keperluan asas ,nasihat dan sebagainya. Khairat Assyabab yang baru ditubuhkan pada akhir tahun 2010 bergerak aktiv di sekitar Parlimen Larut bermula dari Taman Lela hinggalah ke U.S.A ( Ulu Selama Area) menurut Penasihatnya Ust Akmal Kamarudin dalam majlis tersebut.

Ust Masrol
Bersyukur dengan limpah Rahmat dan KemuliaanNYA pada hari ini Khairat Assyabab mendapat  tanggungjawap dan kepercayaan dari seorang penderma yang Budiman dari Kuala Lumpur yang sudi menghulurkan  derma bantuan kepada penduduk sekitar Kg Sungai  Setar yang didapati amat memerlukanya. Penderma Budiman tersebut tidak dapat hadir sama dalam program murni ini oleh kerana sebab-sebab tertentu telah menghantar wakilnya kelokasi disini. Beliau berasa dukacita kerana tidak dapat bersama penduduk dan menyampaikan salam buat semua yang hadir ujar wakilnya Ust Masrol bersama seorang rakan-nya. Bantuan derma ini dihulurkan kepada penduduk disini berikutan hasil maklumat terus dan media internet (Blog dan FB) yang  disiarkan oleh Khairat Assyabab  mengenai terdapat ramai golongan yang perlu dibantu  disini.

Mohd Khalid
Wakil penduduk kampung  Sdr Mohd Khalid Hussin melahirkan rasa syukur kepada Allah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan dari pihak penderma serta  terima kasih juga kepada jemaah Khairat Assyabab yang sudi memilih penduduk kampung ini menjadi penerima bantuan, penduduk kampung disini  juga amat menghargai segala sumbangan yang diberikan.

Sebelum program ini berlansung di perkarangan Surau Sungai Setar wakil penderma dan jemaah Khairat Assyabab turut  melawat ke beberapa rumah kediaman  penduduk yang  diketogerikan "perlu diambil perhatian". Kebanyakan  rumah yang dilawati amatlah menyedihkan kerana tiada sebarang kemudahan asas yang sewajarnya disediakan oleh pihak berwajib. Tiada elektrik,tiada bekalan air bersih dan tiada kemudahan jalan keluar ke jalan utama  adalah perkara utama permasalahan mereka.
Rombongan prihatin Khairat Assyabab turun padang menyelami keadaan masyarakat

Ust Akmal dan Ust Syahir menyantuni seorang penduduk yang sekian lama menumpang rumah seorang berbanga cina yang jauh terpinggir dari kehidupan diluar

Wakil Penderma Budiman menyampaikan sumbangan berupa keperluan dapur berserta  sumbangan belanja dapur
Sdr Ahmad bin Yassin 57(Gambar kecil) sudah 4 tahun menumpang dirumah ini amat mengharapkan bantuan dari mereka yang sudi menyumbangkan bantuan,beliau bersama isteri dan anak sulungnya yang masih bersekolah rendah terpaksa  hidup serba kekurangan tanpa keperluan asas seperti elektri,bekalan air dan sebagainya.
Ust Akmal turut menyampaikan sumbangan kepada seorang warga tua yang uzur 4 tahun setelah dipatuk 
 
   
 
Sekitar program penyampaian sumbangan bantuan kepada penduduk (6 gambar dibawah)


    

Rabu, 4 Julai 2012

Orang Taiping kata Datuk Tian Lian Hoe menteri yang kedekut lagi bodoh


Berikut kejadian kerosakan kediaman yang melibatkan rumah penduduk Taman Saujana Permai dalam Parlimen Taiping pada 2 July 2012 yang berpunca dari cuaca hujan bersama angin kencang pada petang tersebut, hari ini menurut sumber disini menyatakan seorang Menteri dari Wanita GERAKAN telah datang melawat kelokasi kejadian, Menteri tersebut ialah Datuk Tan Lian Hoe yang dikatakan akan bertanding di Parlimen Taiping pada PRU akan datang, jadi tak hairanlah muka YB Nyonya MP Grik ini selalu  sangat ke Taiping..ada majlis UMNO BN saja ini Tan Lian Hoe mesti mali punya..hahaha...(Mengelapkan masa depan Datuk Shalimin (UMNO) yang terkonteng-konteng dalam politik...hehehe).
"Datuk YB...boleh kasi sikit bantuan ka..untuk bantu penduduk disini...dalam 1ribu ok la..."- kata seorang penduduk disini kepada Tian Lian Hoe.. "Semalam lepas ribut itu YB Aulong...(Yew Tian Hoe/DAP) ada datang sini..dia ada bantu sikit" - tambah penduduk disini lagi.

"Haiya...itu YB Aulong kasi bantu sikit saja ka..?? Dia olang DAP,PKR sama PAS hali-hali ada bikin ceramah..ada kutip duit sama dio olang punya penyokong...!!! Apa pasal sikit saja tolong......??" - Jawap YB Tan Lian Hoe. "Saya sekalang takde duit...RM300 saja boleh kasi..."- tambah YB Nyonya Tian Lian Hoe yang jelas sangat kedekut dan bodoh hasil didikan UMNO.

Rupanya sehingga kepimimpin atasan dalam BN bertaraf menteri pun kedekut sebenarnya dengan rakyat,nak bantu rakyat kalau tiada wartwan untuk siar dalam TV atau surat khabar dari arus perdana bersama buat liputan maka seposen pun susah nak hulur...kalau ada media mereka akan berebut nak tolong sebab mau nama...sudahlah kedekut mereka ini bodoh pula dakwa seorang penduduk taman disini. Mereka (UMNO BN) beranggapan setiap kutipan dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat itu masuk poket YB atau masuk poket penceramah semuanya....mereka orang2 UMNO BN fikirkan sikap rakus suka kebas duit rakyat berlaku dalam PR...silap banyaklah YB Nyonya Tan...itu duit a...kita ada bahagian2 mau kasi dan mau simpan untuk lawan lu olang dalam PRU13, PR talak tokey jutawan banyak duit hasil hantam duit rakyat serupa lu olang ma...

Rahsia besar kenapa Najib Tun Razak tak umum PRU13 TERBONGKAR...!!!!


Hari ini 04 July 2012 tercatit dan terbongkar sebuah rahsia besar negara Malaysia... Persoalan yang menjadi misteri mengenai tarikh PRU ke 13 akhirnya terungkai apabila rancangan sebuah TV tempatan yang mungkin secara sengaja mendedahkan siapa sebenarnya Perdana Menteri Malaysia....

Jeng..jeng...jeng...bagai letusan bom Horishima... DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR...PERDANA MENTERI MALAYSIA...????    

Begitulah yang tertera pada bar atau tandanama apabila muka Si Gumpal Mayang Terjojol Rosmah Mansor tersembul dikaca TV... Patutlah Najib Tun Razak tak umum-umumkan lagi tarikh PRU13...rupanya beliau bukanlah PM...hahaha...

Media massa arus perdana yang dok mengampu bodek UMNO BN nampaknya sudah terlalu teramat terlampau extrem sekarang...hahaha..
Apapun thankyou....sebab meningkatkan tahap ketidaksukaan orang ramai terhadap apa yang korang (Media Arus Perdana) bodek...hahaha...

Selasa, 3 Julai 2012

[ Terkini ] Rahmat Ekamatra bakal jejaki artis sertai PAS...?


Pusara Dilebuh Raya nyanyian Rahmat dari kumpulan rock tanahair amat popular suatu masa dahulu. Kini penyanyi kumpulan tersebut telah berubah konsep penampilan diri dari seorang rockers kepada seorang penyanyi berwajahkan dakwah bercirikan islam,dengan mengenakan jubah dan berkopiah Rahmat mengakui terpaut hati dengan keperibadian Rasullullah setelah terbaca sebuah buku serta dipelawa menyertai kuliah ugama oleh beberapa orang rakan.

Beliau akan teruskan bidang nyanyian namun konsepnya berubah kepada yang berunsur dakwah dan kerohanian Islam ujar beliau ketika muncul dalam sebuah rancangan dikaca TV pada 4 July 2012.

Sejak kebelakangan ini dilihat seperti suatu fenomena baru dalam dunia artis tanahair yang mana penghijrahan artis menyertai perjuangan parti politik seperti PAS semakin menjadi pilihan. Nama-nama seperti Iwan,Bob Lokman,Abby Abadi,Sham kamikaze,Aishah,Man Rajalawak dan banyak lagi serta yang terbaru pelakon terkenal Hairie Othman. Adakah Rahmat Ekamatra juga bakal bersama rakan artis menyertai PAS bagi mengimarahkan lagi perjuangan Islam ditanahair ini? Sama-samalah kita doakan semoga Rahmat Ekamatra dapat membuat keputusan terbaik untuk perjuangan islam ditanahair ini.

Isnin, 2 Julai 2012

Dato Fauzi akan berhadapan ujian politik dari UMNO Bukit Gantang..?


Ceramah Perdana bertajuk Hijrah Menuju Putrajaya bakal berlangsung di Taman Berkat Simpang Taiping,anjuran PAS Cawangan Taman Berkat Parlimen Bukit Gantang pada 6 Julai 2012 ini adalah salahsatu siri ceramah penerangan yang pernah dianjurkan sebelum ini oleh PAS Cawangan Taman Berkat. Dalam ceramah kali ini akan membariskan penceramah yang terdiri daripada Ust Idris Hj Ahmad(AJK PAS Pusat),Dato Arif Sabri Abd Aziz(Mantan ADUN UMNO Pahang,Sdr Aspan Alias(Blogger/Veteran UMNO) dan Dato Hj. Fauzi Shaari (Mantan Pengarah JSJ PDRM) selaku penceramah utama malam tersebut.

Dalam siri-siri ceramah yang berlangsung disini sebelum ini dapat dilihat kerja-kerja tidak cerdik yang dilakukan bagi menghalang program dari diteruskan dilakukan oleh orang-orang UMNO disini[ klik sini].
Menurut sumber disini hari ini mendakwa pihak UMNO di sini sudah mula mengumpul tandatangan penduduk setempat sebagai menyokong misi membantah ceramah pada 6 July 2012.

Nampaknya orang-orang UMNO Bukit Gantang semakin gelisah dengan kerancakan program PAS yang sentiasa mendapat sokongan yang makin bertambah...

Mungkin juga sebagai medan ujian buat Dato Fauzi yang baru menyertai perjuangan PAS. Segala rintangan dan halangan dalam rencam politik wajib ditempuhi Dato Fauzi jika mahu jadi politikawan yang berjiwa besar dan jika mahujadi orang besar dalam politik..untuk jadi pemimpin besar dalam perjuangan PAS kebanyakanya akan melalui berbagai keperitan...kena fitnah,kena gas pemedih mata,dikasari,dihina dan macam-macam lagi adalah asamgaram dalam menentang kezaliman UMNO BN...bukan sekadar berstatus tinggi dalam pangkat atau hanya sekadar naik pentas berceramah....yang dibawah adalah anda dan anda pun mesti jadi macam mereka yang dibawah dalam misi perjuangan.....hahahaha...

30 buah kediaman rosak dilanda angin kencang di Taiping





2 July 2012~ Aulong Taiping: Dalam jam 3 petang tadi disini hujan lebat bersama angin kencang telah menyebabkan lebih kurang  30 rumah dibeberapa buah taman sekitar Aulong Taiping antaranya Taman Saujana Permai yang teruk mengalami kerosakan,kebanyakan rumah yang terjejas mengalami kerosakan bumbung yang diterbangkan angin kencang.

Berikutan kejadian ini ADUN Aulong YB Yew Tian Hoe (DAP) telah turun kelokasi beberapa kejadian yang terjejas bagi menziarah untuk melihat sendiri keadaan apa yang berlaku, menurut sumber disini YB Yew telah bertindak dengan memanggil pihak berwajib seperti kontraktor untuk membuat kerja-kerja membaiki kediaman penduduk yang terjejas.

Dalam pada itu Yang DiPertua PAS Taiping yang juga merangkap Lujnah Kebajikan PAS Negeri Perak Ust Mohamad Fakharudin Abdul Aziz  memaklumkan akan turut membantu mangsa dalam masa terdekat ini.

Tungging mungkin bubar Parlimen - Najib



  
Wartawan: Adakah esok boleh bubar Parlimen...?

Najib: Esok...??....Tak boleh....tak boleh...Cincin kat jari bini aku tak cukup lagi...

Wartawan: Lusa...?

Najib: Lusa pun tak boleh...sebab bini aku Si Rosmah masih belum habis shopping diluar negara...

Wartawan: Tulat boleh...??

Najib: Tulat pun tak boleh juga...kerana lusa nak p beli beg tangan bini aku...ada fesyen baru katanya...

Wartawan: Kalau camtu tungging boleh kot..??

Najib: kalau tungging kena tanya bini aku Si Rosmah...sebab dia suka tungging kalau letih bershopping...