Sabtu, 13 Oktober 2012

Daim Dukun UMNO kasi Najib Razak kecut dan Zambry Kadir pucat

Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup.

Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.

Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.

Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.

***Orgni:  Najib kecut dan Zambry kadir akan jadi putih sebab pucat dengan ramalan kajicuaca politik Tun Daim ni...hehehe....


Seludup amalan biasa bagi UMNO

Rasa nak terkucil rakyat Malaysia baca berita rasmi di media massa ini...

"SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri. - SinarHarian

Hatta kalau UMNO buat semua mengikut saluran..hehehe... Rasuah pun saluran betul,pecah amanah pun saluran betul,fitnah pun ikut saluran, Rosmah membazir duit rakyat pun ikut saluran....hahaha....

Kita tengok sama-sama apa tindakan SPRM dan SPR .... hehehehehehe dan yg utamanya apa tindakan RAKYAT di PRU akan datang ni .... hehehehe.....


Jumaat, 12 Oktober 2012

Soalan maut menyebabkan Najib mengaku akhirnya..??

"Datuk Seri...ada ke jumpa dengan Soros dua tahun lepas,seperti yang didakwa...bla..blu...bla...bla...??" camtu le lebih kurang soalan maut dari pemberita pada Najib...hahaha...

Nak ngaku ke tidak...ngaku ke tidak,tak ngaku nanti diselongkar kisah sebenar kang naya....Dan akhirnyaaaaaa........

"MEMANG SAYA ADA JUMPA SOROS" -Jawapan yang pendek ringkas dari Najib.

~KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah."Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media  selepas  mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.- SinarHarian~

Pengakuan Najib jumpa Soros ada kemungkinan sebab hobi Rosmah yang boros...hehehe...

Stop..!!! Aku malas mau tulis apa-apa lagi.....


Khamis, 11 Oktober 2012

Hasil didikan UMNO, MCA bantah pakaian sopan

Kedah Keluar 'Kod Pakaian' Model Papan Tanda Iklan - 

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar diselar setelah mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan ketetapan yang memerlukan model bukan Islam berpakaian sopan pada papan tanda iklan.


Bagaimana pun Pengerusi MCA Negeri Datuk Chong Itt Chew (Gambar) seperti membantah dengan menegaskan ketetapan tersebut akan menjejaskan penduduk bukan Islam di negeri ini dengan berkata: " Majlis sepatutnya berunding dengan penduduk berbilang kaum di negeri ini sebelum membuat keputusan."

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad telah memberi amaran kepada pengendali papan iklan dan pengiklan bahawa mereka mesti mematuhi perintah yang memerlukan model wanita Islam pada papan tanda memakai tudung dan model bukan Islam berpakaian sopan.

Sebuah akhbar memetik beliau sebagai berkata bahawa orang-orang yang ingkar terhadap perintah itu akan didenda RM300 dan papan tanda mereka akan diturunkan.Mat Noh berkata majlis akan bertindak tegas terhadap orang-orang yang tidak memelihara kesopanan apabila memaparkan iklan luaran yang besar di kawasan di bawah bidang kuasanya.

Chong berkata majlis perlu merangka garis panduan yang betul untuk memastikan pengendali papan iklan dan pengiklan jelas mengenai ketetapan itu.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata pihak majlis menghina wanita bukan Islam dengan menggunakan perkataan "berpakaian sopan".

"Kesopanan adalah subjektif. Saya pasti wanita bukan Islam tidak mahu mendedahkan diri mereka di khalayak ramai."

Bagaimana anda menggambarkan pakaian yang sopan? Adakah majlis menganggap seluar pendek dan pakaian tanpa lengan sebagai tidak sopan?" tanya beliau. - MStar

** Nampak sesangat yang MCA dan Gerakan tidak faham konsep sopan didalam Islam.
Inilah didikan UMNO selama ini dalam memperkenalkan Islam kepada rakan-rakan-nya seperti MCA dan Gerakan.

Begitu juga dengan NGO-NGO pengampu UMNO seperti PERKASA dan JATI serta ulama muda UMNO ...sekadar jadi Pak Turut dicucuk hidung saja...hahaha...

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah yang berjuang memartabatkan Islam.

PAS akan lawan PKR malam ini

MALAM ini dua gergasi elit bola sepak tempatan Selangor dan Kelantan kedua-duanya dibawah kerajaan Pakatan Rakyat bakal membuat perhitungan terakhir di Stadium Shah Alam bagi mengetahui pasukan mana akan menentang ATM pada aksi final Piala Malaysia 2012 di stadium sama, 20 Oktober ini.

 Bukti Sukan bola sepak negara maju dibawah PR.

Kepada peminat bola sepak negara ayuh tunjuk-kan semangat kesukanan...

Ahli Parlimen UMNO diarah sumbat ke PENJARA



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam DatukAbdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
  
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas. 
  
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.  - 
- Bernama
  
Bila kuasa BN semakin lemah dan hilang.... satu persatu spesis Bijak Nipu akan menikmati kehidupan di penjara gara2 amalan menipu yang mereka amalkan untuk menikmati kekayaan dan kemewahan hidup semasa berkuasa.

Inilah yang rakyat akan lihat pada hari2 mendatang. Kerana itu rakyat bersedia untuk membuang kuasa BN sebagai pemerintah.

Syabas Kementerian Pelajaran Cincin Rosmah dalam buku pelajaran sekolah rendah


Kelas Pemulihan Bijak Fikir: Buku bacaan Bahasa Melayu..macam itulah tajuk didepan buku ini, ada nama Sekolah (Tak perlulah aku nyatakan kat sini..hehehe...)

Mungkin buku ini dikeluarkan bagi sekolah-sekolah rendah bagi negeri Perak saja,negeri lain aku tak tahu..hahaha…

Dalam muka surat buku tersebut  ada bacaan yang secara langsung menyentuh  perkara berkaitan dengan Rosmah dan Cincin..hahaha..

Syabas kepada yang terlibat mencetak dan menerbitkan buku ini dan dijadikan bahan pembelajaran murid-murid,sekurang-kurang mereka tahu siapa itu Rosmah dan apa kaitanya dengan cincin..hehehe….



Rabu, 10 Oktober 2012

[ Bergambar ] 2 buah kedai makan Stesyen Keretapi Taiping hangus terbakar

10 Sept 2012 - Taiping Perak: 2 buah kedai makan yang berhadapan stesyen KTM Taiping hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran jam 3 petang tadi.

Kebakaran yang dilaporkan berpunca dari tong gas memasak dari salah sebuah kedai tersebut telah menyebab 2 kedai makan hangus.

Pemilik kedai nasi ayam Sdr Kamal (30) menceritakan detik cemas isterinya menyelamatkan anak mereka Arissa (1 thn). "Api merebak dengan pantas,syukur isteri saya berjaya selamatkan anak kami,walaupun mereka berdua cedera ringan".

3 jentera Bomba dari balai Bomba Taiping bergegas ketempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran 30minit kemudian.

Anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkaitan.

Gambar-gambar kejadian yang sempat member aku rakamkan:

Sdr Kamal (Baju Oren)  memberi keterangan kepada Pegawai Bomba mengenai kejadian

Pegawai Bomba berjaya padamkan kebakaran dalam masa 30minit

Musnah dijilat api


Dibelakang kedai ini ialah banguna kediaman Kementerian Kesihatan ( Kawasan Hospital Taiping)

Tiada apa yang tinggal...

[Vedio] UMNO Bukit Gantang bakal terkedu..Nizar bawa isu kolam udang 'haram' ke Parlimen.


Sebelum ini banyak sudah pendedahan demi pendedahan mengenai isu kolam udang HARAM yang dipercayai kepunyaan Koperasi UMNO Bukit Gantang  didedah.

Dengan kerjasama penduduk Kampung Dew,SAM,JAS dan Mediamassa kerja membongkar isu kolam udang HARAM telah berjaya dibongkar.





Lokasi  kolam udang HARAM ini ialah di Kampung Dew didalam DUN Kuala Sepetang Parlimen Bukit Gantang.

Penduduk kampong Dew dilaporkan telah diperdaya sejak sekian lama dek kerana projek haram ini,yang mana tapak lokasi kolam ini dahulunya dijanjikan oleh pemimpin UMNO disini untuk diberi kepada penduduk kampong sebagai lot kediaman,namun telah ditukar kepada projek kolam udang HARAM.

Projek kolam Udang Haram ini juga telah menyebabkan tarikan pelancongan di sepanjang sungai ini yang dahulunya kaya dengan panorama Kelip-Kelip diwaktu malam menjadi merosot.

Ini semua kerana kerja penebangan pokok “Berembang” yang menjadi  tempat habitat Kelip-Kelip telah 80% musnah disebabkan kerja-kerja membesarkan kolam udang HARAM.

Namun tiada sebarang tindakan yang sewajarnya diambil oleh PBT disini.

Kini YBhg Dato Seri Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang mendedahkan di dalam Dewan Parlimen…

Tuan punya kolam udang ini yang didakwa Koperasi UMNO Bukit Gantang pasti akan terkedu dengan pendedahan ini.



Sumber bongkar lagi boleh klik [SINI] dan [SINI]

Kesian sungguh...rupanya Shahrizat tak tahu apa habuk pun...

Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak berasa malu apabila Laporan Audit Negara mengetengahkan isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional.

Ketika disoal balas peguam Ranjit Singh dalam saman fitnah RM100 juta terhadap dua pemimpin PKR, Shahrizat berkata, projek di Gemas itu dan National Feedlot Corporation (NFC) yang diuruskan suaminya itu Mohd Salleh Ismail dua entiti berasingan.

"Laporan itu terhadap pusat dan tidak syarikat. Ketua Audit Negara tidak audit syarikat swasta," kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu.

Shahrizat mempertahankan bahawa beliau tidak tahu terperinci berhubung proses bidaan yang dimasuki suaminya untuk menguruskan projek fidlot itu.

Sehingga sekarang beliau mendakwa tidak tahu butiran penuh projek itu.- MKini


*** Kesian..Kesian..Kesian..Kesian..Kesian..KesianKesian..Kesian..Kesian..Kesian....Kesian..Kesian..Kesian..Kesian..hahahaha.....

Rupanya Shahrizat ini tak tahu tentang pengurusan projek lembu yang mengemparkan negara selama ini...hahaha...

Mungkin dakwaan tentang cerita kondo mewah kat Singapura pun Shahrizat tak tahu dan mungkin juga jawatanya sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat  telah dipecat pun dia tak tahu...hahaha....

Selasa, 9 Oktober 2012

Najib gagal atasi pencerobohan tanah tinggi dinegeri sendiri sebab "perkara biasa"


Orang Dalam Bocor Rahsia Kepada Penceroboh Tanah - Kata DO
KUANTAN: Pihak berkuasa sukar menangkap orang-orang yang terlibat dalam pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands berikutan kakitangan pejabat daerah sendiri dipercayai bersekongkol dengan penceroboh.
Pegawai Daerah, Datuk Ahmad Daud membuat pengakuan mengejutkan ketika mengulas mengenai pencerobohan tanah yang semakin berleluasa di Blue Valley Cameron Highlands.
Ahmad berkata pegawainya telah memantau pencerobohan tanah tersebut dan telah menjalankan serbuan "apabila kita menerima maklumat yang boleh dipercayai" berlakunya aktiviti sedemikian.
"Bagaimanapun, kita mengesyaki seseorang dari dalam jabatan telah membocorkan maklumat kepada pesalah, mengakibatkan serbuan gagal.
Apa yang lebih mencurigakan ialah mereka telah "mengambil semula" empat daripada sembilan item jentera berat yang dirampas semasa serbuan.
"Saya akan membersihkan jabatan saya dahulu sebelum melancarkan operasi skala penuh untuk menahan mereka yang terlibat," katanya.
Ahmad mengulas laporan muka depan The Star pada Selasa bahawa pencerobohan tanah di kawasan hutan simpan di Cameron Highlands, menyebabkan kebimbangan kepada penduduk.
Penduduk mengadu sumber air mereka terjejas dan dikhuatiri cerun yang terdedah akan mengalami hakisan ketika cuaca buruk dan berulangnya tragedi Ogos 2011 di mana tujuh orang mati dan beberapa buah rumah telah musnah di penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Ruil.
Ahmad berkata beliau akan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan perkara tersebut secara muktamad.
Beliau berkata sukar untuk mengesan aktiviti haram itu kerana mereka menjalankan kerja-kerja pada waktu malam dan hujung minggu.
"Sukar untuk menangkap mereka kerana kami perlu berjalan jauh ke dalam hutan," katanya.- Mstar
** Kenyataan hebat dari Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula ialah pencerobohan tanah kerajaan negeri adalah "Perkara biasa".

Pihak berkuasa sukar menangkap orang-orang yang terlibat dalam pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands berikutan kakitangan pejabat daerah sendiri dipercayai bersekongkol dengan penceroboh.
"Perkara Biasa" kata Adnan Yaakob....sebab memang biasa kroni UMNO buat kerja haram ini...hahaha... 

"Geng Jahat" dikesan berada dipasaraya Mydin Ipoh..??

Time aku singgah di pasaraya Mydin Ipoh baru-baru ni,aku sempat mensnap ( cam curi2 ambil gambo le...hehehe..) seorang lelaki berbaju hitam...kat belakang baju dia ada gambar cam tengkorak dan ayat tertera perkataan GENG JAHAT...!!!

Pergh...!! Agaknya apa yang boleh diklafikasikan dengan si pemakai baju dibawah ini...?? Hahaha....

Cam sendiri ngaku dirinya jahat...hahaha...

Sekurang-kurangnya lelaki ini iklas dan jujur yang dirinya dari geng jahat.....jadi kepada sesiapa yang tersermpak denganya berhati-hatilah,jangan dok cuba rapat...sebab dia ni jahat,macam-macam kerja jahat dia akan buat...hehehe....


[Gambar]Terima Buku,Semoga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini menerima perjuangan PAS

Apabila aku tengok gambar dibawah ini....

Aku masih memberi harapan yang  Mohamed Nazri Abdul Aziz bukan sekadar menerima saja cenderahati berupa buku-buku yang diberi  TG Nik Aziz, Diharap Nazri balik rumah baca dan faham segala isi kandung yang terdapat dalam naskah-naskah berharga itu.

Kot-kot terbuka hati menerima perjuangan PAS dan meninggalkan UMNO...hahaha...

KOTA BHARU, 9 Okt -- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) menerima cenderahati daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) semasa membuat kunjungan hormat ketika hadir mendengar Taklimat Persediaan Menghadapi Bencana Banjir di Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.






 

Isnin, 8 Oktober 2012

Jamil Khir dan Ali Rustam masing-masing ada kemampuan tersendiri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada para menteri untuk menganjurkan majlis kenduri mengikut kemampuan mereka.


"Terpulang kepada kemampuan masing-masing," katanya ringkas ketika ditanya kewajaran pemimpin atau ketua menteri mengadakan majlis mega seperti itu sehingga tercatat dalam Malaysia Books Of Record.

Menteri hal ehwal agama Islam itu ditanya demikian susulan majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencatat kehadiran sehingga 130,000 orang – dengan kos jamuan dilaporkan mencecah RM600,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Jumaat lalu menyatakan bahawa siasatan dimulakan ke atas Mohd Ali atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega pada 30 September itu. - Mk

"Terpulang kepada kemampuan masing-masing," kata Jamil khir.

Jom kita masing-masing fikir isu rumah Jamil Khir bak istana...hahaha...

KUALA LUMPUR 26 Dis: Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

“Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat.

“Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.com

Jamil Khir dan Ali Rustam masing-masing ada kemampuan tersendiri..membazir dan menyapu duit rakyat...hahaha....





Ahad, 7 Oktober 2012

10 Kewajipan yang wajib untuk UMNO BN tapi hanya 1 untuk Pakatan Rakyat

Inilah senarai rukun wajib dalam pemerintah UMNO BN. Ada 10 kewajipan yang dikenal pasti,namum kemungkinan besar akan ditambah kalau dapat memerintah selepas PRU13...hahaha...

‎1- Petrol WAJIB dinaikan untuk kurangkan kesesakan di jalanraya.

2- Minyak masak WAJIB dinaikkan untuk elak kolestrol.

3- Tepung WAJIB dinaikkan untuk elak obesiti.

4- Garam WAJIB dinaikkan untuk elak darah tinggi.

5- Elektrik WAJIB dinaikkan untuk tanam sifat "jimat cermat".

6- TOL Wajib dinaikan untuk kasi jalan lebih cantik dan kroni lebih kaya.

7- Udang dan sotong WAJIB dinaikkan untuk elak "ghout".

8- Air WAJIB di naikkan untuk elak "paru-paru berair".

9- Gula WAJIB dinaikan untuk atasi "Kencing Manis".

10- PATI wajid ditambah untuk elak UMNO BN kalah.

* APA PUN HANYA SATU SAJA KEWAJIPAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMBATAL SEGALA KEWAJIBAN UMNO BN INI:

1- PAKATAN RAKYAT WAJIB DINAIKKAN UNTUK ELAK KENAIKKAN SEMUA HARGA BARANGAN DAN KEPERLUAN RAKYAT.

Geng cat merah menganas menyimbah pada pimpinan BN pula

Kali ini......Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang Disabotaj

GEORGE TOWN: Kereta Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong disimbah cat merah manakala cermin bahagian depan dan belakang dipecahkan individu tidak dikenali, dipercayai bermotifkan politik. - Mstar

** Kalau kejadian yang lepas-lepas kes simbah cat merah ni mengganas pada bas Jelajah Merdeka Rakyat...abis bertompok-tompok cat merah kat dinding bas yang membawa rombongan DSAI.

Laporan polis pun banyak kali dibuat oleh pihak PR berkaitan kejadian,malangnya hingga kini rasanya tiada lagi tangkapan terhadap pelaku diambil,walaupun banyak bahan bukti bergambar dan vedio tersiar di laman internet.

Sekarang konon-nya giliran Kereta Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong disimbah cat merah manakala cermin bahagian depan dan belakang dipecahkan....kita tengok apa tindakanya pula...hehehe...

Adakah pelaku yang sama yang simbah cat pada bas Merdeka Rakyat..? Serba kemungkinan boleh berlaku....sabotaj atau propaganda...atau geng sendiri yang tak puas hati....

Biasa la puak keris kontot tak bersarung kat P.Pinang ni....usung taik pun mereka sanggup...hahaha....


YB Rosli ADUN Terong tak boleh pakai, JKKK pula mengugut saya - Puan Juwita

TERIMA KASIH USTAZ,TERIMA KASIH DATO’ NIZAR,TERIMA KASIH PAS,..harapkan Adun kami (Yb Trong ) maka tak merasa lah saya rumah ini.

Itulah sebahagian sungkapan yang terkeluar oleh Puan Juwita setelah beberapa tahun berada didalam rumah yang serba daif ala pondok (dangau durian).

Bekalan sumber air harian terpaksa mengunakan air perigi yang di pam masuk,Akibat JANJI TAK DI TEPATI.

Ini kisahnya...Puan Juwita seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak sebelum ni hanya tinggal didalam rumahnya yang dibaluti bendera BN,gambar yang diatas berplawood selepas pihak Pas sg Kerang (DUN TRONG) bergotong royong membantu membeli playwood.

Selepas itu perkara itu dibawa oleh Pusat Khidmat Ds Nizar untuk perhatian Pihak baitulmal dan akhirnya berjaya mendapatkan kerjasama bagi membina rumah yang lebih selesa kepada keluarga ini dan perkara ini di uruskan oleh pihak pembantu Ds Nizar sdr Hj Zainuddin Hamzah, yang agak melucukan ialah pihak JKKK menganggu proses tersebut dengan member amaran serta mengugut Puan juwita agar tidak bekerjasama dengan pihak PAS.

Malah selepas berjaya dibina pun pihak JKKK sanggup tidak memberi pengesahan untuk urusan memasukkan meter air...ini yang dikatakan "dasar membantu Melayu cara melayu yang di CAPATI".

- Fb Muhammad Hasrul Qoorata