Pengikut

Khamis, 21 Jun 2012

Anak Sungai Janji di kg Dew ditutup aliran oleh UMNO Bukit Gantang..?

21 Jun 2012 ~ Kampung Dew Taiping Perak:  Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang diketuai sdr Meor bersama anggota  Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang di ketuai sdr Rosli telah ke Kampung Dew Perak yang dikenali sebagai kawasan habitat serangga kelip-kelip. Rombongan ini juga disertai wakil media serta  wakil penduduk kampung.

JAS dan SAM turun kelapangan disini adalah disebabkan aduan dari Persatuan Kelip-Kelip  Kampung Dew yang telah sekian lama menghadapi masaalah pencemaran yang didakwa telah menjejaskan bilangan kelip-kelip yang menjadi aset pelancongan disini serta hasil sungai seperti udang galah  yang menjadi punca pendapatan penduduk disini merosot. Permasaalah mereka ini telah dimajukan kepada beberapa pihak berwajib termasuk exco pelancongan Perak ( YB Hamidah) Namun tiada tindakan yang diambil, malah YB Hamidah didakwa menyuruh penduduk kampung disini mendiamkan perkara permasaalah ini dari pengetahuan  pihak media massa.

Dalam tinjau JAS dan SAM disepanjang sungai Sepetang ini didapati memang terdapat beberapa lokasi kolam penternakan udang yang jelas menyalahi beberapa aspek dalam projek ini. Menurut seorang wakil penduduk disini mendakwa terdapat sebuah projek yang dikatakan kepunyaan Koperasi UMNO Bukit Gantang yang telah beroperasi sejak 1984 yang berkeluasan 87 hektar. Penduduk kampung pernah memohon lot-lot tanah dilokasi ini namun ditolak dan akhirnya didakwa di sapu oleh kroni UMNO Bukit Gantang sejak sekian lama.

Apa yang mengejutkan rombangan kami ialah terdapat sebatang anak sungai yang dikenali Sungai Gangee (Janji) telah disekatan aliranya dari sungai utama. Perbuatan ini amat menyalahi undang-undang kata wakil JAS dan tindakan perlu dibuat,bagaimana perlu melalui saluran2 tertentu untuk diambil tindakan.

Sdr Rosli wakil JAS menyampaikan penerangan mengenai Alam Sekitar,turut sama Sdr Meor serta penduduk kampung

Menyusuri sungai Sepetang Kg Dew,melintasi jambatan  jalan utama yang telah rosak sekian lama yang masih tidak diambil tindakan.

Keindahan tebing sungai Kg. Dew yang kaya dengan flora dan fauna kini didakwa terancam

Sdr Rosli (JAS) dan Sdr Meor (SAM) rancak bersembang mengenai alam sekitar walaupun dalam sampan...haha...

Sdr Rosli menunjuk-kan peta lokasi kedudukan projek kolam udang disepanjang tebing sungai yang mencecah bilangan melebihi  70 buah kolam

BUKTI....anak sungai Gangee di sekat/ditutup aliranya dengan ceracah batang kelapa di pacak disitu. Dibelakangnya ialah projek kolam udang yang didakwa penduduk kepunyaan kroni UMNO Bukit Gantang..?
"Konon0nya Janji ditepati..tapi Sungai pun mereka tutupi.." - kata seorang penduduk disini.


****  Dikhabarkan pada 23 Jun 2012 (Sabtu) Kg Dew akan dilawati Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Nizar  bagi menyantuni rakyat dan mendengar permasaalah yang berlaku disitu setelah DSN terbaca sebuah artikal mengenai permasalah yang berlaku disini disebuah tabloit tempatan baru-baru ini. Reaksi penduduk disini amat teruja sekali semalam ( 21 Jun 2012) dengan berita kehadiran Ahli Parlimen mereka ini. 

1 ulasan: