Jumaat, 26 Oktober 2012

Johan Banner Sempena Aidiladha 2012/1433

Jeng....jeng..jeng........jeeeeeeeng....

Dengan bangganya...pemenang tunggal kejohanan Banner Sempena Aidiladha peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012/1433....

Jatuh tersungkur...khelepuk..!!!! kepada....!!!!

Banner kat bawah ni....hehehehe.....

Keaslian seni susun atur dalam banner ini amat tepat,padat dan mengeboohkan...hehehe..

Juri awam,juri profesional dan juri penternak lembu...sebulat suara mengata tiada sebarang  fotoshop berlaku keatas banner ini....dan disahkan tulin serta memenangi kejohanan...hehehe...

** Hadiah pemenang: Maaf tiada sumber yang diterima...hehehe....

Rabu, 24 Oktober 2012

Buat ceramah tiada sambutan, UMNO Bukit Gantang edar CD pula…



Parlimen Bukit Gantang hari ini agak panas sikit walaupun cuaca hujan sebelah awal petang,dibeberapa tempat di DUN Changkat Jering,DUN Terong dan DUN Kuala Sepetang di dapati terdapat beberapa banner provokasi dinaikan oleh pihak yang dipercayai geng tiada thulur….UMNO le tu…..hehehe…

Tak cukup dengan banner-banner yang memaparkan ayat-ayat bodoh,yang amat mudah diteka dari pihak mana yang buat, berpuluh ratus keping CD dan risalah di campak tinggal dilokasi-lakasi yang tidak wajar.

Ada ke patut CD yang bertajuk "Realiti Politik Melayu Islam" yang konon-nya untuk Ahli PAS ditinggalkan disurau-surau sekitar Bukit Gantang.

Aku dah lama tengok isi cerita CD tu….biasa la..filem 1 jam lebih  yang  terang-terang dari kerja UMNO. Isinya hanya sentuh hal melayu khususnya di Perak. Semua fakta dan sumbernya 100% auta kelentong UMNO semata-mata..hehehe..

Kenapa sekarang UMNO Bukit Gantang semakin sasau..???

Provokasi jijik....Inilah risalah dan CD yang ditaburkan
Salah satu banner provokasi yang di naikan

Ini kerana UMNO Bukit Gantang sudah  semakin senak thulur. 

Siri-siri ceramah yang UMNO buat di Bukit Gantang ketara tiada sambutan, aku sendiri dapat tengok keadaan  beberapa ceramah UMNO yang sempat aku pegi skodeng…hehehe…

Contohnya di TamanKuning Sari dan di Kampung Jelapang

UMNO konon-nya nak lawan ceramah PAS yang jaraknya amat dekat dengan lokasi yang mereka pun buat ceramah.

Disebabkan nak bagi ramai datang...terpaksa UMNO buat ceramah dalam kenduri..makan free, silap-silap duit poket 20 hinggit pun dibaginya..hehehe...

Malangnya kehadiran tetap tak ramai...indah sound sistem dari suara pengerusi UMNO  je..hehehe....

Lagi satu yang bestnya  ialah dalam ceramah UMNO tersebut  juga ditayang CD yang sama juga seperti yang di edarkan hari ini.

Kan dah kantoi…hehehe…kata untuk Ahli PAS saja…tapi yang pasang kat ceramah UMNO tu apa kejadahnya….hehehehe…

Nampaknya Ketua UMNO Bukit Gantang YB Rosli dah semakin kelam kabut sekarang, media TV arus perdana dan media cetak pun dah tak boleh dijadikan senjata UMNO. Ramai yang tak percaya.

Buat ceramah pun tiada sambutan dan sekarang buat kerja bodoh sebar provokasi murahan…tapi kantoi….hehehe….

Menurut sumber hari ini beberapa laporan Polis telah dibuat berkaitan kejadian ini. 

Gambar-gambar kantoi UMNO Bukit Gantang

Ceramah di Taman Kuning Sari Vedio CD  "Realiti Politik Melayu Islam" di tayangkan

Ceramah di Kampung Jelapang...Vedio CD  "Realiti Politik Melayu Islam"ditayangkan

ADUN Kubu Gajah naik minyak sebab dewan..?


Dulu kata tiada dewan..dah buat dewan..depa biar  jadi semak samun,dewan orang ramai dah jadi dewan semak samun…hahaha….

Kesian…kesian…kesian dengan seorang YB UMNO kat Perak ni….

 
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar kecewa dengan ahli-ahli  tidak ambil berat menjaga kemudahan awam.

Beliau kesal Dewan di Kampung Sangkut tinggal terbiar seperti tidak digunakan oleh Jawatankuaa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ, hinggakan dikeliling lalang dan pokok yang tumbuh ke dalam bangunan tersebut.
 Khabarnya sebanyak RM 30,000 telah dibelanjankan bagi menai taraf dewan.

Dewan ini tentunya untuk kemudahan JKKK dan penyokong UMNO disitu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal-hal UMNO.

Malangnya dibiarkan begitu saja....

Hakikatnya ADUN N6 Kubu Gajah saja-saja buat tak faham....hehehe...

Ahli UMNO kat Parlimem Larut khususnya di Kubu Gajah sebenarnya sudah pupus, itulah sebab utamanya.....hehehe...

Lihat gambar-gambar yang membuat ADUN Kubu Gajah naik minyak...hehehe..


Lalang semak samun menghiasi dewan..hehehe..



Raja Ahmad Zainuddin melihat spesis anak pokok balak dah tumbuh dipintu dewan...hehehe

Lalang sama tinggi dengan bumbung dewan...??? Longkang pun hilang...hehehe

Tok Ketua ini mungkin di tarbiah Raja Ahmad Zainuddin  sebab tak pandai jaga dewan...

Berikut aku selitkan keputusan PRU ke-12 untuk tidak semak samunkan kita semua...hehehe...

N6 KUBU GAJAH
Jumlah Pengundi: 10,985
Peratusan Kaum: M: 91.5% C: 2.76% I: 5.73% L: 0.01%
1. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN) (4,114)
2. Mohd. Nazri Din (Pas) (4,048)
Majoriti: 66
Jumlah undi: 8,336
Peratus mengundi: 75.89%
Undi rosak: 174
Penyandang: Mohd. Jafri Mohd. Yunus (BN)
(Majoriti: 1,379 undi)






Selasa, 23 Oktober 2012

[BERGAMBAR] Musim Haji: Hajjah Rosmah buat malu...Haji Najib masih tersenggeh

Kalau musim haji tahun lepas kecoh dilaman saiber dengan cerita dan gambar  Hajjah Rosmah dan Haji Najib ketika di Mekah yang dieskot puluhan askar pengiring.

Musim haji kali ni tak kot...Hajjah Rosmah dan Haji Najib tak ke Mekah rasanya, sebab mungkin Hajjah Rosmah dah serik tak dapat mengayakan rambut terjojolnya sepanjang  musim haji disana...hahaha...

Tapi kali ni Hajjah Rosmah dilihat tak serik-serik memalukan haji Najib dan semua umat Islam dinegara ini dengan menghadirkan diri didalam satu majlis penyerahan kad raya dan kuih raya untuk jemaah haji negara. 

Tanpa rasa malu atau bersalah Hajjah Rosmah dengan rambutnya yang terjojol berkepit sama dengan haji Najib dalam majlis tersebut.

Dalam kad raya (Gambar 1) cantik punya gambar ditaruh...tapi kat sebelah haji Najib..??terjojol rambut...hehehe...(Bukitnya Gambar 2...haha..)


Cantik gambar dalam kad raya tu...

Hajjah Rosmah...tetap terjojol...hehehe...


Buat malu Mak Aji dan Pak Aji di Malaysia saja perangai Hajjah Rosmah  ni....hehehe.....


CSL...Mursyidur Am UMNO



Pemuda UMNO sertai demo bersama PAS esok..?


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) sama-sama menyertai perhimpunan aman esok di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai hudud.
Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kehadiran Khairy penting bagi menunjukkan solidariti tanpa perbezaan politik bagi membantah kenyataan Chua yang jelas menghina Islam.
“Kita jemput Pemuda Umno bersama membantah kerana isu ni bukan melibatkan parti. Selain Khairy, kita juga sudah menjemput beberapa NGO termasuk Pemuda PKR sama-sama hadir esok.
“Ketua Pemuda DAP Anthony Loke juga dah nyatakan pendiriannya mengenai hudud di Parlimen semalam, maka tidak ada masalah jika PAS ajak mereka turut serta,” katanya di bangunan Umno di sini hari ini.
Selain himpunan aman, Khairul Faizi berkata pihaknya juga merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Chua esok mendesak bekas Menteri Kesihatan itu memohon maaf secara terbuka.
Sebelum itu Pemuda PAS menyerah satu memorandum kepada Khairy mendesak beliau menyatakan pendirian tegas mengenai tindakan Chua. Memorandum diserahkan Khairul kepada Khairy melalui Setiausaha Kerja Pemuda Umno Mohd Suamli Reduan di sini hari ini.
“Pemuda Umno sepatutnya mengambil langkah agresif dengan menegur dan memberi amaran keras kepada Presiden MCA supaya menghormati amalam agama serta adab resam bangsa dan kaum yang lain.
“Kami rasa Pergerakan Pemuda Umno perlu memberikan pendirian yang jelas berhubung perkara ini,” memorandum itu dipetik.
Sementara itu Khairul menegaskan, kenyataan Chua melepasi batas politik apabila menyentuh mengenai 11 buah negara yang melaksanakan hudud antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
“Sikapnya itu jelas ditujukan bagi menghina undang-undang Islam sendiri yang tidak ada kena mengena dengan PAS,” katanya.
Chua turut mendakwa 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika hudud dilaksanakan.
Malah beliau menyokong kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. - FMT

Orgni: Agaknya ada berani ke Ketua Pemuda UMNO join demo bersama PAS dalam program ini...??? atau thulurnya mengecut macam Najib....hehehe....

Isnin, 22 Oktober 2012

Pemandu Lori bodoh ditemui

22 Okt 2012, Kemunting Taiping: Petang tadi aku dapat tengok sikap ganas dan bodoh seorang pemandu lori diatas jalan raya.

Aku jumpa lori ni kat lampu trafik Kemunting Jaya,time tu sebiji tayar belakangnya dah pecah dan hancur,aku ingat lori tu akan berhenti kat depan.

Rupanya sebaik saja lampu isyarat hijau...drebar lori tu tersebut terus pecut jalan menuju ke arah Tol Kemunting.  

Bertaburan dawai-dawai dari  tayar lori yang pecah tu, banyak kereta-kereta yang memintas lori tersebut membunyikan hon,tanda suruh lori tu ketepi atau pun berhenti.

Drebar lori buat tau je....dia tetap terus tekan minyak...

Sampai kat kilang tayar Silverstoon..kedebom..!!!! Sebiji lagi tayar belakangnya pecah...cilaka sungguh..!!! tak berhenti juga...hahaha...

Aku follow lori ni dari pekan Kemunting sampailah kepekan Simpang...

Rupa- rupanya lori ni berhenti kat pekan Simpang setelah merbahayakan banyak kenderaan sepanjang lebih 30 kilometer..!!!!!

Aku faham...drebar lori tu mencari rezeki sebagai pemandu lori, tapi janganlah bersikap ganas dijalanraya. 

Kalau dah tahu tayar pecah...berhentilah,bukankah ada servis tukar tayar lori dimana saja.

kenapa perlu bahayakan diri sendiri dan pemandu yang lain...bukankah itu nampak 
bodoh..????


Sikap pemandu lori negara kita

Orgni: Tiada berniat menghina,menyalahkan atau memperlekehkan para drebar lori...kisah yang dipaparkan cuma sekadar sebagai peringatan dan ingatan kepada semua...