Khamis, 24 Januari 2013

Isu Panas tutup Bilik Gerakan UMNO : Ahmad Maslan tak mau layan Ketua UMNO Bahagian

Karenah Abu Bakar Alibi  tidak akan dilayan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 24 Jan - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata penutupan beberapa bilik gerakan Umno di Johor merupakan kes terpencil.
 
Sambil menyifatkan kes itu tidak serius dan hanya melibatkan masalah di kalangan segelintir individu tertentu, Ahmad tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur cubaan memboikot dan sabotaj parti atau calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
"Memang ada bilik gerakan yang masih lagi ditutup sebab kita belum berkempen lagi. Kalau ada yang tutup, kita boleh buka di tempat lain dan kita ada banyak masa untuk buat perubahan.
 
"Tidak menjadi masalah kalau ada cubaan memboikot. Kita ada 35 hingga 40 bilik mengundi (di satu kawasan)," katanya ketika diminat mengulas laporan sebuah akhbar mengenai penutupan bilik gerakan Umno di Johor yang kononnya memboikot kempen pilihan raya umum kerana kecewa dengan kerajaan negeri.
 
Dipetik Bernama, beliau menegaskan tindakan tatatertib dan disiplin akan diambil jika didapati ada anggota Umno menjadi dalang sabotaj dan pemboikot kempen.
 
"Mereka boleh cari badan bukan kerajaan (NGO) lain. Kami serius dalam parti. UMNO tiada masa melayan kerenah segelintir individu yang tidak baik dan sakit ini. Kami masih ada ramai lagi ahli yang setia pada parti," katanya.
 
Ahmad yang juga Ketua Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) berkata, Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan