Isnin, 21 Januari 2013

Sudah bermula...1406 program ceramah UMNO Perak dari sekarang hingga PRU....Benar atau Kelentong..????

72 + 400 + 40 + 894 = 1406  program ceramah yang akan dilaksanakan bagi seluruh Perak,itu yang tertera dalam sebuah dokumen yang dipercayai dari sumber dalaman UMNO negeri.

Wah..!!! banyaknya program yang dibuat UMNO Perak,SU UMNO Perak dikatakan akan memulakan lawatan pusing seluruh Perak bermula hari ini 22 Jan 2012 dan hingga tarikh akhir bagi segala program tersebut ialah 2 Mac 2013. Tepatlah agaknya dengan tarikh pembubar Parlimen yang dijangka berlaku...

Paling menghairankan ialah penglibatan agensi pelaksana yang seperti UMNO negeri Perak mengunakan agensi dalam kerajaan untuk kepentingan politik.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Penerangan turut dilihat seperti diperkudakan oleh UMNO negeri Perak untuk tujuan politik mereka sehingga tarikh tersebut. 

Persoalan Orangni1406 program ceramah UMNO Perak dari sekarang hingga PRU....Benar atau Kelentong..??? 

Atau hanya atas kertas kerja sahaja,perlaksanaan-nya kosong,buat sekadar melepas batuk ditangga untuk dapatkan peruntukan dana saja....?
Banyaknya....1 Mukim,1 Program,1 DUN,10 Program....semuanya 1406 program...
SU UMNO Perak mula round Perak bermula hari ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan