Rabu, 27 Februari 2013

Akhirnya.!!! Penceroboh Ladang Kelapa Sawit Lahad Datu Sabah Di Tangkap

LAHAD DATU, 27 Feb -- MENYELAMAT : Empat anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar menarik seekor gajah betina (Gambar diatas) menggunakan tali selepas binatang itu berkeliaran di sebuah ladang kelapa sawit di sini hari ini.

Gajah ini merupakan antara 10 ekor gajah yang berkeliaran di kawasan kelapa sawit itu dan operasi pemindahan ke Hutan Simpan Tabin Lahad Datu dilakukan selama seminggu pada 18 Januari hingga 25 Januari lepas.
............................................
Isu berkaitan Sabah:

“Kami bersedia mempertahankan diri,”-Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu 

Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu berikrar untuk mempertahankan diri sekiranya pihak berkuasa negara ini mengusir mereka dengan kekerasan daripada kawasan perkampungan nelayan yang diduduki sejak awal bulan ini.
“Kami bersedia mempertahankan diri,” kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu.
Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.
Azzimudie ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Kami mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir kami dengan kekerasan,” kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan telefon tersebut.
“Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami,” katanya yang menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak daripada pendapatan Sabah.
Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila.
Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak 12 Februari. – Malaysiakini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan