Khamis, 18 April 2013

Tolak Arahan Najib: Mohd Fadzil Serah Kembali Watikah Calon

18 Apr 2013 SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim, 48,menyerahkan kembali watikah yang diberikan kepadanya.

Mohamad Hasan berkata, Mohd Fadzil menemuinya pagi ini, untuk mengembalikan watikah pelantikan itu.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan untuk menyerahkan watikah itu dibuat selepas ada bantahan terhadap pemilihannya sebagai calon.

"Memang ada bantahan berhubung perlantikan saya sebagai calon DUN Johol. Sebab itu saya tarik diri," katanya ketika dihubungi di sini, lapor akhbar pro BN itu.

Mohd Fadzil adalah bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan belajar di Akademi Islam Universiti Malaya sebelum ini.

Menurut Mohamad Hasan, beliau telah menasihatkan calon berkenaan berfikir semula dari segenap sudut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

"Calon itu datang berbincang dengan saya mengenai perkara ini, pagi tadi dan saya harap keputusan yang dibuatnya tidak dipaksa mana-mana pihak. "Jika keputusannya masih sama, iaitu mahu menarik diri, saya akan berunding dengan bahagian berkenaan untuk mencari calon baru," katanya kepada media selepas majlis menandatangani borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini. - HD

** Huru-hara isu calon UMNO BN tidak boleh disembunyikan lagi,seluruh rakyat tahu UMNO BN bergolak kerana tamak kuasa untuk tindas rakyat...ubah sekarang,ini kali lah...vote for PAS,PKR and DAP...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan