Jumaat, 24 Mei 2013

TERKINI..!!! Tamrin Ghafar , Tian Chua dan Haris Ibrahim BEBAS dari reman Polis

Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka.

Three Pakatan, NGO leaders released

Batu MP Tian Chua, along with Anything but Umno (ABU) leader Haris Ibrahim and PAS member Tamrin Ghafar are to be released after police’s application for remand was rejected by the magistrate


TERKINI : Majistret Menolak Permohonan Polis Untuk Reman Dan Meminta Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Haris Ibrahim Aktivis Yang Mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno Dan Datuk Tamrin Ghafar Baba Anak Kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba Dibebaskan Segera...- Sumber





Tiada ulasan:

Catat Ulasan