Ahad, 7 Julai 2013

3 Artis Bergelar Datuk Bersama 80 Ahli Hadir Pada Mesyuarat yang dikatakan "Mesyuarat Haram"

Ini dunia artis tanahair punya hal... 
Semalam dilaporkan berlangsung sebuah mesyuarat,tapi Artis veteran Abu Bakar Omar berkata ini perjumpaan dengan ahli persatuan itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) semalam dianggap berjaya selepas mencapai keputusan daripada 80 ahli yang hadir.

Mesyuarat atau perjumpaan...sama saja makna-nya..kalau dah sampai 80 orang yang hadir  ditambah dengan kehadiran 3 orang artis yang bergelar "Datuk" rasa sesuai diklafikasikan mesyuarat..

Semua ni dibuat kerana isu berkaitan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), khabarnya FINAS nak ambil tindakan undang-undang keatas SENIMAN.
“Perjumpaan ini diadakan untuk memberi penjelasan dan meminta pandangan ahli terhadap isu yang berlaku. Selepas diperjelaskan, keputusan sebulat suara ahli menyokong tindakan undang-undang diteruskan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, keputusan ahli juga dicapai apabila bersetuju menubuhkan sekretariat untuk mencari dana membayar kos mahkamah yang digunakan.
“Kes tindakan undang-undang terhadap SENIMAN masih berjalan dan kami menunggu apa keputusan mahkamah seterusnya,” katanya.
Walaupun ahli SENIMAN yang hadir pada perjumpaan semalam turut menerima penyebaran SMS menyatakan semua ahli tidak perlu hadir atas alasan FINAS tidak memberikan kebenaran menggunakan lokasi terbabit.
Namun, perjumpaan dihadiri ahli antaranya Datuk Mustapha Maarof, Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Sattar berlangsung tiga jam tanpa kehadiran Presidennya Zed Zaidi bersama ahli jawatankuasanya.
Zed Zaidi dalam tweet ada menyatakan bahawa "SENIMAN TIDAK MELAKUKAN SEBARANG PERJUMPAAN di FINAS HARI INI 7 JULAI 2013. Ini adalah MESYUARAT HARAM tanpa KEBENARAN SENIMAN"
Kasar juga bunyi ayat yang di tweet oleh Presiden SENIMAN yang masih agak muda dalam dunia artis tanahair berbanding Datuk Mustapha Maarof, Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Sattar yang hadir dalam perjumpaan tersebut.
Sikap dan kenyataan Zed Zaidi yang sekarang sebagai Persiden SENIMAN bahawa SENIMAN Enggan Bertemu Dengan  Artis Veteran jelas menunjukan keangkuah,sombong dan mungkin banggang seorang artis berusia setahun jagung dengan otai-otai artis tanahair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan