Sabtu, 4 Mei 2013

Undi POS Luar Negara PR Dihadapan

Keputusan Undi Pos Luar Negara :

Melbourne
PR 69%
BN 3.9%
Tak mendedahkan undi 21.7%

London
PR 71.1%
BN 3.7%
Tak mendedahkan undi 21.4%

Perth
PR 77.3%
BN 3.7%
Tak mendedahkan undi 19%

Sumber : SABM Melbourne, MyOverseas Vote, Bersih 2.0 UK - FB

Gempar..!!! Artis Bergelar Dato Bersama Isterinya Berada Dalam Tragedi Berdarah Flasmob Di Ipoh Perak

Saksikan Klip Vedio Dibawah....dihujung rakaman 2:12 terdapat sebuah kenderaan MPV yang dipercayai milik YB Hamidah...

Jeng..jeng..jeng....
Tweet Dato' AC Mizal

Tweet Isteri AC Mizal
Jeng..jeng..jeng.jeng....



Ini AKSI Ganas para perseta konvoi UMNO BN  bersama YB Hamidah..!!
Isu Berkaitan  Tragedi Berdarah Flasmob Di Ipoh Perak Klik SINI

Pakatan Rakyat Di Hadapan Kajian Panitia Zentrum

PRU13- Prediction Perception Voting Trends
Comparative Summary (Political Voting Trends Behavior)
For Strategy Criticism Reference only - Lihat Gambar Graf dibawah.
..........
**Maklumat FB:
Risikan yang dikumpul dari rakan-rakan seluruh negara,Jika majoriti rakyat menjalankan tanggung jawabnya esok keluar mengundi keputusan diperingkat pusat memihak kepada PR,menang tipis tapi cukup menjadi kerajaan yang kukuh.

Tidak kurang 6 negeri bakal berada dalam genggaman PR...Majoriti anak-anak muda dari semua kaum menyokong PR.Kaum Melayu 75%
Kaum Tionghua 92%
Kaum India 55%

Warga emas...Kaum Melayu di Johor, Melaka sekitar 38%.. Kelantan 68%...Terengganu 46%...Pahang 40%...N9 43%...Selangor dan Perak 46%, Kedah 52%.. Perlis 48%.....Yang memenangkan PR ialah golongan anak muda dan atas pagar.
.............

Terkini: Nak lesen besar pukul orang pakailah baju I ♥ PM

Nak lesen besar pukul orang pakailah  baju 
I ♥ PM

Tragedi Flashmob hari ini 4 April di Ipoh Perak menyaksikan budaya samseng penyokong UMNO BN...!!!

Saksikan Klip Video 

PRU13: Tragedi Flashmob berdarah di Ipoh [Full Moment]


Ikuti laporan berkaitan kejadian di FB Perakite
................


Terkini: Petugas BN Taiping Akan Roboh Bilik Gerakan Sendiri Malam Ini

Gambar Hiasan
Menurut sumber dalaman UMNO Taiping sebentar tadi memberitahu mengenai ramai petugas2 BN di Dun Kamunting/ Aulong //Pokok Assam merungut dan tidak berpuashati kerana masih belum menerima upah mereka.

Yang pastinya ada diantara mereka telah menyatakan sekiranya sehingga malam ni upah tidak dibayar, mereka tidak ragu2 utk menurunkan bendera2 BN termasuk merobohkan pondok bilik gerakan!!!

Rata-rata dikalangan petugas tidak tahu berapakah jumlah Wang yang akan diterima namun meraka beranggapan upah adalah sebanyak RM35 seorang bagi satu hari...

PERHATIAN...!!! Andaikata ada terdapat ada berlaku bilik gerakan UMNO BN atau Bendera BN runtuh janganlah menyalahkan pihak lawan...ini kerana akibat bermain politik upah mengupah yang di-amalkan oleh UMNO BN.

Politik Samseng UMNO BN sudah bermula, seorang cedera parah dipukul

Flashmob aman Pakatan Rakyat dicemari oleh samseng UMNO BN yang memakai baju I Love PM yang memukul peserta di Ipoh Perak.

Nantikan klip video berkaitan akan menyusul....

Jumaat, 3 Mei 2013

Tamparan Akhir Buat Calon BN Selama, Seorang Lagi Abang-nya Sokong Calon PAS

Sokongan padu buat calon PAS DUN N05 Selama Perak Ust Mohd Akmal b. Kamarudin daripada Sdr Mohd Hanipah b. Mohd Yusoff 60 ,yang juga Abang Kandung calon BN di DUN Selama Perak Dato Daud bin MD Yusof.

Sebelum ini BN Selama menerima tamparan hebat apabila Sdr Noor Ghani b. Mohd Yusoff yang juga abang kandung calon BN Selama mengisytiharkan menyertai PAS selepas lawatan Najib ke Sungai Bayor baru-baru ini.

Mohd Hanipah b. Mohd Yusoff  yang kini menetap di Terengganu sanggup datang dari jauh  bersama keluarga ke DUN Selama untuk menyatakan sokongan pada demi perjuangan Islam kepada calon PAS Selama Ust Mohd Akmal.

"Amat malang Jika 1 undi dapat memenangkan adik saya itu adalah undi saya dan adalah lebih baik dan tepat  undi saya itu berikan kepada parti yang perjuangan islam,iaitu calon PAS" - ujar Sdr Hanipah.

Sokongan dari 2 abang kandung calon BN Selama kepada calon PAS Selama dilihat amat memberi tamparan hebat kepada calon BN Selama,tambahan pula disaat akhirnya sokongan rakyat sekitar DUN Selama yang semakin bersemangat menyokong calon PAS.

"Kehadiran Sdr Hanipah bersama berkempen dengan calon PAS Selama memberi semangat kepada kami di Selama"- Ujar seorang penyokong tegar PAS Selama.

Tajuk sebelum klik SINI
Kisahnya DISINI

Proses pemindahan document penting sedang berjalan

Beberapa  negeri milik UMNO BN di-laporkan  mulai malam tadi  sudah kelam-kabut  mengadakan proses pembersihan pejabat SUK masing-masing.

Mereka mengeluarkan najis-najis dan bahan-bahan kotor agar tidak dikesan oleh Pakatan Rakyat yang bakal mengambil alih kerajaan negeri. 

Segala document sulit ini dikatakan akan dipindahkan ke lokasi-lokasi rahsia ataupun ke rumah pemimpin mereka yang mempunyai ruang simpanan bawah tanah. 

Panas..!!! T-Shirt Khas akan digunapakai penyokong BN ketika membuang undi sedang diedarkan..?




Peace, Stability, Progress,dan Najib  MY PM inilah ayat yang tertera pada T-Shirt yang dikatakan akan digunapakai oleh penyokong BN sehingga kedalam ruang pembuangan undi pada esok hari 5 April.

Baju-baju ini sebenarnya sudah lama di edarkan secara percuma dalam program-program konon-nya berselindung dengan nama 1Malaysia For Youth, hakikatnya sebenar ialah program UMNO BN.

Menurut sumber mengatakan T-Shirt sedemikian akan di-edarkan percuma kepada penyokong BN hari ini dan alasan T-Shirt ini boleh digunapakai hingga waktu membuat pangkah undi kerana konon-nya T-Shirt ini tiada logo atau simbol  parti.

Persoalanya ialah bolehkah baju atau T-Shirt sedemikian boleh diguna oleh pengundi BN hingga kedalam ruang membuang undi..?? Tidak-kah ianya melanggar Tataetika Pilihan Raya (SPR) pada para yang bertajuk 9. Hari Mengundi.
...........................
TATAETIKA PILIHAN RAYA




TATAETIKA PILIHAN RAYA
9. HARI MENGUNDI
9.1  Semua pihak dan penyokong calon hendaklah:
  (j)  Tidak boleh memakai, memegang atau membawa apa-     apa bentuk atau jenis pakaian, topi atau tudung, barang      hiasan, roset, botol air atau payung dan seumpamanya      yang padanya tercetak atau tertera nama calon, lambang      atau simbol mana-mana parti politik di dalam jarak      kawasan 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu      dari sempadan mana-mana Pusat Mengundi yang      ditetapkan oleh SPR;
..................
BUKTI T-SHIRT INI ADA UNSUR POLITIK UMNO BN
FB  Najib Razak menyatakan:Ceria bersama menyokong laungan #BetterNation.
................
Peringatan buat penyokong Pakatan Rakyat: Janganlah dok pakai baju-baju yang ada logo atau simbol berkaitan kepartian pada masa nak mengundi esok...kalau semangat sangat nak pakai...lepas pangkah undi, pakai lah puas-puas untuk kita raikan kejayaan kita nanti....hahaha.....


Tahukah anda..!! 1 Undi Untuk BN Akan DiKongsi-Kongsi

1 undi untuk BN = 1 undi untuk mereka-mereka....hahaha....

Dilucutkan Jawatan Pegawai Pemerintah Tentera serta di Arah Tukar Serta Merta Kerana Dakwat Kekal SPR

PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan  ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

(Laporan polis yang dibuat oleh Mejar Zaidi, isteri dan rakan-rakannya tersebar merata. Kerana membuat laporan polis beliau dipersalahkan dan ditukar serta merta)   "Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.-Harakah

Khamis, 2 Mei 2013

Klip Video Terbaik : Khas Buat Sahabat yang masih didalam UMNO...Saksikan...

Kepada rakan sahabat...samada yang suka atau benci dengan admin Orangni blogspot serta crew,walaupun sekian lama aku menghentam UMNO BN kerana dasar partinya,tapi percayalah aku tidak pernah membenci kalian.... Hayatilah klip vedio ini untuk renungan ringkas dan mendalam sebelum mengundi....

AYUH LAKUKAN PERUBAHAN... Sokonglah perjuangan Islam,undilah PAS....
........................


Kemenangan Awal..!!! : Tahniah Kepada Semua Sukarelawan Media Sosial Pakatan Rakyat

PR masih dominasi kempen media sosial

3 Mei 2013 SHAH ALAM -  'Perang' Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) mungkin sedikit suram di paparan skrin komputer kita jika dibandingkan dengan hari ini.

PRU13 boleh juga kita andaikan sebagai ibu kepada segala pilihan raya dengan kempen meluas semua parti-parti politik yang bertanding, sama ada secara maya mahupun realiti.

'Perang' bukan hanya menerusi poster, bendera, manifesto, ceramah mahupun siri jelajah, namun ia ditambah baik menerusi kempen media sosial yang diperhebat dari semasa ke semasa.

Pakatan Rakyat (PR) yang boleh kita gelar sebagai perintis kepada penggunaan laman media sosial ini dilihat menggunakan sepenuhnya ruang ini pada PRU13.

Menurut  Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, kelebihan PR kerana mereka mempunyai penyokong yang sanggup melakukan kerja-kerja kempen media sosial ini secara sukarela.

"Barisan Nasional (BN) kurang individu-individu semulajadi ini.

Menurut Agus, penggunaan media sosial termasuk blog ini memberi pengaruh cukup besar kepada pengundi untuk memilih Ahad ini.

"Tetapi pengguna internet ini rata-ratanya orang yang bijak. "Maklumat yang mereka terima tidak akan diterima bulat-bulat. Mereka ini akhirnya akan menganalisis," ujar beliau.

Menurut seorang lagi penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, penggunaan media sosial oleh parti-parti politik, diperhebat selepas pengumuman calon-calon yang bertanding pada Ahad ini.

"Calon-calon ini kebanyakannya menggunakan Facebook, Twitter malah mereka menghasilkan blog mereka sendiri.

"Youtube juga turut digunakan sepenuhnya oleh parti-parti politik untuk memaparkan ceramah-ceramah mereka," ujar beliau. Menyifatkan penggunakan media sosial disasarkan kepada kelompok-kelompok tertentu seperti golongan muda dan pengundi kawasan bandar, Azizuddin berkata, kempen ini memberi pengaruh cukup hebat kepada kelompok berkenaan.

"Mereka ini boleh mendapatkan maklumat dari rumah. Tetapi saya tidak setuju sekiranya calon menggunakan cara ini dan kurang bertemu rakyat. "Paling penting, rakyat mahu melihat calon. Ia mesti seimbang," ujar beliau.

Seorang lagi penganalisis politik, Profesor Dr Jayum Jawan, kedua-dua  parti utama berjaya menyampaikan mesej mereka kepada pengundi dengan kempen yang dilakukan setakat ini.

"PR menggunakan sepenuhnya penggunaan media sosial ini tetapi BN juga menggunakan sepenuhnya ruang media arus perdana. "Jadi kedua-duanya berjaya menyampaikan maklumat," jelasnya.

Meskipun begitu katanya, BN sedikit terkebelakang dalam kempen media sosial ini kerana mempromosikan perkara yang sama. "Tak nampak apa lagi yang boleh diutarakan oleh BN kerana ia perkara sama," ujar Jayum. - SH

*** Orangni ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pengamal blogger,facebooker dan penguna twitter dikalangan penyokong PR selama ini,walaupun kita tidak diupah dengan apa-apa ganjaran...niat kita hanya satu, hancurkan UMNO BN...!!! Takbir...!!! REFORMASI...!!! INIKALILAH...!!!!

[ Gambar ] Bukti Anak Muda Tidak Selamat Bersama UMNO BN

Inilah nasib sebilangan anakbangsa
Masa depan mereka dibelenggu oleh kerakusan UMNO BN

Hisap G@nj@... Layan benda haram..

Buat kerja sia-sia...Merempit
Akhir....jadi begini..



Rabu, 1 Mei 2013

Panas dan Pelik..!!! Calon Parlimen Taiping Berkempen Di Lokasi Tiada Dalam Peta Malaysia

FB Tan Lian Hoe: Bersama Penduduktmn daujana jaya...hehehe..
Jenuh aku cari...puas aku google cari nama "Tmn Daujana Janakat sekitar Taiping...tapi pula jumpa nama taman tersebut. 

Aku juga cuba tanya kat crew -crew Orangni kot-kot mereka tau dimana Tmn Daujana Jaya didalam Taiping...tapi sorang pun tak tahu...hahaha....

Tan Lian Hoe 
Pelik...kat mana calon BN dari GERAKAN ni pergi jumpa rakyat, dalam postingnya di FB milik Tan Lian Hoe (calon BN Parlimen Taiping) kata bersama rakyat di tmn daujana jaya..

Kalau korang tak percaya cuba google map cari lokasi "tmn daujana jaya"
Ada..? Ada..? Takda kan..!!! Hahaha....


Adakah di Parlimen Taiping sudah ada tmn baru,sebab di kawasan Parlimen berhampiran Taiping seperti Bukit Gantang dan Larut pun tidak ujud nama tmn seperti tersebut.

Mungkin juga lokasi yang dimaksudkan oleh Nyonya Tan Lian Hoe ini ada nama yang betul,disebabkan tak tahu maka dia main hentam saja...hahaha...

Layak ka orang macam ni nak diberi undi untuk jadi Ahli Parlimen Taiping..? Nama tempat tinggal pengundi sendiri pun talak tau...

isytihar tarik diri la ...belajar dan hafal nama-nama tempat di Parlimen Taiping dulu, PRU-14 nanti  baru jadi calon...hehehe...

Disebabkan buta dengan lokaliti politik di Kawasan Parlimen Taiping, Tan Lian Hoe dah macam nyonya mabuk todi ketika berkempen di Taiping, 
yang aku hairan....Calon DUN Kemunting Zahir Banner dan K/B Shalimin Chivas tak meorentasikan Tan Lian Hoe ke..? Atau takut nak tegur calon GERAKAN tersebut..sebab sekarang Bos Besar BN Taiping ialah Nyonya tersebut...hahaha...
...........


Gempar..!!! Zed Zaidi Dedahkan Najib Pakar Tilik Mimpi Artis

Selamat pagi. Semalam aku mimpi! 5 Mei 2013 Ahad ni BARISAN NASIONAL MENANG BESAR! Betul ke? tanya DS @NajibRazak @tunfaisal @jamawijaafar -- zedzaidi (@rozaidijamil) - Tweet Zadzaidi

Hahahaha....
Rupanya Najib adalah pakar tilik mimpi untuk artis negara. 
Tapi aku yakin Najib tak akan layan kisah mimpi yang di-tweet oleh Zed Zaidi ni, sebab Najib tentu lebih utamakan menilik mimpi Psy Gangnam Style...
hahaha....
Psy: Artis pujaan UMNO BN...
Imbas kembali : 
BN Pulau Pinang bayar RM2 Juta untuk bawa 'PSY Gangnam Style'
- Menurut Andrew Rebel seorang pengarah di pusat pencarian bakat Impressive Talent Agency dilaman Facebook miliknya, beliau mendakwa bahawa kos untuk membawa penyanyi Psy ke program anjuran Barisan Nasional sempena tahun Baru Cina akan datang ini menjangkau sehingga RM2 juta.

Bayaran sebanyak USD 600,000 itu tidak termasuk perkhidmatan jet peribadi, Hotel Suite, body guard, kereta limo dan macam-macam lagi.

Maklumat itu diperolehinya daripada YG Entertainment, sebuah syarikat pengurusan artis Kpop di Korea Selatan.- Anak Sungai Derhaka

Zed Zaidi Marah Kerajaan kerana bayar PSY RM2juta


- Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang, Presiden Seniman, Zed Zaidi, terus mempersoalkan perkara itu.

Katanya, bayaran RM2 Juta untuk penyanyi itu langsung tidak masuk akal dan 'buang duit' semata-mata.


"Dengan nilai sebanyak itu, kita mampu memanggil lebih daripada 10 artis tempatan. Bagaimana artis nak sokong kerajaan sedangkan mereka tidak memberikan keistimewaan itu?

"Artis luar senang mendapat imbuhan di negara kita sedangkan artis kita sukar mendapatkan keistimewaan itu di luar negara. Malah, ada di antaranya hanya ditabur janji manis, namun hanya indah khabar dari rupa.

"Saya pernah menyuarakan Skim Insurans Seniman, namun sehingga kini masih belum dilaksanakan. Begitu juga dengan Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini. Mana bajet RM6 Juta yang dijanjikan?," soal Zed.

Tambah Zed lagi, Seniman turut menghadapi kesukaran mendapatkan dana daripada kementerian dalam usaha membantu golongan artis yang memerlukan.
...................................

Kepada Zed Zaidi..tak perlu bermimpi la...
UMNO BN bukan pandang pada korang,
khidmat artis tanahair yang sokong BN hanya untuk kepentingan kroni-kroni Najib saja....hahaha..



Tu...dia..!!! Pegawai Pemerintah Tentera Buat Laporan Polis Sebab Dakwat Kekal SPR

KEPALA BATAS: Seorang Pegawai TUDM Mejar Zaidi Ahmad (gambar), membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal semalam, hilang apabila dibasuh.

Zaidi yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara DiRaja Malaysia Butterworth, berkata, beliau terkejut apabila mendapati dakwat di jari telunjuk tangan kirinya luntur dan kemudianya hilang apabila dibasuh dengan air sabun.

Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan magkuk.

Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi tadi.

Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim.

"Selepas menjalankan amanah sebagai pengundi pada pukul 12.30 tengahari dan balik mencuci untuk melihat sendiri adakah dakwat tersebut kekal ataupun tidak. Dalam pukul 1.00 tengahari ianya terjawab, " katanya pada media.

** Baca lagi di http://bit.ly/ZznBZu

TERKINI: Blogger, Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman

TERKINI: Blogger, Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman - Sumber tweet

** Blogger Milosuam telah ditahan oleh pihak polis sebentar tadi, kemungkinan berkait dgn posting beliau di blog yang didakwa memburukkan SPR. Pelik, blogger pro-UMNO yg siar video lucah tetap bebas dan kebal...
Ini kali lah...!!!!

[ Video ] Bukti UMNO Tidak Perlukan Undi Kaum Cina dan India Dalam PRU-13

"Kalau tuan-tuan dapat 70% dari 32,000 ini mengundi Barisan Nasional, 

Kita tak perlu undi cina dan undi india " -  Datuk Johari Abdul Ghani - Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa.

.................