Pengikut

Jumaat, 26 April 2013

UMNO Mengelupur....!!!! Abang Datuk Daud Calon BN Sah Sertai PAS Di Selama Perak [ Gambar ]

Berita Sebelum ini:
26 April : Sungai Bayor Selama Perak -- Najib Razak sebentar tadi menerima 680 borang menyertai UMNO konon-nya daripada bekas ahli PAS dari Parlimen Larut sempena program Kenduri Rakyat di padang SK Sungai Bayor, dekat Selama. 

Cerita sebenarnya kesemua individu yang isi borang tersebut adalah penerima bantuan seperti atap/bumbung rumah. 

Timbalan Ketua Cawangan PAS Sungai Bayor mengesahkan bahawa mereka yang menerima bantuan dari UMNO BN perlu mengisi borang UMNO dan borang itu dikumpul sejak beberapa tahun lalu. - Terbongkar..!!! Najib Ditipu Menerima 1200 jadi 800 jadi 680 Borang Penerima Atap Parlimen Larut Sertai UMNO -- seterusnya klik SINI
..................................
Berita hari ini:
27 April -- Markas PAS Sungai Bayor Selama hari ini melakar satu sejarah politik dimusim PRU13 apabila Saudara Noor Ghani bin Mohd Yusof 57, (gambar) abang kandung kepada calon BN bagi N05 DUN Selama Datuk Daud bin Yusof dengan rasmi menyertai PAS disini.

Majlis yang dihadiri oleh penduduk sekitar Sungai Bayor yang mencecah 1000 orang penyokong Pakatan Rakatan dihadiri oleh Datuk Fauzi Shaari calon Parlimen Larut,Ust Akmal Kamaruddin calon DUN Selama dan beberapa pimpinan PAS serta Pakatan Rakyat.

Sebagai simbolik penyertaan Sdr Noor Ghani ke-dalam PAS,bendera UMNO dan BN digulung oleh beliau dihadapan hadirin yang hadir kemudian disambut dengan laungan Takbir..!!!.


"Semalam Najib ke sini dan mantan Ketua Cawangan PAS Sungai Bayor Zanian kembali kepangkuan UMNO...dan hari ini PAS Sungai Bayor di DUN Selama mendapat berita amat gembira sekali, yang mana abang kepada calon BN disini menyertai PAS" - Ujar Datuk Fauzi Calon PAS Parlimen Larut.
Gambar-gambar menarik di Sungai Bayor Perak hari ini
Pemuda India turut hadir memberi sokongan
Datuk Fauzi disambut pemuda India Selama
Rasmi: Penyerahan borang PAS oleh abang kepada calon BN Selama
PAS Cawangan Sungai Bayor meraikan Sdr Ghani menyertai PAS
Takbir..!!! Ust Akmal dan Datuk Fauzi bersama penyokong Pakatan Rakyat meraikan penyertaan  Sdr Ghani
Aksi Sdr Ghani :Bendera UMNO BN digulung tanda meninggalkan parti tersebut
Berdoa sebelum majlis bersejarah selesai

........................................


Tiada ulasan:

Catat Ulasan