Sabtu, 11 Mei 2013
Gempar...!!!! Beribu-ribu Dakwat Kekal SPR dah Hilang
Najib Tun Razak Dihina Oleh Akhbar Berpengaruh Luar Negara
Ibarat lawan tinju....menang perlawanan tinju tapi muka penuh lebam-lebam, binjol sana sini, gigi bersepai dan tangan pun patah sedangkan PR yang diketuai DSAI walaupun kalah tapi muka sedikit pun tidak tercalar, luka jauh sekali.
Memberi erti kemenangan UMNO/BN bukanlah menang bergaya yang boleh dimegahkan..integriti dan nama baik parti hancur lebur sampai ada komponen parti yang terus berkubur seperti MCA/Gerakan dan PPP.
Kemenangan yang tidak boleh mendabik dada cakap besar berdegar-degar... kemenangan yang tidak langsung diberi pengiktirafan yang sepatutnya.
Kalau ditanya akal ikut hukum logik...peninju yang muka lebam sana sini dan binjol, gigi bersepai serta tangan patah bukanlah pemenang sebenarnya..Adakah para pengandil bias dan tidak adil dalam perlawanan tersebut?.. Suatu lakaran yang cukup tajam sinisnya.
MENANG DALAM KECEDERAAN PARAH.. KALAH DENGAN PENUH MEGAH.
~LOG
UMNO MENGHINA HUKUM ALLAH DAN MEMPERSENDA UST AZIZAN KERANA KAKI-NYA DIPOTONG
Admin Facebook Umno kg paya dengan tanpa rasa berdosa dan amat biadap membuat status menghina hukum hudud dengan mempermainkan serta mempersenda mantan MB Kedah Ust Azizan konon-nya baru 2 - 3 hari BN perintah Kedah,hudud dah dilaksanakan kerana kedua-dua kaki mantan MB tersebut telah dipotong.
Inikah cara UMNO menjaga Islam dan Melayu, mereka sanggup menghina hukum Allah serta mempersenda seorang mantan MB yanh ditimpa musibah penyakit.
Aku memohon kepada rakan sahabat supaya berdoa kepada Allah supaya Admin Facebook Umno kg paya diberi petunjuk dan sedar atas apa yang dilakukan tersebut.
Jumaat, 10 Mei 2013
Harga GAS Masak Kekal tapi Harga Naik Juga
" Kos penghantaran gas naik RM 2 jangan salahkan kerajaan. Kenaikan kos penghantaran tong gas memasak sebanyak RM2 menyebabkan , Anwar suruh rakyat lawan kerajaan Anwar Ibrahim dalam Twitter semalam telah berkata kenaikan harga gas memasak adalah "hadiah kemenangan BN kepada rakyat." Sebenarnya harga gas memasak tidak naik, yang naik hanya kos penghantaran & perkhidmatan yang naik sekitar RM2." - Inilah kenyataan dari seorang blogger upahan UMNO Munafik yang kerjaya-nya sebagai guru gred 0.034suku..hahaha (tak cerdik).
Dek kerana dah telinga tersumbat dengan habuan,mata dah buta dengan $$$ ,kaki dah....ops..!!! ( luar tajuk...haha..) apa saja kenaikan barang dalam negara ini, kerajaan BN tak salah bagi-nya.
Harga minyak petrol naik sebab kurangkan subsidi,gula naik sebab nak kurangkan penyakit darah tinggi dan sekarang harga gas naik sebab kos penghantaran naik RM2...semuanya ayat-ayat cuba membodohkan rakyat.
Jalan mudah puak UMNO jawap dalam isu gas "kalau nak murah ambil gas sendiri dikedai". Bodoh Al-Bahlol punya pendapat...hahaha... Untuk jimat RM2 boleh ke cikgu yang duduk di pendalaman beli sendiri,bawa sendiri atau angkut sendiri gas masak dari kedai yang jauhnya berbatu-batu dari tempat kediaman seperti di Sabah dan Sarawak.
Se-eloknya blogger macam cikgu Najmi@Taipingmali ni ditukarkan bertugas mengajar ke kawasan pendalaman saja oleh PPD, baru tahu langit tinggi atau rendah hidup dengan kezaliman UMNO BN..hahaha....
Tahukah Anda..!! :Ibrahim Ali Dah Letak Jawatan Presiden PERKASA 7 Mei lalu
Kekecewaan kerana kalah dalam PRU 13 rupanya amat perit bagi Ibrahim Ali mantan Presiden PERKASA...hehehe....
Ingatkan Tun M saja yang kecewa menonggeng dengan kekalahan Ibrahim Ali,kerana semua tahu, Tun M bersusah payah melobi untuk dapatkan tempat untuk Ibrahim Ali bertanding dalam PRU13 dan akhirnya tersungkur kalah...malah kawan sekataknya Zul Nordin juga turut kalah di Parlimen Shah Alam.
Baguslah kalau Ibrahim Ali dah letak jawatan sebagai Presiden PERKASA,lagi molek...bubar saja pertubuhan yang amat perkauman tersebut. Lagi pun peranan PERKASA dalam politik UMNO tak ubah hanya sebagai kuda tunggangan untuk kepentingan UMNO saja.
Selamat bersara 101% kepada Ibrahim Ali dari PERKASA dan segalanya....aman dunia...hahaha.....
Selamat Bersara Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar - 17 Mei ini
Khamis, 9 Mei 2013
Pemuda India Didenda RM1,000 Kerana Rosakan Poster Kempen PRU13 Di Taiping
Tertuduh, A Aravinderkrishnan, 19, yang berasal dari Taman Tasek Indah, di sini, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan kain rentang dan pos- ter Barisan Nasional (BN) di Jalan Semarak, Pokok Assam, di sini, 5 Mei lalu.
Majistret Solehah Noratikah Ismail kemudian menjatuhi hukuman itu dan menawarkan satu tarikh baru untuk mendengar laporan akhlak remaja terbabit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagaimanapun, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan menolak tawaran berkenaan dan bersetuju membayar denda terbabit.
Dia dituduh melakukan perbuatan khianat membabitkan bahan kempen dengan jumlah kerugian lebih RM25.
Pihak pendakwa diwakili Timbalan Pendakwaraya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, remaja terbabit dilihat bertindak membuang bendera milik BN itu berhampiran Jalan Semarak, kira-kira jam 1.30 pagi.
Tindakan tertuduh bagaimanapun disedari pengadu, Mohd Nizam Mohamed, 32, yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Taiping.- Sumber SH
Sekadar imbasan: Salah satu kejadian poster kempen yang dirosakan...harap-harap ada dakwaan dan tindakan.. |
Gempar..!!! Peminat Kpop Malaysia akan Merusuh..??? Betoi ka..?
Peminat kpop Malaysia nak buat rusuhan sebab konsert artis Korea batal? #fanatik -- Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya)
Orang PAS dan DAP Semua Wajip Tengok dan Baca Ini..!!! Pikir Sendiri..!!!!
Isu MB: Pas, DAP usah sibuk |
Patutnya kenyataan Zuraidah yang angkuh ni wajar dikeluarkan sebelum tempoh berkempen atau sebelum demam PRU13 menjadi panas.....nak tengok langit politik ini tinggi atau rendah..hahaha..
Orangni bersyukur kerana PRU13 lalu setitik peluh pun tak dibazirkan untuk kerja politik kepada wanita macam Zuraidah ni...jadi aku tak ralat sangat.
Cuma kepada pada mereka (PAS & DAP ) yang susah payah tu saja mungkin rasa ralat....jadi kena pikir sendiri lah apa nak buat selepas ni....hahaha...
Terkini! Gambar Kubur Kedua Belah Kaki Ustaz Azizan Dikebumikan
Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di tanah perkuburan di KIDU.
Bersebelahan dengan kubur Allahyarham ustaz Fadhil Nur.
Sama2 kita doakan semoga ustaz Azizan serta keluarganya tabah.
Doakan keselamatan dan kesihatan Dato' Seri Azizan bekas MB Kedah..aminnn...
# yang ditanam adalah HANYA kedua kaki Uztaz Azizan yang terpaksa dipotong atas nasihat doktor akibat jangkitan kuman
SHARE & KONGSI kepada semua...
sumber : Shahrul Azalan Mohamed Zamri LINK FB: http://www.facebook.com/shahrulazalan.mohamedzamri
PAS Akan Lalui Pembersihan Selepas Ini
Menang kalah adalah hadiah. Bila kita kalah bermakna kita tak cukup bijak menghadapi muslihat lawan.
Bila kita marah setelah kalah bermakna kita tak bijak menghadapi musibah yg menutup pintu muhasabah.
Tidakkah kita nampak dalam PAS hari ini terlalu banyak kehendak duniawi?
Sehingga persepsi kemenangan mengatasi rukun qadha' dan qadar ALLAH.
Maka usaha perlu dibuat untuk mematuhi kehendak asal dasar perjuangan parti.
Pernah disebut oleh TG Haji Hadi, macam-macam orang ada dalam PAS dan mereka diterima, dengan syarat mereka kena mengikut cara PAS.
Bila manusia lupa kena diingatkan, bila ada penentangan maka kita perlu berdepan sehingga yang salah kembali kepada kebenaran.
Dalam perjuangan PAS TG Presiden pernah melafazkan bahawa biarlah kita kalah dari kita menggadaikan Islam.
Maka fahamilah bahawa dalam perjuangan Islam tidak ada konsep individu melainkan UMMAH.
Kalau benar (melalui cerita yang didengar) selepas ini ada proses pembersihan, saya amat menyokong, kerana ada diantara ahli PAS yang telah mengibarkan panji-panji ditempat yang salah.
Sahabat seperjuangan, percayalah bahawa setiap perjuangan ada tuhannya, dan PAS berjuang kerana ALLAH. Dan untuk memahami kehendak ALLAH, ulamaklah pemimpin yg sesuai utk PAS. - FB Mohd Hakim bin Lokman.
Rabu, 8 Mei 2013
MCA Bakal Tinggal Kenangan Dalam UMNO
Akhbar The Star muka 4 -8hb mei 2013 memaparkan ramai kepimpinan MCA melepaskan jawatan dalam semua sektor yang melibatkan kerajaan, antaranya JKKP, Lembaga Hospital, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan sebagainya. Seolah-olah seluruh MCA bakal terjadi sesuatu yang amat luar biasa.
Kenapa..?? Semua jawatan semakin di lepaskan oleh mereka.
Apakah yang sebenarnya mahu disampaikan oleh mereka. Adakah ianya memberi kesan positif atau sebaliknya terhadap UMNO dan Najib.
Apa sebenarnya berlaku? Adakah MCA sedang melakukan transformasi atau sebenarnya membebaskan diri mereka untuk memulakan kritikan terhadap Barisan Nasional terutamanya UMNO yang sekarang para pemimpin dan media massa belaan UMNO yang semakin rakus memainkan isu menghentam cina..?
Adakah politik perkauman yang dimainkan UMNO akan makan tuan..?
Cina tetap cina, baik DAP atau MCA, idealogi politik mereka mungkin berbeza,tapi dari rumpun bangsa yang sama. Kemungkinan MCA bertambah panas telinga dengan keculaparan menghina bangsa cina oleh UMNO.
Tidak mustahil...MCA akan menjadi sejarah bersama UMNO didalam BN, ucapan selamat tinggal BN dari MCA mungkin penamat cerita perkauman yang didendangkan UMNO sekarang....
UMNO BN Orang Pendek Akal - Ahli Parlimen Bukit Gantang (New)
Sebenarnya inilah modal Umno BN yang menjadi senjata untuk mengekalkan kuasa di dalam PRU 13. Umno sudah tepu idea untuk membangunkan supaya rakyat sejahtera, akhirnya yang ada modal ugutan dan fitnah kepada pihak lawan.
BN melalui Biro Tatanegara telah menanamkan dokrin untuk menakutkan pegawai kerajaan dengan fitnah jahat kepada Pakatan Rakyat.
Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon Pas, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu.
Umno ketinggalan keretaapi
Isu Melayu terancam menjadi modal Umno kepada Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat. Umno berjaya memutar belit isu ini kononnya Dap mengancam Islam dan menghina Islam.
Media Umno berjaya memadamkan penghinaan pemimpin Mca terhadap Islam.
Seperti kenyataan pemimpin Mca yang menghina Islam, kononnya Islam boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri.
Mana bukti..??
Mana pula bukti Dap yang dituduh rasis menghina agama sepanjang Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng perintah Pulau Pinang.
Umno cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding kepada orang lain.
Sebab itu Melayu yang berfikir menolak Umno. Kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka.
Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir?.
Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen?.
Siapa yang menindas Kelantan ?.
Siapa yang menjadikan Melayu miskin?.
Siapa yang menjadi Melayu banyak terlibat dadah?.
Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid?.
Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?.
Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya.
Pengundi Cina Tolak BN, Bukan Tolak Melayu.
Idris Hj Ahmad
9/5/13
YB Khalid Samad Mengaku Kalah Pada 805...??
Dah menang kerusi Parlimen Shah Alam dengan mejoriti 10,939 tewaskan calon Spesis Frog Zulkifli Nordin pun ngaku kalah..?? Jangan la camtu YB....hahaha...
."Saya tak tersampai ke Stadium Kelana Jaya. Jalan2 semua dah jam. Minta maaf banyak2. Saya terpaksa mengaku kalah. Tahniah rakyat Malaysia! " -- Khalid Samad (@KhalidSamad)
Oooo....rupanya ngaku kalah sebab tak berjaya ke Stadium Kelana Jaya untuk join sama dengan rakyat perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” sebab jam...hehehe...
Memang ramai yang tak berjaya sampai ke Stadium malam tadi, ramai yang terkandas di jalanraya. Terutamanya kat kuanter tol,kalaulah PR menang pada 505 lalu, tentu tak jam sampai camni sebab tol dah tiada...hahaha...
Agong Dan Raja Permaisuri Agong Lawat Datuk Seri Azizan Di Hospital Pulau Pinang
Keratan Akhbar Online mengenai Ust Azizan hari ini |
Selasa, 7 Mei 2013
Zambry Mengamuk MCA Tekad Tak Mahu Jawatan di Perak
Satu-satunya wakil MCA di Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum ke-13, Ahad lalu menolak sebarang jawatan dalam kerajaan kerajaan negeri jika ditawarkan.
Calon MCA yang lain semuanya bungkus dalam pru kali ini.
Ini katanya, sebagai tanda menghormati keputusan pucuk pimpinan parti yang diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa parti sebelum ini.
Perwakilan khas MCA sebelum ini mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.
“Sebagai orang parti (party man), saya menghormati dan menurut keputusan yang dibuat oleh parti. “Saya tidak akan terima sebarang jawatan dan agenda diri tidak penting, yang penting agenda untuk seluruh masyarakat,” katanya.
Beliau ditemui pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, pagi tadi.
Mah yang merupakan bekas Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam menegaskan, beliau akan menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di Chenderiang. -Sumber.
** Orangni anggap Tongkat UMNO ialah MCA, MIC dan GERAKAN dah patah dan dah tak boleh pakai selepas PRU13. Sekarang mulalah Umno mengamuk macam orang gila tak cukup tidur. Sana tak betul,sini tak betul,sana salah,sini salah....dan UMNO akan tak mengaku salah,mereka semua betul...yang itu ini salah ialah selain dari UMNO...hahaha.....
Sekarang ini dengar kenyataan yang pelik-pelik dari UMNO,semalam Utusan Malaysia buat tajuk "Cina Mahu Apa Lagi", Tun M pula kata Tsunami Cina tak sokong BN penyebab kemerosotan pada BN, Ali Rustam pula kata macam seolah-olah cina tak kenang jasa sebab tu dia kalah dan Zambry Kadir hari ini menyatakan dia perlukan MCA dalam pentadbiran negeri Perak.
Macam mana ni..?? Dah macam kenyataan orang mabuk orang-orang Umno ni...hahaha...
Orang cina dinegara ini jadi serba salah kerana penyakit gila Umno sekarang . Sebelum ni Umno mahu Orang cina hanya boleh sokong Umno saja. Kalau tolak Umno pada mereka tak kenang jasa. Cina sokong PAS tak boleh. Seolah2 dosa besar?
Awat! umno jaga Melayu ka?. Awat umno jaga cina ka? Awat umno jaga india ka..? Yang dok nampak umno hanya jaga kroni umno saja....!!!
Rais Yatim Tidak Mengundi, BN tidak harus kecewa keputusan PRU13
Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU13.
Beliau berkata, apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya.
"Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013" katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiar di saluran Bernama TV malam tadi.
KUALA LUMPUR, 7 Mei -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika menjadi tetamu dalam rancangan Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama |
Pulak dah..!!! Pengundi Di Tuduh Pembunuh..???
Pengundi Pembunuh...??
Balik kampung untuk bunuh...??
Kes berat ni..!!!
Bunuh..bunuh ni bukan kes main-main....
Aku pun angkat tangan....tak berani,tak suka,tak minat tulis atau tuduh bunuh-bunuh ni...
Semata-mata nak jadikan tajuk hangat untuk tarik pembaca,dikaitkan dengan bunuh-bunuh ni dah kira kritikal la...
Inilah kerja media massa arus perdana yang membodek UMNO BN..sangat bahlol dalam kenyataan...hahaha....
Apa nak jadi..??
Kalau Utusan Malaysia hentam kaum cina dengan tajuk "Apa lagi cina mahu",rupanya Berita Harian pun sama juga....di-katanya"Pengundi balik kampung Bunuh BN".
Kalau dah kalah di Kelantan janganlah tuduh pengundi yang balik mengundi tu pembunuh....sopan la sikit...
Media belaan UMNO BN ternyata jadi sasau sekarang...haha....
Isnin, 6 Mei 2013
PANAS Jom Tengok..!!!! Dakwat Kekal Di Jari Telunjuk Kiri BN yang kontoikan SPR [ Gambar ]
Ini dakwatnya... |
Orang kuat SPR kata "Dakwat Kekal" |
5 April jari di calit dakwat kekal |
PEKAN, 5 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini. |
Jeng...jeng...jeng.... |
Lihat jari telunjuk tangan kiri Rosmah,Najib dan Muhyiddin... ada lagikah dakwat kekal..?? |
Tahniah..!!! Calon di Tempat Pertama "PALING KECEWA"
Juara kategori "PALING KECEWA" |
5 pegawai Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini.
Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena.
Manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan.
Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008.
Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen
adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian
Awang di Kuantan.
Zahir Tak Dapat Tolong Cina Taiping, Melayu Tolak Melayu,Cina Tolak BN
Zahir ditolak Melayu Kemunting |
Tan Lian Hoe ditolak Cina Taiping |
Nga Kor Ming- DAP (37,275)
Menang- DAP dengan majoriti 11,745 undi
Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz- PAS (10,897)
Menang- BN dengan majoriti 887 undi
Teh Kok Lim – DAP (12,780)
Mohd Yusoff Abdull Hamid – Bebas (192)
Menang- DAP dengan majoriti 7,925 undi
Leow Thye Yih – DAP (14,843)
Yew Tian Hoe – Bebas (225)
Menang- DAP dengan majoriti 7,330 undi
Mohon BN Taiping cepat-cepat turunkan poster macam skandal antara Zahir dan Nyonya Gerakan ini dengan segera. Sebab orang-orang kat Taiping jijik melihat wajah mereka...hahaha... |
PRU 13 Sarkas Terbaik Ciptaan BN+SPR
Biasanya negara dunia ketiga tidak mengamalkan sistem demokrasi tulen. Memang rakyat dibenarkan memilih kerajaan, tetapi keputusan pilihanraya itu diolok-olokkan.
Inilah cara autokrasi versi lembut. Sekiranya negara dunia ketiga mengamalkan demokrasi tulen, BN tak akan memerintah berpuluh-puluh tahun.
Apa yang berlaku pada PRU13, ialah sarkas terbaik dari ladang.
Mana-mana kawasan bertanding yang 100% dimenangi Pakatan Rakyat, keputusannya ditulis 'Pakatan Rakyat menang tipis'.
Mana-mana kawasan bertanding yang 70% dimenangi Pakatan Rakyat, keputusannya ditulis 'Pakatan Rakyat seri'
Mana-mana kawasan bertanding yang 50% dimenangi Pakatan Rakyat, keputusannya ditulis 'Pakatan Rakyat kalah teruk'
Mana-mana kawasan bertanding yang calonnya popular dan mendapat sokongan hebat di media dan di jalanan serta calonnya punyai hubungan ekonomi yang kuat, maka keputusannya ditulis 'Pakatan Rakyat menang'
Keputusan PRU13 boleh disusun supaya nampak seakan-akan benar + sedikit tak masuk akal.
a) Begitu banyak kes pengundi hantu yang berjaya dibongkar.
b) Dakwat kekal yang dijanjikan langsung TIDAK KEKAL! Padahal berjuta2 habis untuk beli.
c) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah Malaysia!
d) Setelah DSAI umum PR menang banyak negeri, serta merta banyak pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
e) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen Putrajaya.
f) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam tidak cukup untuk proses kira undi di buat.
g) Negeri Perlis, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan semua BN menang majoriti mudah. Untuk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yang tiba2 mengalami blackout!!
h) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
i) Kertas undi yang dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yang besar !
Rakyat yang waras pasti akan menuntut keadilan !
BN+SPR= sarkas