Sabtu, 7 September 2013

Habis la Anwar Ibrahim..Tak boleh pegi Indon dah....

Rupanya-rupanya perlantikan Zahrain bekas MP PKR Pulau Pinang sebagai duta baru ke Indonesia bermotifkan politik busuk UMNO Munafikun..

Konon-nya Zahrain adalah bekas ahli PKR  yang tahu rahsia besar DSAI dan Zahrin boleh control segala pergerakan dan sebagainya oleh DSAI disana nanti...

Jadi kehadiran Zahrain menduduki rumah Kedutaan Malaysia di Jakarta akan memberi konon-nya akan memberi satu ancaman besar kepada DSAI. 

Laporan dari sebuah blog pro UMNO Munafikun juga mendakwa Zahrain akan sentiasa membayangi gerak geri Anwar dan konco-konconya. 

Kah..Kah..Kah..Kah..Kah..Kah..Kah..Kah..Kah......sampai camtu sekali takutnya UMNO terhadap DSAI...

Lepas ni lantik lah saki baki katak-katak yang melompat dari PKR sebagai duta kat Monggolia supaya boleh tahu kot-kot DSAI atau sesiapa yang menyiasat isu Altantuya....hahaha...
Salah satu poster rasmi gergasi mengalukan kehadiran DSAI ke Indonesia...Ini yang UMNO takut,gerun dan terkincit...
Lepas ni Zahrin akan pantau semua ini...kah...kah....kah...





Jumaat, 6 September 2013

Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir Kemalangan Jalanraya

Langkawi: Bahagian depan kereta rasmi jenis Mercedes Benz dinaiki Menteri Besar Mukhriz Mahathir dirempuh sebuah Proton Wira dipercayai akibat masalah teknikal berikutan jalan licin ekoran hujan di persimpangan Jalan Yui, Padang Mat Sirat, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.45 petang, Mukhriz bersama pemandunya yang dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Mat Sirat dikatakan untuk menghadiri mesyuarat tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Difahamkan, anggota polis pengiring yang menaiki motosikal sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan Menteri Besar. 

Bagaimanapun, Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 40-an dari arah Padang Mat Sirat ke Kuah mengalami masalah teknikal menyebabkan kenderaan itu menggelongsor lalu merempuh kereta yang dinaiki Mukhriz.
Foto
KEADAAN kereta yang melanggar kenderaan rasmi MB.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, anggota trafik sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan rasmi Menteri Besar untuk membelok ke kanan.

Khamis, 5 September 2013

Nyelayang Jamban Terbakar 270 Hilang Tempat Tinggal


SIBU, 5 Sept - SIBU - Seramai 270 penghuni rumah panjang 'Rh.Nyelayang Jamban' tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang 30-pintu milik mereka musnah dalam kebakaran di Nanga Sekuau, kira-kira 45km dari sini, hari ini.
   
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, hampir kesemua penghuninya tidak berada di rumah panjang itu kerana sudah keluar bekerja.
   
Menurut kenyataan Bilik Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua pasukan dengan tiga jentera dari Balai Sentral Sibu dan Sungai Merah berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit selepas tiba di lokasi pada pukul 10.28 pagi.
   
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
   
Kebakaran itu merupakan kali ketiga melibatkan rumah panjang di sini tahun ini selepas 10 buah keluarga hilang tempat tinggal dalam kejadian di Rh.Franky Bawok di Rantau Panjang, kira-kira 22km dari sini, pada 1 Ogos.
   
Kejadian kedua pada 18 Ogos lepas, seramai 200 penghuni Rh.Das anak Jerman di Stapang, kira-kira 40km dari sini, mengalami nasib yang sama selepas rumah panjang 40-pintu musnah dalam kebakaran tengah hari. - BERNAMA

Rabu, 4 September 2013

Korang Guna RON yang mana...???

Korang guna RON yang mana...???
A atau B...???
C Khas untuk Najib dan Kroni-nya saja....hahaha....

.............................

Terkini..!!! Penguna Minyak RON PR Menguntungkan Peminjam Kereta Perdana

Kereta ini digunakan oleh Najib Altantuya Presiden UMNO Munafikun yang dipinjam dari rakyat ...
dikatakan kereta ini tak guna sebarang jenis minyak yang digunakan oleh rakyat, 
kereta ini mengunakan minyak jenis 
RON Poket Rakyat.  
Jesteru itu peminjam kereta Perdana Hitam ini terkecuali dari sebarang permasaalah kenaikan harga minyak negara...
hanya rakyat saja yang kena...hahaha...

Kereta diatas ini pula impian macai-macai UMNO terhadap keinginan nak guna kereta F1 ditanahair ini...malangnya hanya sekadar impian saja...pakai kereta biasa pun terbeban dengan kenaikan harga minyak yang dinaikkan oleh Najib,mana mungkin nak pakai F1....hahaha....

"Flash Mob" Bantahan Kenaikan Harga Minyak Dapat Hadiah 15sen Malam ini (Gambar)


Protes RON95 naik 20sen...













Nah..!!! 

Tonight RON97 pula naik 15sen...

Hahaha.....
***
Isu harga minyak semakin panas di semua ruang siber, bermula dengan kenaikan minyak RON95 dan disel sebanyak 20sen_kini kerajaan UMNO BN seperti mencabar semua rakyat dengan tak sampai beberapa hari harga minyak RON97 pula naik 15sen. Kegilaan haramjadah apakah yang dibuat Najib..???

Aku nak sentuh tentang kepekaan individu,kumpulan dan sebagainya tentang isu yang bakal merubah kehidupan rakyat di tanahair ini,paling ketara menyindir dan membantah harga minyak naik hanya dari aktivis bebas dan sebilangan aktivis politik,malang terlalu sedikit ahli politik dari PR yang ambil bahagian. Agaknya dok dalam selimut kot..? Hahaha....

Kalau time sebelum PRU dah tentu semua ahli politik terutamanya calon akan bertempik macam hero pung-pang-pung-pang....

Lepas PRU ni terutama calon yang kalah terus lenyap masuk selimut cam org kena demam kora...hahaha....senyap sunyi..yg menang ada la sorang dua dok ambik tahu hal semasa tentang rakyat..yang lain dok diam juga...

Aku ingat lagi time PRU lepas...puak BN buat isu sikit saja,kalut bakal calon cari blogger call facebooker untuk buat isu,tapi sekarang ni senyap sunyi...

Terfikir juga aku...apa depa ingat aktivis cam kita ni guna waktu ada musim saja,ingatkan lepas PRU dalam masa sebulan dua ahli politik yang dulunya aktif akan ok...rupanya dok selimut lagi...hahaha...


Memang tak semua ahli politik duduk diam...tapi ramai yang dok diam...hahaha...

Selasa, 3 September 2013

Sasterwan Negara A.Samad Said di Gelar JENGLOT TUA oleh Cikgu Najmi TaipingMali


Bahasa apa yang sesuai boleh diguna untuk panggil seorang guru bernama Muhammad Najmi Bin Awang ini..? Mungkin manusia bernama Najmi atau pun blogger TaipingMali ini hanya layak digelar Cikgu Bangkai tidak berotak.

Rupanya kalau nak main politik dalam UMNO Munafikun seorang cikgu terpaksa jadi bangkai yang busuk,Seorang Sasterwan Negara A.Samad Said sanggup digelar JENGLOT TUA.

Mungkin sebab cikgu Najmi yang masih bertugas di SK Taman Palma Kemunting ini berasa kebal dengan segala undang-undang PPD dan bebas penulisan dalam blog-nya kerana khabarnya dah jadi Ketua UMNO Cawangan Kampung Expo,maka nak tulis apa pun boleh....hahaha...

Aku bukan nak suruh cikgu Najmi ini mohon maaf pada Pak Samad,sebab aku tahu cikgu ini memang tak pandai bersopan santun dalam hidupnya.

Semoga Ketua UMNO Cawangan Kampung Expo merangkap guru sekolah SK Tmn Palma dan merangkap juga blogger TaipingMali berjaya dalam cita-cita nak jadi bangkai....hahaha...
TaipingMali bersama YB Zahir




Pendedahan Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri


Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri (1999)

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. 


Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !
Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!
OFFICER INCHARGE

Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Wilayah Persekutuan


Sumber- FB 
................
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

Kepada IPP, Kjaan bermurah hati bayar subsidi RM19 billion setahu

Wanita Tanggal Pakaian ganggu 'Flash Mob' Bantah Kenaikan Harga Petrol

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Satu 'flash mob' yang dilakukan oleh sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.
Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan.
Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan.
Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan.
Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang.
Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM) dan Geng Kotak.
"Semua penunjuk perasaan begitu terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka berada di sana untuk melakukan flash mob, tetapi tidak menjangkakan ada pihak yang mahu menanggalkan pakaian.
"Bagi memperjelaskan keadaan, wanita itu bukan sebahagian daripada demonstrasi ini," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, ketika dihubungi The Star.
Beliau berkata, kumpulan itu akan meneruskan persembahan 'flash mob' pada pukul 5 petang setiap hari di Dataran Merdeka berikutan kenaikan harga petrol RON95 kepada 20 sen. - mStar.

Seorang Peniaga Kritikal Pengsan Terkejut Sebab RON95 naik harga

Al-Kisah Seorang peniaga terpaksa dibawa ke hospital akibat jatuh dalam keadaan mulut ternganga, akibat terkejut membaca Amaran Keras KPDNKK Jangan naikan Harga Barangan kerana kenaikan Ron95 dan Diesel.

Ini menyebabkan seisi keluarganya jadi panik dan segera menghantarnya ke unit kecemasan hospital. 

Bagaimanapun keanehan berlaku selang berberapa minit diwad kecemasan si peniaga tadi tersedar dari pengsan.

Datang seorang doktor bertanya kepadanya apa punca boleh pengsan.

Lalu peniaga tersebut memberi tahu  sebab  pengsan kerana ketawa terbahak-bahak kerana terbaca amaran KPDNKK hingga senak perut lalu pengsan kerana terlampau kelakar.

Doktor tersebut tak puas hati,lalu  bertanya lagi apa yang mengelikan hati dari amaran KPDNKK hingga boleh pengsan..?

Peniaga menjawap selama KPDNKK separuh mati hendak kawal harga barang kawalan sampai kebanyakannya lebih menurut kehendak peniaga dan pemborong.

Cuba pikirlah isu harga Ayam time raya pun tak boleh kawal... konon  kali ini semata-mata hendak reda kenaikan harga barang sebab IBU HARGA (minyak) naik kemudian diberi amaran kat peniaga jangan naikan harga barang....Ingat peniaga guna kenderaan tak guna minyak ker..??? Hendak kawal semua barangan konon.....hahaha...  

Satu lagi... cuba  tanya  kat KPDNKK berapa banyak peniaga yang mereka tangkap time harga ayam naik..??.

Tambah peniaga itu lagi menyebabkan doktor tersenyum melerek......hahaha.....

Video Proton Saga dijadikan Bom Kawalan Jauh

Memang dari  rupa dan rekabentuk memang sebiji kereta Proton Saga model baru..

hasil impactnya perghhh sungguh dahsyart. kereta yang dikawal dari jauh. dibawa ke tempat yang betul2 startegik. tong gas yang disusun sungguh kompetitif. bagus lah

teruskan menonton video di bawah :-



Isnin, 2 September 2013

Koleksi Gambar Kemeriahan Meraikan Kenaikan Harga Minyak Sept 2013

Awal tengahari semalam 2 Sept 2013 dah ada desas-desus di media siber mengatakan harga minyak akan naik.....
TAPI
dinafikan
kemudian...
dan kemeriahan pun terjadi...
hahaha..

ada yang sempat ucap penghargaan...
kah..kah..kah...





Huhuhu...ada yang tak percaya....
mengamuk pun ada..???


Ini lagi celaka..!!!
Minyak naik harga...
orang kampung pula dihina...
MP BN memang sial..!!!!
Banner khas buat PM
sempena hadiah minyak naik...
kah..kah...kah....
.........


Panas...!!! Harga Minyak Tidak Naik Info Pengarah KPDNKK - Pn Norison Ramli


Utk makluman, berita harga minyak Ron 95 yg dikatakan akan dinaikkan sbyk 20 sen itu adalah merupakan khabar angin semata2, kenaikan harga minyak masih dalam peringkat kajian dan kerajaan akan cuba sedaya upaya utk tidak naikkan sebarang harga minyak dalam masa terdekat ini, kepentingan rakyat diambil kira dalam hal berkaitan harga minyak demi tidak membebankan lagi apa yg ditanggung rakyat pada masa ini. Oleh itu sekiranya ada desas desus tentang kenaikan harga minyak, sila abaikan..... info ini dari Pengarah KPDNKK sendiri Pn Norison Ramli. harap maklum. - Sumber dari blog pencacai UMNO Munafikun yang tidak percaya akan kenaikan minyak.

Camana ni..??? Info dari Pengarah KPDNKK konon-nyatidak naik, ini telah didakwa oleh penulis blog tersohor UMNO Munafikun Cikgu Najmi(Ketua UMNO Cawangan Kg Expo Khabonye...belum pencen udah ada jawatan dalam UMNO ye..hehe..).

Berbalik cerita pasal harga minyak yang bakal naik malam ini. Mungkin puak blogger UMNO sendiri tak percaya dengan berita yang memanaskan telinga dan bontot ini, Orangni tau...walaupun mereka taksub dengan UMNO Munafikun sekalipun...andaikata harga minyak naik pasti mereka turut tak suka...hahaha....

Apapun agak pelik juga jika Pengarah KPDNKK sendiri kata tak naik,itu hanya berita angin -sedangkan dah keluar kenyataan di Media Massa Rasmi yang disahkan oleh PM Najib bahawa harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Hahaha...Kepada semua pecacai UMNO Munafikun_Ayuh..!!!! Sambutan Kemerdekaan disambut dengan semangat Petrolnaik......ayuh kibarkan jalur gemilang dengan bersongkok tinggi dan berjambul terjojol serta laungkan Hidup UMNO..!!! Hidup UMNO...!!! Hidup UMNO...!!! Mampus Rakyat....hahahaha....

Ketahuilah TaipingMali and Krew...Minyak petrol adalah IBU HARGA kepada semua barang. Kalau minyak naik harga pisang goreng tepi jalan pun naik, barang runcit naik, sayur naik, semua naik . Ini mungkin hadiah UMNO BN sempena 56 tahun merdeka....apa mungkin juga sebelum isi minyak tengah malam ini korang nyanyi dulu lagu kebangsaan kat depan pump minyak...aku nak ambik gambar.......hahaha....

** Selepas 2minit artikal ini di siarkan...Blog Taipingmalaun Cikgu Bahlol Najmi dah padam artikal tajuk seperti gambar atas sekali...hahaha... Kenape..?? Udah boleh terima kenyataan harga minyak naik ke cikgu..??? Hahaha....