Isnin, 31 Mac 2014

Gambar Najib,Rosmah,Mahathir dan Mukhriz sedang meninjau-ninjau di pulau tersebar

:::::::::::::::
Hmmmm..... apa la yang terjenguk-jenguk,tertinjau-tinjau mereka ni yer...

Di kala rakyat seluruh dunia khususnya waris keluarga mangsa pesawat MH370 masih sedih dan tertanya-tanya akan keadaan mangsa, mereka ni dok tinjau meninjau....hahaha....

Khabarnya gambar ni sebenarnya semasa pelancaran pelan induk Perdana Quay dan Majlis Pecah Tanah Teluk Burau kat Langkawi baru-baru ini.
Kelihatan DS Rosmah dengan rambut tersembol seperti ternampak sesuatu di model pulau tersebut...agaknya nampak batu permata kot....hahaha...

-------------------

MH370 : Tembelang Najib Dan Hishamuddin Terbongkar?


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".
“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.

Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat dari pakar antarabangsa.
Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.

"Taklimat ini akan membolehkan mereka mendengar sendiri dari pakar ini," katanya.
Beliau juga menyatakan rasa simpati kepada anggota keluarga berkenaan.

"Saya faham bahawa mereka mahu lihat bukti fizikal sebelum menerima bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Katanya, beliau telah bertemu dengan anggota keluarga terbabit dan berjanji bahawa Malaysia tidak akan putus harapan.

"Kita tidak akan mengaku kalah sebelum kita mengetahui apa yang berlaku kepada MH370," katanya dalam sidang media hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan waris penumpang MH370 dari China itu menuntut Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.

Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata Najib tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu dan wakil Malaysia sebelum ini hanya memberi "maklumat tidak efektif untuk mereka".

Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.

Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmarsat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan.

- LM http://networkedblogs.com/VrrCs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan