Selasa, 22 April 2014

Astro Warna tak hormat umat Islam: Siaran Langsung Rancangan Gelak Ketawa Tanpa Henti 24jam pada hari Jumaat


Dilaporkan Astro Warna akan menyiarkan hiburan lawak tanpa henti selama 24 jam. 

Program yang dikenali Lawak Siang Malam ini akan bersiaran pada 10 malam mulai 25 hingga 26 April 2014 dan bakal diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai rancangan komedi secara langsung 24 jam tanpa henti. 

Lawak Siang Malam mengabungkan rancangan-rancangan popular di astro Warna seperti Maharaja Lawak Mega 2013, Karoot Komedia, Betul Ke Bohong dan banyak lagi. 

Astro Warna siap buat peringatan supaya penonton jangan lupa Makan, Minum dan Tidur kerana rancangan Komedi 24 Jam ini.

Amat mengecewakan ialah rancangan ini akan bermula pada hari Jumaat dimana didalam Islam hari jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9).

Mungkin pihak astro boleh menjawap apa kena mengena dengan hari jumaat dengan rancangan tersebut kalau tak mahu tengok janganlah buka siaran tersebut... 

Tapi cuba lihat semua jadual rancangan-rancangan tersebut dibawah ini:
  • Skool Of Lawak Akhir
  • Buletin Lawak
  • Sembang Teh Tarik
  • Kuali Terbalik
  • Gelak Khas
  • Karoot Komedia X
  • Betul Ke Bohong
  • Redah Kasi Pecah
  • Sabtuday Sinar
  • Super Spontan
  • Zizan Show
  • Maharaja Lawak Mega Terbaik
  • Raja Spontan Era Akhir
  • Lagenda Lawak
  • Jelajah Lawak Sinar
Semuanya rancangan lawak tersebut tajuknya pun dah tahu...artis Melayu dan dah tentu orang Islam. 

Mustahil rancangan lawak orang melayu akan ditonton orang bukan melayu..(Kecuali lawak dalam filem P.Ramlee). Jadi selama 24jam orang melayu Islam akan dihidangkan dengan lawak siang malam.

Mungkin pihak penganjur dah lupa dengan tragedi kehilangan penumpang dan krew anak kapal terbang MH370 sehinggakan malam jumaat pun dijadikan malam permulaan hiburan gelak ketawa selama 24jam tanpa henti.
Tweet: Bukan main bangga dan sukanya artis bergelar Dato dengan program lawak 24jam bermula hari Jumaat

Orangni bukan anti pada komedi...tapi berpada-padalah...
....................

Allah berfirman yang bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” – (Surah at-Taubah, ayat 82) 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

......................

Untuk maklumat: Orangni bukan pelangan Astro...hahaha...

2 ulasan:

  1. 24 jam tu bukannya takda iklan. di mulakan hari jumaat sbb itu hari orang start cuti. jangan lah memberatkan sessuatu yang ringan. dan bukanlah semua isi lawak dlm rancangan tu melalaikan sampai gelak beria sangat. semua kita orang melayudan agama islam. kalau sudah ada kesedaran dan iman dalam diri kita akan automatik ambil masa utk tinggalkan sebentar sesuatu tu dan tunaikan ibadat wajib. artis dalam tu crew crew ramai yang boleh tukar shift. janganlah semua pun nak dikaitkan dgn halal haram. apa beza pekerja dan pelanggan kedai mamak, kedai serbaneka 24jam dgn rancangan ni? please...

    BalasPadam
  2. Beza kerja kedai mamak diaorg cari rezei halal. Yg perempuan melalak depan org ramai tu dah sah2 haram. Dedah aurat sini sana 1msia tgk bangga ke? Bangga la kt dunia tp jawablah disana nanti. Dunia akhir zaman.. tanda2 dah ada depan mata cuma yg buta hati terus lalai... cbe wat 24jam tanpa henti majlis agama lak. Br bangga dpt world of records kannn... pk2kan

    BalasPadam