Khamis, 17 April 2014

TERKINI: Video Kecoh..!!! Ust Azli Musa dihalang mengajar oleh S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan

Klip video (2:43) dari FB Ust Azli Musa memaparkan kejadian kekecohan didalam Masjid Jamek Tanjung Rambutan.
Masjid Jamek Tanjung Rambutan
Dalam status Ust Azli Musa menulis seperti berikut : Tuanku Sultan Perak bg tauliah ana mengajar di seluruh jajaha takluknya malang sekali su masjid jamek tanjung rambutan ipoh halang ana mengajar. Apakah su masjid tanjung rambutan mencabar kuasa Tuanku Sultan Perak?
FB: Ustaz Azli Musa kecewa dengan cara S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan menghalang majlis ilmu


** Nota Orangni: Amat wajar Ust Azli Musa kecewa kerana mengapakah S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan tiada adap dan sopan dalam masjid..?? Bukankah masjid adalah tempat menyebarkan ilmu,mengapa disekat dan dihalang..??

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membangunkan baginya yang semacamnya di dalam syurga".Maka hendaklah kita memulakan langkah perubahan ini untuk memartabatkan masjid dengan memulakan perubahan dalam diri kita sendiri. Imam Harith al Muhasibiy meriwayatkan daripada sahabat katanya: ‘Akan tiba satu ketika, masjid- masjid besar tersergam indah, tetapi tidak mampu lagi melahirkan hidayah'. 

1 ulasan:

  1. Kasihanilah su itu, bawa2 lah dia ke hospital yg popular disitu

    BalasPadam