Jumaat, 4 April 2014

Leman Raja Lawak selamat di ijab kabul dengan Siti Aishah [ 5 April 2014 ]

Berlawak, berjuang dan kini dah berumahtangga : Sulaiman Ibrahim 32, atau lebih dikenali Leman Raja Lawak telah selamat di-ijab kabulkan  dengan seorang muslimat pilihan hatinya bernama Siti Aishah Manap pada sabtu 06 April  2014.

Leman Raja Lawak adalah Ikon Anak Muda PAS juga presiden bagi PANGLIMA (NGO).




Firman Allah S.W.T. yang bermaksud 

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,

bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),

isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,

supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
.........

Orangni sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat Leman dan isteri....
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu

Bolehkah anda nampak harimau dalam gambar ini..???

Pasti anda tidak boleh mencari ataupun sukar mengesan  kucing besar dengan kesempurnaan penyamaraan didalam gambar-gambar dibawah ini ! 

Dengan suhu serendah tolak 4 darjah Fahrenheit selama dua minggu pada bulan Februari, jurugambar hidupan liar Ireland David " Baz " Jenkins merakam beberapa gambar  yang luar biasa mengenai harimau bintang salji liar di pergununggan Himalaya India.

Menurut Persatuan Pemuliharaan Wildcat, Harimau salji ini berasal dari kawasan pergunungan Selatan dan Asia Tengah, kebanyakannya aktif pada waktu senja dan subuh . Keunikan haiwan dipergununggan salji ini ialah memiliki bulu yang tebal , berwarna kelabu - putih kot itu, membantu ia untuk bersembunyi dari mangsanya.

Imej-imej yang jarang dirakam dalam koleksi dibawah ini mendedahkan mengapa harimau bintang salji  tidak boleh didapati dikebiasaan hutan sebaliknya hanya dikawasan berbatu-batu dikawasan salji.

Jenkins memberitahu Haiwan News Agency . " haiwan ini yang paling sukar yang pernah saya cuba untuk merakam gambar. "

Harimau salji disenaraikan sebagai spesies terancam, menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia yang menganggarkan terdapat kurang daripada 7,000 di hutan . Jurufoto berusia 41 tahun berkata, ia adalah peluang seumur hidup. " Ia amat jarang berlaku untuk mendapatkan peluang seperti ini dengan harimau pada jarak dekat, " jelas Jenkins, " terutamanya jika anda tidak menggunakan kamera perangkap jauh atau jika tidak ia mampu membunuh kita " - TWC





.................
Dalam surah al-Anbiya ayat 30 Allah berfirman: 
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Lihatlah Kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan Alam Semesta..

Firman Allah S.W.T Maksudnya :“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”(Al-Mulk : 3-5) 

“Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).”(Al-Mulk : 3-5) 

“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? “(As Sajadah : 4)


Khamis, 3 April 2014

MH370: Rosmah buat muka tak malu depan anggota TUDM wanita di Perth Australia

.................
Apa la yang Rosmah dok cakap kat anggota TUDM wanita...dengan rambut terjojol. Tak rasa segan atau malukah dengan anggota TUDM wanita yang berunifom dan bertudung tu...?? Rosmah Mansor (dua, kanan) konon-nya beramah mesra dengan juruterbang wanita dan anal kapal pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertudung di Pangkalan RAAF Pearce Bullsbrook di sini, hari ini.
Rosmah sibuk mengiringi  Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Australia mulai semalam

Apapun syabas dan tahniah kepada anggota TUDM wanita yang masih menutup rambut (aurat) dengan bertudung dalam penugasan walau dimana saja.

.........................
Ini waktu Rosmah pakai tudung menutup rambut..
21 Mac 2014...Najib pakai jubah,pakai kopiah putih dan Rosmah bertelekung berselawat Perdana konon-nya.
.

Rabu, 2 April 2014

Gempar Hilang Lagi..!!! Pelancong China di Sabah hilang di culik sekumpulan lelaki

KOTA KINABALU - Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat sini, malam tadi.

*** Nota Orangni:  Allahu Akbar! Malaysia lagi. Ya Allah. 
Hilang lagi.... MH370 belum ditahu apa penyudahnya..Kejap dikatakan hilang kejap dikatakan terhempas,kejap dikatakan tidak,kini terjadi kejadian hilang lagi di Sabah pula...

Persoalan: ESSCOM apa citer? kata kawasan Sabah selamat..?

MH370: Kapal selam berusia 30 tahun malukan Scorpene

...................
Kapal Selam tidak sesuai untuk misi mencari MH370...

Nah...apa kejadahnya...???
Kapal selam yang berusia 30 tahun boleh pula sertai misi SAR..

HMS Tireless (S88): http://en.wikipedia.org/wiki/HMS_Tireless_(S88)


Kapal selam HMS Tireless berusia 30 tahun... (Sertai SAR)
Kapal selam Scorpene negara baru berusia 5 tahun... (Tidak sertai SAR)

* Mengikut teori Macai UMNO: Umur Kapal Selam Scorpene masih lagi seperti di-alam pra-tadika.. Jadi janganlah pertikaikan kenapa tak join SAR....hahaha....

Isnin, 31 Mac 2014

Gambar Najib,Rosmah,Mahathir dan Mukhriz sedang meninjau-ninjau di pulau tersebar

:::::::::::::::
Hmmmm..... apa la yang terjenguk-jenguk,tertinjau-tinjau mereka ni yer...

Di kala rakyat seluruh dunia khususnya waris keluarga mangsa pesawat MH370 masih sedih dan tertanya-tanya akan keadaan mangsa, mereka ni dok tinjau meninjau....hahaha....

Khabarnya gambar ni sebenarnya semasa pelancaran pelan induk Perdana Quay dan Majlis Pecah Tanah Teluk Burau kat Langkawi baru-baru ini.
Kelihatan DS Rosmah dengan rambut tersembol seperti ternampak sesuatu di model pulau tersebut...agaknya nampak batu permata kot....hahaha...

-------------------

MH370 : Tembelang Najib Dan Hishamuddin Terbongkar?


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".
“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.

Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat dari pakar antarabangsa.
Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.

"Taklimat ini akan membolehkan mereka mendengar sendiri dari pakar ini," katanya.
Beliau juga menyatakan rasa simpati kepada anggota keluarga berkenaan.

"Saya faham bahawa mereka mahu lihat bukti fizikal sebelum menerima bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Katanya, beliau telah bertemu dengan anggota keluarga terbabit dan berjanji bahawa Malaysia tidak akan putus harapan.

"Kita tidak akan mengaku kalah sebelum kita mengetahui apa yang berlaku kepada MH370," katanya dalam sidang media hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan waris penumpang MH370 dari China itu menuntut Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.

Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata Najib tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu dan wakil Malaysia sebelum ini hanya memberi "maklumat tidak efektif untuk mereka".

Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.

Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmarsat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan.

- LM http://networkedblogs.com/VrrCs

Ahad, 30 Mac 2014

MH370: Najib dicop DAYUS



Sumber FB: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152336059309866&set=a.95189544865.84529.713674865&type=1&theater