Sabtu, 7 Mei 2011

BLOGGER UMNO SYOK SENDIRI DAN BERMAIN API


1) Blogger UMNO Tegur Najib: Lebih Baik Tumpukan Negeri Yang BN Masih Kuasai Drp Rebut Selangor
Satu pendapat: 'If you want to damage the country give it to UMNO to rule, if you want to make it worst give it to UMNO to repair' Oleh Aspan Alias

Buat masa ini saya secara peribadi lebih cenderung untuk melihat UMNO memusatkan tumpuannya kepada negeri-negeri lain yang masih dikuasainya agar negeri-negeri itu tidak hilang dari genggaman parti lawan.

Ramai pendapat umum bahawa N Sembilan, Pahang dan Trengganu adalah negeri-negeri yang keberangkalian akan kalah adalah besar. Isu yang terbesar bagi ketiga-tiga buah negeri ini adalah sama; iaitu isu kepimpinan Menteri Besar mereka.
~~~ Bacaan seterusnya: http://greenboc.blogspot.com/2011/05/blogger-umno-tegur-najib-lebih-baik.html

2) Peralihan media - jangan syok sendiri
~ ( Aku kutip dari UMNO REFROM. "kita" adalah bagi pihak UMNO dalam artikal ini)
http://umno-reform2.com/front/

Melihat perkembangan apa yang jelas kita lihat hari ini adalah media alternatif yang dimaksudkan adalah laman web politik – membicarakan mengenai politik serta hentam menghentam dari segi politik. Ini konsentrasi apa yang mahu saya bicarakan hari ini. Benar perkembangan nampak jelas wujud dalam isu pembukaan laman-laman pro UMNO. Pertembungan – serang menyerang dan tidak lupa maki hamun wujud, silih timbul dengan laman-laman yang agak lancang membicarakan termasuk penggunaan bahasa-bahasa yang agak tidak sedap didengar. Mereka berpijak atas sokongan politik – bertempur atas dasar politik serta berjuang atas dasar politik. Saya memerhati dengan penuh khusyuk – peralihan dan perkembangan media. Namun seperti yang saya katakan apa pun perjuangan siber yang dilakukan – ia berbalik kepada hakikat bahawa ini semua adalah alat atau medium penyampaian namun penentunya adalah gerakan yang berlandaskan hakikat, kepercayaan dan sejauh mana tulisan dalam laman itu mampu mengubah senario politik. Ini sebenarnya perlu kita kaji dan lihat. Keghairahan kita dalam laman-laman web dan “blog” bukan ukuran mutlak untuk mengubah.

Kita perlu lihat perkembangan dalam media – media siber dan media alternatif pembangkang. Mereka menyeluruh dan mereka lebih matang dalam penyebaran maklumat. Ingat mereka kekurangan – dalam segi medium yang dimainkan dengan arus Perdana tetapi mereka terus mencabar dengan gigih. Mereka mempunyai banyak medium penyebaran maklumat. Mereka ada Internet, ceramah dan yang penting adalah bahan-bahan cetakan – buku, tabloid dan majalah. Mereka berubah dan kita perlu disedarkan mengenai perubahan tersebut. Kita tidak mahu jentera kita – BTN dan JASA terbelenggu dengan perang saraf yang amat spesifik dan tidak berkembang. Kita perlu melangkaui lebih dari itu. Kita perlu lihat sama ada apa yang kita ada hari ini dapat mengubah senario dan bukan hanya untuk syok sendiri, berseronok dan akhirnya populariti laman kita sama dengan populariti laman gosip lain dan juga laman porno. Mereka juga popular dan pembacaan terhad kepada santai gelak dan akhirnya tidak menyemat ideologi yang kukuh yang menguntungkan BN/UMNO.

----------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan GB
Di dalam UMNO, blogger-blogger sebegini biasanya akan tersisih. Dan kemudian akan di belasah secukup-cukupnya oleh blogger UMNO yang sifatnya kuat mencarut dan memfitnah.

Ulasan Aku
Dari segi moralnya kita (Pakatan Rakyat) sudah ada lonjakan dalam moral perjuangan..teruskan dengan cermat dalam langkah perjuangan yang luas dan panjang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan