Jumaat, 20 Mei 2011
Seorang Tua di Kaki Gunung
Gunung Bongsu menjadi tatapan Tukya setiap hari dalam meniti kehidupannya sebagai masyarakat di pedalaman. Punya seorang anak tunggal yang bernama Fikri dan sudah hidup berkeluarga juga berjaya dalam kerjaya. Hutan rimba ini menjadi sebati dalam diri Tukya juga isterinya, Besah. Liku-liku kehidupan diharungibersama. Begitu besarnya kasih sayang suami isteri yang berkekalan hingga di hari tua. Hanya maut yang bisa memisahkan. Rumah yang diduduki Tukya dan Besar sememangnya buruk dan mudah saja bergoyang dan di rumah inilah Fikri dibesarkan, segala makan minum, pelajaran bersumberkan hasil daripada titik peluh Tukya yang sudah lali dengan hutan rimba di sekitar kaki gunung.
(Masih ingatkah jalan dan denai kisah Tukya ini..........)
Di Doakan supaya dideraskan sembuh buat Sasterwan terkenal, Azizi Abdullah, yang terkenal dengan novel Seorang Tua di Kaki Gunung ketika naskhah itu dijadikan teks wajib pelajar Tingkatan Lima, kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak dua minggu lalu.
Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Rahimidin Zahari berkata, Azizi baru saja menjalani pembedahan jantung sebelum mengalami masalah jangkitan kuman dan sejak empat hari lalu, tidak sedarkan diri sehingga tengkuknya terpaksa ditebuk bagi membolehkannya bernafas.
“Setakat ini, saya dimaklumkan Azizi kritikal dan berdoa dia cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala,” katanya yang menziarahi sasterawan terbabit bersama ahli PENA, Shamsudinn Othman, Ridzuan Harun dan Ariff Mohamad, awal minggu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan