Sabtu, 4 Februari 2012

Hasan Ali Ada Mahu Merayu atau Ada lain Rancangan


Hasan Ali Umum Keputusan Rayu Keahlian PAS Petang Ini

PETALING JAYA: Persoalan sama ada bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan merayu untuk kebali kepada PAS atau sebaliknya akan terjawab hari ini menerusi sidang media khas di kediamannya di Kuala Lumpur.

Penjelasan mengenai keputusannya itu bakal menentukan kedudukannya selepas ini sama ada mahu terus kekal dalam PAS atau bergerak aktif menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan ditubuhkannya yang dikenali sebagai 'Jati'.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk mengemukakan rayuan terhadap Majlis Syura yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun sehingga Selasa lalu, Hasan mengesahkan bahawa beliau masih belum menerima sebarang pertuduhan ke atasnya berhubung pemecatannya itu.

Malah beliau turut mengesahkan tidak pernah diberi peluang untuk membela diri.


* Setelah hampir sebulan Dr Jati ini dipecat dan hampir sebulan Dr Jati menghentam Pakatan Rakyat disetiap ruang program ceramahnya yang jelas ditaja urus oleh "Mereka". Tiba-tiba kini ada rancangan merayu..? Merayu atau menjalankan rancangan tertentu...!!

Penulis rasa ada sesuatu yang tak ok dalam secupak beras Jati tersebut...hehehe...

Tiada ulasan: