Pemimpin PAS bukan Nabi atau Raja, nak bai'ah- kata Dr Mahathir
Pemimpin PAS hanya manusia biasa, bukan nabi atau raja,jadi tidak perlu untuk berbai'ah hanya untuk bertanding pilihanraya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita bagi mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa semua ahli PAS akan diminta berbai'ah sebelum dipilih menjadi dalam pilihanraya akan datang.
Menurut Dr Mahathir, langkah PAS yang mahu mewajibkan calonnya, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.
Bai'ah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama," katanya.
Beliau berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.Beliau yang juga bekas Presiden UMNO memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.
"Dia orang (pemimpin PAS) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bertajuk "Transformasi Minda Penyelidik Muda" pada Selasa.- Mstar
Mahathir mudah lupa hinggakan Mukhriz derhaka
Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 tersebut.Mukhriz mengakui parti tersebut perlu mengguna pakai satu ikatan ‘akujanji’ yang sama erti dan maksudnya dengan bai'ah bagi semua calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 bagi menghalang kemungkinan perbuatan mengkhianati parti sendiri.
Sumber klik disini: Umno makin gelisah, sanggup guna akujanji bai’ah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan