Isnin, 20 Februari 2012

Kerajaan UMNO BN mesra Israel

Oleh RIDUAN MOHD NOR
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kerajaan UMNO-BN sebagai ‘mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ dengan dakwaan kononnya Malaysia benar-benar memperjuangkan Paleshttp://gentarasa.files.wordpress.com/2010/06/bakar-yahudi.jpgtin dan menolak bersahabat dengan Israel. 
Namun demikian, dengan kehadiran dua buah kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel menunjukkan wajah sebenar kerajaan UMNO-BN dalam isu Israel. 

Merujuk kepada laporan yang dikemukakan oleh sebuah NGO Jingga 13, Kapal-kapal tersebut adalah Zim USA dan Zim Atlantic milik sepenuhnya syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd dan ia turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv. Soalnya, mengapa dua buah kapal milik syarikat dari Israel boleh dibenarkan berlabuh di perairan negara? Bukankah ini menunjukkan bahawa wujud secara tidak langsung hubungan dagang antara negara ini dengan Israel? Adakah kerajaan tidak sedar atau pura-pura tidak sedar kehadiran dua buah kapal ini dari Israel?

Dalam isu ini, DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak konsisten dalam isu Israel. Dari satu sudut kerajaan seolah bertegas bersama rakyat Palestin dan menolak kejahatan Israel, tetapi dalam masa yang sama entiti yang ada kepentingan dengan Israel dibenarkan masuk ke dalam negara ini dengan mudah. Lupakah kerajaan bagaimana rakyat Palestin bermandi darah dan air mata mempertahankan tanah mereka yang dijajah dengan zalim dan kejam? Datuk Seri Najib barangkali lupa bagaimana umat Islam di seluruh dunia dengan tegas dan lantang mempertahankan bumi Palestin dari dijarah oleh rejim zionis Israel.
DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana tegasnya negara-negara umat Islam yang lain sehingga sanggup memutuskan sebarang hubungan dengan Israel sama ada hubugan politik, ekonomi dan lain-lain lagi. Sebaliknya, yang dikesali apabila kehadiran dua buah kapal dagang Israel dibiarkan dengan mudah berlabuh di perairan negara. Sepatutnya kerajaan bertegas tidak membenarkan walau seinci pun tanah di negara ini, malah di perairan negara ini dilalui oleh apa juga entiti dari rejim Zionis sebagai tanda protes kemarahan terhadap rejim Zionis serta kebersamaan terhadap rakyat Palestin.
Sudah tentu umat Islam yang melihat isu ini secara dekat merasa kecewa kerana kerajaan bersikap hipokrit dalam isu Israel. Ketegasan kerajaan dalam isu ini hanya pada sesetengah pihak sahaja terutama pembangkang supaya mereka dilihat bersama umat Islam seluruh dunia, tetapi apabila ianya mengena tepat ke batang hidung mereka, sepatah perkataan pun tidak terpacul dari mulut pemimpin mereka bagi membantah kehadiran kapal Israel ke Malaysia.
Akhirnya, DPPM meminta umat Islam menilai kembali sikap kerajaan UMNO-BN dalam isu Palestin dan Israel. Jelaslah bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang boleh diharap bagi membela umat Islam di negara ini malah di peringkat antarabangsa, mereka hanya layak ‘ditunjuk jalan keluar’ dalam PRU ke 13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan