Dalam bulan Mac 2012 ini sebuah program bertemakan Taiping Fest 1Malaysia 1Pelancongan 1Kampung 1Budaya dibuat di Taiping bagi memenuhi aktiviti kalendar pelancongan Tahun Melawat Perak 2012. Pelbagai aktiviti dan acara dianjurkan oleh pihak penganjur disini.Antaranya memancing di Lake Garden Taiping,pertandingan karoeke,persembahan artis terkenal tanah air dan sebagainya. (Kalau tiada hiburan melampau…maka bukan UMNOlah nama-nya..hehehe..)
Penulis dimaklumkan bahawa pihak penganjur disini telah memboikot YB Hamidah yang juga exco pelancongan negeri. Khabarnya semua ideal dan buah fikiran YB Hamidah telah ditolak mentah-mentah oleh penganjur disini. Sehinggakan nama dan wajah YB Hamidah tiada di paparkan di banner sebagai publisiti pelancongan disini. Sebaliknya muka yang dimuatkan ialah Najib,Ng Yen Yen dan Zambry sahaja . Sedangkan YB Hamidah exco pelancongan Perak disisihkan.
Yb Hamidah yang syok sendiri dalam memilih Ac Mizal sebagai Duta Pelancongan negeri Perak
Begitu juga dengan nasib Duta Pelancongan negeri Perak yang dipungut sebagai Bidan Terjun oleh YB Hamidah dikatakan tidak akan diundang dalam program disini. Untung Ac Mizal..dapat keistimewaan,dapat imbuhan,dapat gelaran Duta..tapi… ape idak buatnye…
Kisah mereka-mereka yang tidak suka dengan YB Hamidah ini adalah dikalangan orang UMNO juga. Kisah UMNO hentam UMNO,UMNO perjatuhkan UMNO,UMNO boikot UMNO,UMNO kelentong UMNO di-ibaratkan tong sampah yang padat dengan sampah yang membusuk.. sudah tidak boleh disembunyikan lagi dari dihidu ke pengetahuan umum. Semuanya kerana pemimpin UMNO semuanya gila pada kuasa,nama dan glamour.
MB Zambry pula tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu ini…kerana beliau sendiri pun masih lagi di-ibaratkan seperti bayi yang masih menyusu dari botol susu politik Najib.. kalau Najib tarik puting susu itu maka meraunglah Zambry…
Kalau tersedak susu..?? Buruk padahnya…hehehe…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan