1 April 2012 ~ Ipoh Perak:
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapanya didalam konvensen Pakatan Rakyat Perak di sini
telah menyatakan bahawa apa yang terjadi pada 28 April 2012 yang lalu adalah
suatu perhimpunan yang di istiharkan sebagai Hari Merdeka Rakyat,ini kerana
dengan jumlah peserta BERSIH 3.0 yang mencecah 300ribu orang dengan satu
matlamat utama iaitu menuntut sistem
pilihanraya dinegara ini supaya dilakukan secara adil dan telus.
DSAI bersama peserta konvensen PR Perak didalam dewan di Ipoh semalam
Kehendak dan harapan rakyat tanahair ini yang mencecah 300ribu orang yang hadir hanya ingin berhimpun
di atas Dataran Merdeka untuk tempoh 2 jam bagi menyampaikan mesej ketidakpuasan hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menuntut
8 tuntutan ,namun ianya ditolak tanpa alasan munasabah oleh beberapa
pemimpin UMNO BN. Adakah alasan Dataran Merdeka akan digunakan dengan majlis
peringkat Kebangsaan boleh digunapakai..?? Dan adakah selama ini seperti acara
senam robik bersama Najib dan Rosmah di-anggap majlis Kebangsaan..??
DSAI menyampaikan amanat didalam konvensen Pakatan Rakyat Perak
Mesej ini jelas menunjukan bahawa semua rakyat sudah tahu
dan arif dengan apa yang berlaku didalam sistem pilihanraya dinegara ini tidak
berada dilandasan yang betul selama ini. DSAI juga menegaskan apa yang berlaku didalam perhimpunan
tersebut bukanlah suatu ancaman kepada
negara ini,sebaliknya BERSIH di anjurkan
untuk menuntut keadilan demi keamanan
negara dimasahadapan dan kekecohan yang berlaku antara peserta dan pihak
keselamatan pada hakikatnya adalah disebab oleh arahan pemimpin UMNO BN yang
mengarahkanya dan pihak Polis juga
diheret sama didalam melakukan kezaliman ini disebabkan UMNO BN.
Sekiranya peserta BERSIH 3.0 yang mencecah 300ribu orang ini datang dengan
tujuan untuk membuat rusuhan di ibunegara,bukan sahaja sebuah kereta…malah
kenderaan watercanon sekalipun mampu diterbalik-kan dan tentu berpuluh mungkin
beratus anggota Polis akan cedera,hakikat sebenar yang berlaku bukan begitu.
Kebanyakan kejadian ganas yang berlaku sudah dikenali pasti adalah disebabkan
tindakan provokasi mencetus huru-hara
terancang dari mereka yang menjaga
keselamatan itu sendiri,dengan bertujuan memburukan peserta BERSIH 3.0 yang
datang dengan hasrat yang baik untuk negara.
DSAI bersama peminat kecil ketika mengunjungi gerai dipekarangan Dewan Konvensen
Maka tidak hairanlah
banyak sumber maklumat dari
dalaman PDRM terbocor kepada awam…ini semua kerana ramai anggota PDRM yang
tidak setuju dengan tindakan UMNO BN…Contohnya gambar Hishamuddin Hussin sedang mengunakan
teropong disebuah bangunan tinggi untuk tengok perhimpunan BERSIH 3.0. Secara logiknya mana mungkin gambar ini
tersiar di alam siber jika tiada yang mendedahkanya…dan siapa yang
mendedahkanya..??? Hahaha….Terima Kasih Polis aku ucapkan…haha…
Hishamuddin dikantoikan oleh orang dikelilingnya sendiri..hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan