17 June 2012- Bukit Gantang Perak ~Ibarat
dilempang kiri kanan setelah jatuh dari tangga…begitulah nasib Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang bertandang ke Parlimen
Bukit Gantang hari ini.
Lempang kiri : Pada
lawatan sebelah pagi di program minum
teh di pasar minggu Changkat Jering,
Muhyiddin telah menerima memorundum bantahan projek berkaitan projek lebuhraya Banting Selangor /Lebuhraya
pesisiran pantai. Disini dapat dilihat
dah ada orang UMNO yang bantah projek UMNO secara terbuka. Memoredum itu
juga berserta usul yang mahukan semua
bakal calon UMNO yang akan bertanding dikehendaki membuat sumpah laknat atau
akuan bersumpah bahawa tidak akan
melakukan rasuah atau salahguna kuasa….( Boleh percaye ke…??? Hehehe…)[KlikSini]
Lempang kanan : Pada jam
1100pg TPM sampai ke padang ADTEC untuk
program “Janji Ditepati”. TPM diarak dengan konvoi anak muda upahan yang
diberi RM30 seorang menurut seorang anak muda yang aku tanya disini. Dengan
kehadiran yang disahkan sendiri oleh Zambry semasa berucap dipentas hanya
70ribu saja. Apa barang 70ribu..?? Siap
disediakan beratus bas sewa disediakan
hanya 70ribu saja ka..? Khabarnya ahli UMNO yang datang ke program ini
dibekalkan duit poket dan diberi sehelai baju percuma. Perkara yang amat mengelikan hati ialah
semasa Muhyiddin berucap dipentas sambutan dari hadirin amatlah hampar sekali,”
TEPUKLAH TANGAN SIKIT……” - kata Muhyiddin yang terpaksa minta orang ramai tepuk
tangan…bukan sekali tapi 3 kali Muhyiddin minta hadirin tepuk tangan..hahaha….
Mahuyiddin juga berjanji kerajaan meluluskan RM 3juta untuk pembangunan
pasar minggu Changkat Jering yang berusia 100tahun.. disambut dengan tepukan tangan yang tak seberapa juga… Berat dah program UMNO
ni,kalau ikutkan publisiti meluas di TV
dan sebagainya program tidak masuk akal
hanya 70ribu saja hadir..dah tu wajah-wajah yang datang pun macam tak minat saja
datang…macam terpaksa dan dipaksa
je…..sebab tu nak tepuk tangan pun malas…hahaha…
Jatuh dari tangga : [ Klik sini ]
Gambar-gambar program Janji Ditepati : ADTEC dilanda jerebu Muhyiddin….
Kelihatan ratusan
biji bas yang disewa untuk punggah ahli UMNO yang juga diupah datang
JPJ,Polis dan rela
dikerah terlibat dalam program ini
Kalau tidak tampilkan tarian dari wanita-wanita melayu sebagai
hidangan mata hadirin….maka tidak sahlah program UMNO..
Inilah Pesawat
helikopter mini yang membawa kamera meletup diudara dan terhempas semasa
ketibaan Muhyiddin di ADTEC. [Klik Sini]
**** Sejam selepas Muhyiddin melancarkan program ini dilihat berduyun-duyun kenderaan
keluar dari lokasi yang dijadualkan tamat pada jam 10mlm nanti..dah balik ke..???
Malam ni ada apa..???
Aku pun tak tahu lagi…kalau aku tahu…nanti aku bagi tahu….haha…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan