Hari
ini 27 Jun 2012~ Akbar Sinar edisi
Perak tersiar kenyataan dari ADUN Terong
yang nampak teringin nak jadi ahli Parlimen Bukit Gantang YB Datuk Rosli Husin. Dalam kenyataan tersebut beliau menafikan UMNO terlibat dalam isu
penyitaan Bangunan UMNO Bukit Gantang. Penafian YB Rosli ini tidak ubah
seperti cuba kelentong rakyat. "Bukan masaalah UMNO" ...abis salah siapa..??? Dakwaan YB Rosli
konon-nya isu penyitaan itu berkaitan
dengan sebuah syarikat pemaju dengan
Pusat Pendidikan Darul Taalim, UMNO tak
terlibat katanya.
kenapa pula pada 14 Jun 2012 mahkamah Taiping mengarahkan disita bangunan UMNO Bukit
Gantang [Klik Sini] dan [Sini] Adakah itu kesilapan
pendakwa..?? Atau kesilapan yang membuat keputusan penyitaan..?? kalau
mengatakan yang membuat keputusan
penyitaan itu salah,YB Rosli boleh dianggap menghina keputusan mahkamah. Sebabnya bangunan yang disita itu memang sah tertera dipapan depan bangunan UMNO Bukit Gantang.
Menurut sumber maklumat yang
diterima dari penduduk Terong sendiri yang
mana dikatakan Pusat Pendidikan Darul Taalim didirikan di situ
didakwa sememang UMNO Terong dan beberapa individu orang kuat UMNO disitu
terlibat dalam projek tersebut. Maka sebab
itulah alamat surat menyurat projek Pusat
Pendidikan Darul Taalim di atas alamat bangunan UMNO Bukit Gantang.
Namun apabila sudah berlaku penyitaan ini kerana gagal dalam beberapa
perjanjian dilihat UMNO Bukit Gantang cuba tidak mahu mengakuinya itu projek
UMNO. Maka penafian YB Rosli ini tak ubah seperti “Burung gagak dicelup tepung..tidak akan
menjadi putih..”. YB Rosli masih mempertahankan kelemahan UMNO,kekalutan UMNO dan kesalahan UMNO yang berlaku sejak dahulu,kini dan selamanya...walaupun sudah jelas dan nyata semua yang berlaku dari hasil tangan-tangan UMNO sendiri.
INILAH GAMBAR DI LOKASI YAYASAN DARUL TA’ALIM KEPUNYAAN UMNO TERONG
Nampak tak bangunan
sekolah,surau dan bilik asrama.??? Inilah projek UMNO Terong untuk rakyat.
*Klik Gambar2 untuk leih jelas:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan