Misteri: Dibakar atau terbakar..?
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menerima 36 kes kebakaran membabitkan kenderaan yang berlaku secara ‘mengejut’ di sekitar negeri ini.
Kebakaran kereta yang berlaku secara ‘misteri’ itu dikatakan terjadi hampir setiap hari terutamanya sejak awal Ramadan lalu.Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat, masalah teknikal atau faktor lain.
“Tahun ini banyak kes direkodkan membabitkan kebakaran kenderaan sepanjang Ramadan ini berbanding tahun sebelumnya dan antara kenderaan yang terbabit termasuklah motosikal, kereta dan lori.“Justeru, masih mengkaji kenapa banyak kejadian kebakaran kenderaan berlaku ketika bulan puasa.
“Orang awam boleh mendapatkan alat pemadam kebakaran bagi langkah persediaan malah, alat itu juga boleh membantu jika terserempak dengan kebakaran membabitkan pemandu lain di sepanjang perjalanan,” katanya.
Terdahulu, Yahaya menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Gred KB26 dan Penyerahan Kuih Raya di Balai Bomba dan Penyelamat Negeri di sini. - SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan