Sabtu, 18 Ogos 2012

Deretan kenderaan balik raya tahun ini bukti kempen UMNO BN gagal

Suasana kesesakan dijalanraya seluruh negara sering berlaku dikala sambutan Aidilfitri menjelma,keadaan ini juga berlaku ditahun ini. Berjuta-juta kenderaan bergerak diatas jalanraya seluruh negara sejak cuti sekolah bermula.

Apa yang berbezanya tahun ini ialah sambutan hari raya Aidilfitri disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tidak jauh dengan tarikh hari sambutan kemerdekaan negara yang ke - 55 tahun pada 31 Ogos nanti.

Kempen kibarkan bendera juga telah berlansung diseluruh negara dan diperingkat negeri sejak pertengahan bulan julai yang lalu. Nampak gayanya sambutan dari rakyat teramat-amat muram sekali,tiada sambutan nampaknya.

Teramat sukar dilihat kenderaan yang berderetan dijalanraya kibarkan bendera,kalau ada pun hanya sebiji dua..itupun mungkin penyokong tegar parti keris telanjang...hahaha...

Dikawasan kediaman pun amat hambar sambutan kempen kibarkan bendera Malaysia...hanya rumah beberapa orang kuat UMNO saja ada bendera,itupun dijijikan permandangan dengan bendera UMNO dan BN dipacak sebelahnya. Tapi mejoritinya langsung tiada bendera..apa dah berlaku..??? Adakah rakyat di tanahair ini tidak petriotik..??

Pada pandangan aku segala tindakan rakyat menolak kempen kibarkan bendera ini bukanlah tidak petriotik atau tidak sayangkan negara,tetapi lebih kepada protes terhadap kerajaan  UMNO BN. Salah satu sebabnya ialah dilihat kempen kibarkan bendera telah dipolitikan oleh pemimpin  UMNO sendiri, para pemimpin UMNO melancarkan kempen ini dengan bermotifkan politik. Kejadian yang amat ketara ialah di negeri Perak,dimana Zahid Hamid (Gambar dibawah) dengan muka tak malu mengenakan topi BN dikelapanya....tidak-kah itu bodoh punya menteri...hahaha, tidak dapat bezakan antara majlis kepolitikan dan kebangsaan.

Oleh sebab itu UMNO BN dilihat sekarang teramat terdesak dengan situasi rakyat yang semakin menonjol menolak segala kempen dari UMNO BN walaupun berbagai lambakan habuan diberikan UMNO BN. Ditambah pula dengan tindakan-tindakan bodoh dari orang2 kuat UMNO yang seolah-olah sengaja menjatuhkan krebiliti Najib dalam sokongan rakyat.

Aku yakin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara selepas PRU 13 nanti suasana ini akan berubah...JUTAAN BENDERA MALAYSIA akan berkibar megah didalam sambutan hari kemerdekaan negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan