KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli UMNO mengundi MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh UMNO kerana jelas Pengerusi MCA, Chua Soi Lek dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Malah CHua Soi Lek mengatakan ini adalah idea gila apabila UMNO Johor mencadangkan hukum Hudud.Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO seperti Dato' Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Muhyiddin yang meminta ahli-ahli parti mengundi MCA dan MIC.
''Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan MCA terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal UMNO, tetapi kecaman yang dibuat oleh Soi Lek itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam.
Agaknya kenapa si Pak Brohim Ali mula nampak macam menhentam UMNO...???
Adakah ini sandiwara Pak Brohim PERKASA yang sudah teras peluang dalam PRU semakin pudar...
Pak Brohim sekarang terlompat-lompat mencari lopak-lopak air untuk meneruskan politik kataknya..hahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan