Pengikut

Khamis, 13 September 2012

PM diarah tutup 20minit..?

Mula-mula aku nak bagitau tentang istilah atau shotcut PM yang aku maksud disini ialah Pasar Malam...tiada kena mengena dengan Perdana Menteri..sebab PM Najib tak akan minat semua ni...dia hanya minat menyanyi dan menari bersama isterinya saja..hahaha...

Sebut saja Pasar Malam boleh dikatakan semua orang dah tahu,kebiasaanya pasar malam akan mula beropersi seawal jam 7 petang  dan ada yang awal dari itu.

Waktu beroperasinya pasar malam ini selalunya akan melintasi waktu solat maghrib dan isyak. Selalunya time azan maghrib berkumandanglah para pelanggan akan berduyun masuk ke pasar malam yang rata-ratanya orang melayu, sebab tu ada yang panggil pasar maghrib...hahaha...

Para penjual pun waktu itulah akan jadi sibuk, maghrib entah kemana..dok sibuk ayam percik,nasi tomato,jagung rebus itu ini,sampai jadi  leka waktu solat berlalu dek kerana urusan jual beli.

Inisiatif Kerajaan Selangor dalam mendaulatkan Islam dengan mengadakan papan berupa arahan tutup 20minit wajar dicontohi oleh semua peniaga Pasar Malam,khasnya kepada peniaga orang melayu.

Hormati waktu azan dan akan membuka ruang kepada semua yang mengaku islam menunaikan perintah Allah disamping mencari rezeki halal di tapak pasar malam. Pengerusi tapak pasar malam,ketua pasar malam,koperasi pasar malam atau apa saja organisasi yang ada hubungkait dengan pasar malam bolehlah mencontohi kerajaan Selangor.

Kalau boleh sediakan ruang khas untuk bersolat dan tak jadi mustahil adakan penugasan imam dan bilal bertugas dilokasi pasar malam...masuk waktu saja tok bilal pasar malam akan laungkan azan dan tok imam pasar malam imamkan solat...MasyaAllah...indahnya kalau ini semua terlaksana ditanahair ini.

Apapun aku ucapkan tahniah dan syabas atas usaha kerajaan Selangor ini,yang seharusnya dipuji dan dicontohi semua.. Takbir !!! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan