"ADA ORANG TAJA"jawab Ali Rustam bila ditanya berapa kos majlis perkhawinan anak beliau. Majlis perkhawianan tersebut dihadiri 130,000 (pecah rekod Malaysia). Kos makan saja dianggar tidak kurang dari RM3 juta. Bila ditanya dia kata bukan duit dia...
Hahaha...terkejut Nenek kebayan@Puteri Gunung Ledang dengan kisah kos perkhawinan anak Ali Rustam ini...
Sebab didalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu lampau) ada mengisahkan Tun Mamat ditugaskan ke puncak gunung Ledang dan menemui nenek kebayan yang sebenarnya,samaran kepada Puteri Gunung Ledang.
Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud selepas mengenakan beberapa syarat yang tak mampu ditunaikan, antaranya ialah:
1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati hama.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya...
Tapi dalam Sulalatus Salatumno (Sejarah Melayu UMNO) sudah banyak tercatat kisah anak-anak pembesar negara dikalangan pimpinan UMNO sanggup membelanjakan wang ringgit semata-mata untuk majlis perkahwinan.
Apa saja syarat....semuanya beres,yang penting mereka puas,mereka rasa megah dan bangga dengan segala keseronokan dunia, penasihat ugama seperti ulama muda UMNO dan menteri yang pegang folio Islam akan diam seribu bahasa...tak berani komen...
Pemimpin UMNO sanggup mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan diri sendiri.
Pemimpin UMNO sanggup gunakan ejensi kerajaan sebagai jambatan untuk kesenangan diri.
Pemimpin UMNO sanggup memerah keringat dan air mata rakyat untuk keseronokan kroni-kroni mereka.
Hari ini Ali Rustam kata pihak pembangkang saja mainkan isu perkahwinan anaknya sebab Pakatan Rakyat dengki....kah...kah...kah...
Yang bestnya Ali Rustam berkata "Kalau saya yang kahwin...lebih ramai lagi yang akan hadir,".
Kalau Sultan Melaka dulu pun tak sanggup....tapi nampaknya Ali Rustam sanggup apa saja demi pembaziran yang melampau...hahaha...
Nampak gaya Rosmah dan Najib akan berazam akan pecahkan rekod kenduri kawin anak mereka jika berkawin lagi nanti....hahaha.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan