Ahad, 28 Oktober 2012

Bob Lokman tidak kecewakan penduduk Kecewa

29 Okt 2012 : Jam sudah menunjuk jam 11:10 malam,kelibat penceramah utama yang diundang masih belum tiba, penceramah pertama Ust Akmal Kamarudin sudah selesai menyampaikan ceramah dihadapan hadirin yang tiba sekarang giliran Ust Fakaharudin Yang Dipertua PAS Kawasan Taiping menyampaikan ceramah.

Penduduk kampung ramai dah mula bertanya-tanya " Mana Bob Lokman...?"  Pengerusi majlis Ust Syahir  ada berkata tadi" InsyaAllah Bob Lokman tidak akan kecewakan kita semua..khabarnya beliau masih dalam perjalanan''.

Alahamdullillah, 11:15 malam kemudian Bob Lokman tiba dilokasi ceramah setelah bergegas dalam kesesakan jalanraya dari Kelantan menuju ke Kampung Kecewa,Bukit Bertam Batu Kurau Perak.

Diawal ceramah Bob Lokman melahirkan rasa kecewanya dengan keadaan jalanraya di negeri Kelantan yang amat menyulitkan penduduk Kelantan ketika pulang beraya seperti sekarang ini. 

Negeri Kelantan yang mejoriti terbesarnya adalah orang Melayu Islam,tetapi kerajaan pusat dibawah UMNO BN menafikan hak kerajaan Kelantan dengan tidak memberi royalti minyak yang dijanjikan dan kini telah mencecah RM10 bilion lebih.

Berbagai informasi politik dan ilmiah Islam disampai Bob Lokman dalam ceramah tersebut. Bob Lokman juga berharap semua jentera parti serta penduduk kampung Kecewa  berkerja kuat  mulai sekarang bagi memasti kemenangan Islam tercapai di negara ini.

Program ceramah ini dibuat sempena Hari Raya Korban (Aidiladha) yang sebelah siangnya berlansung majlis menyembelih sebanyak 4 ekor lembu yang di sempurnakan oleh Us Akmal dan beberapa pimpinan PAS Kawasan Larut.



Bergambar setelah selesai ceramah dengan tenaga kerja penduduk kampung Kecewa yang tidak kecewa.



Ust Akmal Kamaruddin melaksanakan sembelihan korban di Kampung Kecewa




Tiada ulasan:

Catat Ulasan