Isnin, 8 Oktober 2012

Jamil Khir dan Ali Rustam masing-masing ada kemampuan tersendiri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada para menteri untuk menganjurkan majlis kenduri mengikut kemampuan mereka.


"Terpulang kepada kemampuan masing-masing," katanya ringkas ketika ditanya kewajaran pemimpin atau ketua menteri mengadakan majlis mega seperti itu sehingga tercatat dalam Malaysia Books Of Record.

Menteri hal ehwal agama Islam itu ditanya demikian susulan majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencatat kehadiran sehingga 130,000 orang – dengan kos jamuan dilaporkan mencecah RM600,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Jumaat lalu menyatakan bahawa siasatan dimulakan ke atas Mohd Ali atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega pada 30 September itu. - Mk

"Terpulang kepada kemampuan masing-masing," kata Jamil khir.

Jom kita masing-masing fikir isu rumah Jamil Khir bak istana...hahaha...

KUALA LUMPUR 26 Dis: Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

“Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat.

“Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.com

Jamil Khir dan Ali Rustam masing-masing ada kemampuan tersendiri..membazir dan menyapu duit rakyat...hahaha....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan