Risalah Haram dari "Syaitan yang Dikenali" di tinggalkan di masjid Pekan Selama Perak (Klik Gambar untuk lebih jelas mata melihat...) |
Jika baru-baru ini aku ada keluarkan posting kes risalah haram bersama CD provokasi
diedarkan di Parlimen Bukit Gantang [ Klik Sini ] dan kali ini kes yang sama
berlaku juga di Selama Perak.
Memang mereka amat terdesak sekarang,tanpa mengira keadaan
lokasi,masa dan keadaan…puak yang amat tanpa was-was yang aku yakin dari kerja tangan
“Syaitan Yang Dikenali” telah
mengedarkan risalah provokasi jahat,perkauman dan jijik di tinggalkan ditangga
masjid di Pekan Selama Perak.
Saiz risalah ni punya la besar…kalah surat khabar Utusan
Meloya dipasaran,dengan 4 muka surat yang tiada nama penerbit atau pencetaknya. Nampak macam tajuk macam risalah berunsur keagamaan,tapi isi kandungnya menghentam himpuan BERSIH,membela SPR konon telus,menakut-nakut orang Melayu dengan orang bukan Islam dan sebagainya.
Nampak sesangat ini kerja puak yang ketuanya tiada Thulur nak berdebat…hehehe…
Yang bestnya....tajuk risalah haram tu "Salam Aidiladha" dan di hadapan muka hadapan risalah haram tersebut juga tertera “ Dilarang membaca semasa khatib berkhutbah”. Nampak sesangat puak “Syaitan
Yang Dikenali” dah merancang untuk sebar provokasi pada hari raya korban yang
jatuh pada hari jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan