Zon bebas
Buaya Ngap…diperkenal di sungai Sarawak
KUCHING — Sarawak melaksanakan zon bebas buaya (CFZs) di
sungai-sungai yang terdapat ramai orang dalam usaha mengurangkan konflik antara
manusia dan buaya, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan
Perhutanan Sarawak (SFC), Datuk Ali Yusop hari ini.
Ali yang juga Pengawal Hidupan
Liar berkata, Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) akan menangkap dan
menempatkan semula buaya yang dijumpai di CFZs, antaranya di Tebingan Kuching
dan Tebingan Miri.
CFZs terletak di bawah Pelan
Pengurusan Strategik Buaya dan SFC akan bekerjasama rapat dengan Jabatan
Perhutanan Sarawak, Lembaga Sungai Sarawak dan agensi lain yang berkaitan untuk
menghasilkan formula menang-menang untuk menguruskan buaya.
"Bilangan buaya di negeri
ini semakin meningkat dan kehadiran haiwan reptilia ini membuktikan ekosistem
sungai di sini adalah sihat," beliau berkata susulan penangkapan buaya
sepanjang 1.8 meter di sungai Sarawak di Bintawa di sini. Haiwan itu dihantar
ke Pusat Hidupan Liar Matang dekat sini.
Ali berkata, fungsi buaya dalam
ekosistem selaku pembangkai dan pemangsa telah diterima baik kerana ia membantu
mengekalkan ekosistem yang sihat dan populasi haiwan yang lain.— BERNAMA
Papan tanda ini mungkin dipacak disetiap Sungai Sarawak...hehehe.. |
Orgni: Zon Bebas Buaya Ngap ini aku sendiri tak berapa faham…adakah
kawasan tu bebas untuk buaya dan kaum kerabatnya...hehehe... atau bebas kepada manusia disungai dari ancaman buaya…??
Apa yang pasti…jika BN masih berkuasa di Bumi Kenyalang selepas
PRU 13 nanti..Buaya Ngap (BN) akan terus berlaku sepertimana sekarang ini diketuai Pehin Taib Mahmud….hehehe….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan