Rabu, 9 Januari 2013

UMNO BN sapu duit anak yatim seluruh negara sejak 1990an

KOTA BAHARU, 9 Ogos - Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun. 

Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan. 

Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan hidup pada zaman penjajahan Jepun. "Pak cik tidak dapat lupakan kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan perbuatan kejam mereka," kata Muhammad Awang yang terlantar akibat lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu.

Muhammad hanya mampu terbaring dan isterinya Khadijah Awang Ngah, 76,menjadi tempat beliau bergantung hidup menguruskan makan minumnya. Khadijah seringkali mencelah sebagai "jurucakap" suaminya itu disebabkan pertuturan Muhammad yang tidak jelas tetapi pengalaman Muhammad ketika menjadi buruh paksa itu tetap terpahat kukuh dalam ingatannya. 


MUHAMMAD MEMULAKAN PERJALANAN BERBAHAYA 

Ketika menceritakan kisah silam itu, air mata Muhammad sentiasa bergenang dan kadang kala keadaan menjadi lebih emosi dengan tangisannya semakin kuat. 

Pada Jun 1942, pemerintah tentera Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk, di daerah Kanchanaburi di Thailand, ke Thanbyuzayat di Burma. 

Ketika dibawa ke Thailand ketika itu, Muhammad yang berasal dari Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas baru memasuki usia 18 tahun. 

Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India. 

Muhammad turut serta dengan 61,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda dan 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu dari rantau itu. 

Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. 


MUHAMMAD TERSEKSA

Muhammad dipaksa menaiki sebuah keretapi bersama ramai yang lain dari Pasir Mas untuk ke Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa enam hari. "Duduk dalam keretapi itu sangat sedih, makan tak cukup, duduk berhimpit-himpit sehinggalah sampai ke Ban Pong (Thailand). "Dari Ban Pong kami diangkut dengan lori dan selepas beberapa jam pula kami sampai ke satu tempat," katanya. 

Sambil menyeka air mata, Muhammad berkata mereka ditempatkan di rumah panjang iaitu bangsal buluh yang beratapkan daun sagu dan berlantaikan buluh. Setiap bangsal itu memuatkan lebih 100 orang dan keadaannya diibaratkan macam tin sardin dengan tiada ruang untuk tidur atau bergerak. 

Di tapak itu mereka diarahkan membuat kerja-kerja seperti mengangkut tanah dan menambak jalan keretapi dengan dikawal ketat oleh tentera Jepun. "Jika kami lambat, kami akan dipukul dengan buluh, rotan atau "makan penampar Jepun". 

Makan minum juga tidak cukup dan belum pun tiga bulan di situ masalah kesihatan mula timbul," katanya. Muhammad berkata antara masalah yang biasa dialami ialah cirit birit selain malaria dan kepialu. 

Beliau berkata ubat-ubatan pula tidak mencukupi dan setiap hari terdapat dua atau tiga orang buruh yang mati dan keadaan itu sangat menakutkan dirinya. "Pak cik membilang hari bila agaknya nasib (untuk mati) akan tiba. 

"Setiap hari lihat mayat yang kemudiannya kami isi dalam guni dan ditanam di merata tempat," katanya. 


MUHAMMAD MAHU MENYELAMATKAN DIRI 

Lebih setahun di sana, Muhammad yang semakin terseksa akhirnya cuba mencari helah kembali ke tanahair dan helahnya menggunakan miang buluh akhirnya berjaya. 

Semasa menebang buluh, beliau mengambil miang buluh dan melumurnya diseluruh tubuh dan apabila badannya basah akibat peluh, seluruh badannya bertukar menjadi merah menyebabkan tentera Jepun menghantarnya pulang. 

"Tentera Jepun ingatkan saya hidapi penyakit berjangkit dan saya terus dihantar pulang dengan segera. Saya sampai di rumah waktu malam ketika keluarga sedang menilik nasib saya melalui permainan puteri," katanya. Selepas pulang, Muhammad akhirnya memilih kerjaya tentera sehingga bersara dan melalui perkongsian hidup dengan Khadijah, pasangan itu dikurniakan 10 anak iaitu lima lelaki dan lima perempuan. 


PENGAJARAN DARIPADA PENGALAMAN MUHAMMAD 


Ketika ditanya akan pengajaran daripada pengalaman yang dilaluinya, Muhammad berkata ia membuatkan beliau menghargai kemerdekaan negara. Beliau juga menyeru kepada generasi muda supaya menghargai pengorbanan mereka yang membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan mereka yang berkorban demi keamanan negara. 

"Bukan senang negara diberikan kemerdekaan dan pemimpin pula berjaya membawa negara menjadi maju dan kita hidup senang," katanya. Mengakhiri perbualan, Muhammad berkata; "Jangan ada lagi yang jadi macam pak cik ketika itu, rakyat merempat dan negara mudah dijajah". Sementara Muhammad terpaksa mengharungi kenangan pahit itu sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya, rakyat Malaysia boleh belajar menghargai semangat kemerdekaan daripada pengalaman pahit yang dilalui Muhammad kerana penjajah.-Bernama

Nah sekarang..!!! Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar. 

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an

Soalan : Kenapa Najib tidak mengambil tindakan Undang2 keatas kehilangan Duit Pampasan Rakyat Malaysia ? Siapa yang menjadikan Rakyat papa kedana sebenarnya ? Rakyat berhak mengetahui kemana perginya Dana Pampasan 207 Billion masa Tun Mahathir menjadi PM Malaysia .... 

Ingat..!!!! : Tak kira sesiapa pun pemimpin mahupun dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat , kalau membuat kesalahan harus dihukum di sisi Undang Undang ...nampaknya kerajaan Umno/BN lebih kejam dari tentera Jepun kerana terus menipu buruh paksa tentera Jepun dan waris-waris mereka sejak sekian lama.

Menurut sumber ramai dikalangan mangsa trajedi ini telah meninggal dunia dan hanya waris-waris mereka yang masih hidup sekarang ini seperti isteri (Balu) dan anak-anak mangsa trajedi tersebut. Bermakna sekian lama UMNO BN menyapu RM207 Billion hak anak-anak yatim dari mangsa buruh paksa tersebut.

RM207b: Nizar dedah dokumen



Tiada ulasan:

Catat Ulasan