19 Feb 2013 : Munajat
dan Ceramah Perdana PRU-13 Peringkat Negeri Perak, Masjid Tinggi Bagan Serai
terlakar sejarah bagi PAS Perak apabila Adris B. Salleh 66 tahun yang lebih
dikenali Pak Din KB oleh penduduk setempat menyertai PAS secara rasminya
disini.
Pak Din KB yang
dahulunya orang kuat UMNO dan kini menjadi ahli PAS memberi tamparan hebat buat
UMNO Perak khususnya UMNO Bahagian Bagan Serai.
Pak Din KB yang
sekarang menetap di Kubu Gajah Gunung Semanggol telah menjadi ahli UMNO sejak
26 tahun yang lalu juga pernah memengang banyak jawatan-jawatan terpenting
didalam UMNO hari ini telah terbuka pintu hati bersama PAS untuk
memperjuangankan Al-Quran dan Hadis sebagai landasan.
Antara jawatan
penting yang pernah disandang Pak Din semasa didalam UMNO ialah Timbalan Ketua
merangkap Ketua Penerangan UMNO Cawangan,Perwakilan UMNO Cawangan ke UMNO
Bahagian Bagan Serai, Pemerhati dalam Persidangan Agung UMNO Malaysia (PAU),Pencandang
untuk calon UMNO bagi N11 Gunung Semanggol dan banyak lagi.
Jawatan
terakhir Pak Din KB ialah Setiausaha JKKK Bukit Putus Gunung Semanggol Perak yang
dipegang selama 17 tahun.
Pak Din KB
telah diberi penghormatan oleh PAS pada majlis ini apabila mewakili 30 ahli
baru PAS yang lain bagi menyerahkan borang keahlian PAS kepada YBhg Ustaz Nik Abduh Nik Aziz Timbalan Pemuda PAS
Malaysia disaksikan oleh beberapa pimpinan PAS yang lain.
Serah borang keahlian PAS: Orang Kuat UMNO dah jadi ahli PAS |
“Tentu ramai
ahli UMNO dok intip saya malam ini”- Ujar Pak Din KB diawal ucapanya.
“Saya berjanji
akan taat setia bersama dengan PAS dan tidak akan belot dengan perjuangan”
“Terimalah saya
sebagai pejuang bersama tuan-tuan bagi memastikan PRU-13 ini UMNO akan tumbang
di Negara ini..!!!!” – Kata-kata pembakar semangat dari Pak Din KB mengakhiri
ucapan ringkasnya.
Antara kepimpinan PAS Negeri Perak diatas pentas mendengar ucapan Pak Din KB,turut kelihatan Cikgu Mala
Klip Vedio Ucapan Pak Din KB Masuk PAS:
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan