Khamis, 14 Mac 2013

Bantah Kehadiran DSAI: Unit Amal Bukit Gantang Dicabar..!!! Jika berani sila lah turun.....

Klik imej untuk lebih jelas
Sejumlah 61 laporan polis telah dibuat pada malam ini di IPD Taiping dan Balai Polis Kamunting.  Laporan ini dibuat sebagai membantah akan kehadiran Anwar Ibrahim ke Surau Diri Jumaat Surau Istiqlal Taman Mewah Fasa II. Kamunting Perak, kawasan Parlimen Bukit Gantang.  Anwar dijadual akan menyampaikan tazkirah politik di surau tersebut selepas solat maghrib 15 Mac 2013 (Jumaat).

61 repot telah dibuat oleh pelbagai NGO sekitar Taiping dan Bukit Gantang, mereka terdiri daripada Pertubuhan Perkasa Taiping dan Bukit Gantang, Pertubuhan Belia dan pelbagai kelab-kelab yang berdaftar dengan ROS.

Penduduk Taman Mewah dan tidak mahu menerima kedatangan seorang pengkhianat negara,agama dan bangsa untuk menabur berita dusta kepada penduduk Taman Mewah.

Menurut seorang pemuda yang membuat laporan tadi memberi amaran kepada Anwar supaya tidak turun ke Taman Mewah, sekiranya berdegil beliau dan rakan-rakannya akan bertindak terhadap rombongan Anwar seperti mana yang dilakukan oleh penduduk di beberapa negeri lain. Jika Pas menurunkan Unit Amal  100 orang. beliau akan membawa 200 orang untuk berdepan dengan rombongan peliwat tersebut. Sebarang kemungkinan akan berlaku dan kali ini akan melibatkan bekas-bekas tentera yang berada di sekitar Taiping.

Jika berani sila lah turun. Beberapa Ngo India juga akan turut hadir untuk membantah kehadiran Anwar petang esok.- Sumber sila klik sini: http://peraktoday.com/?p=110714

........................
Orangni: Mereka buat laporan polis konon-nya membantah kehadiran DSAI tapi satu UGUTAN,HASUTAN DAN PENCETUS HURU -HARA telah dilontarkan oleh pihak UMNO BN..."Jika berani sila lah turun". apa tindakan Unit Amal Bukit Gantang dan PDRM dalam isu ini...????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan